Jam 9.50mlm.. Kami sampai di Petronas Jeli.. Dlm perjalanan ke KB dari Baling.. Kuat pulak Asyfa batuk, badan pun panas.. Selesema pun bertandang sekali.. Baba waze cari klinik berdekatan.. Dpt direction beserta no fon.. Call klinik, katanya dh berkemas-kemas nk tutup.. Tak sempat dah nk tnggu.. Pembantu klinik tu soh bawak anak g ED hosp jeli je... Mmg tak la, nak bertunggu tangga kat hosp pulak...
Ikut waze 2km je klinik ni..So pecut la g klinik.. Pintu separuh bukak n mereka masih boleh terima kami.. Alhamdulillah.. Lps register, masuk jumpa doktor.. Cerita kondisi Asyfa.. Dia kuarkan stetoskop n lekap pada dada Asyfa 2x sahaja.. Laju pulak tu.. Katanya xde pape bunyi pun.. Bila di tanya suhu Asyfa, doktor tu lekapkan tangannya kat dahi Asyfa.. Katanya panas sikit je....
Ya ampunnnnn... aku x pernah jumpa lagi doktor cek suhu demam baby guna belakang tangannnnnnn sahajaa... Entah kulit dia kematu, tu yg dia rasa x panas tu.... Nampak sgt nk cpt tutup klinik... (my bad aku x bawak balik termometer sndr)..
Dikaunter bayaran dpt ubat demam, batuk dan antibiotik.. Ubat demam n antibiotik dlm botol asal berlabel.. Jadinya xde masalah.. Boleh baca sndr je labelnya... Ubat batuk dlm botol isian semula.. Tanya pembantu klinik, katanya Mucolix... Settled bayaran, singgah semula petronas, mandikan Asyfa dan singgah kedai makan depan tu..
Bukak website mims, search Mucolix..
http://www.mims.com/Malaysia/drug/info/Mucolix/
Ye, mucolix hanya sesuai utk anak 2tahun ke atas.. Doktor tu dah diberitahu umur Asyfa baru 1y4m.. Takkan dia bundarkan ke angka 2 pulak? Ke nak habiskan stok ubat je? Kalau gini gaya, aku sokong sangat la pengasingan dispenseri... Udah le cek suhu pakai belakang tapak tangan, bagi pulak ubat yg x sesuai...
Terpulang lah kalau u all nak kata aku percayakan doktor google pun... Mmg aku takkan bg ubat2 sebelum refer mims.. Google bkn sbrg google tau.. Kita bukan amik sumber dr blogger or wiki.. Mak mak sekelian.. Sila amik tau ubat apa yg doktor prescribe tu.. Doktor pun manusia, ada masa khilaf.. Ada masa haloba.. Anak tu pulak anak kita.. Kalau jd pape, kita yg teruk nak jaga siang malam..