Thursday, July 28, 2011
Sunday, July 24, 2011
TQ mumDreams & Pa&Ma
Saya layak memiliki baju T menyusu mumDreams
Itulah slogan yang membawa kejayaan.. Alhmdulillah, tambah koleksi nursing t-shirt.. Koleksi mumDreams especially t-shirt2 nya mmg sangat terbaik & worth every penny! :D
Posted by Azwani Shaari at 10:31 PM 6 comments
Labels: Cik Wani the Winner
Thursday, July 14, 2011
Seminar Terapi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
TARIKH: 16 Julai 2011 (Sabtu)
MASA: 8.00am-2.00pm
TEMPAT: Dewan Kemas, Kg Batu Muda, Jln Ipoh, Kuala Lumpur
BAYARAN: RM30 setiap peserta
APA ITU TERAPI?
Kaedah untuk membantu seseorang individu terangsang (bertindakbalas/bergerakbalas)
MENGAPA PERLU TERAPI?
Kerana seseorang individu tidak berupaya atau mempunyai masalah fizikal, halangan, rintangan untuk bergerak balas.
SIAPA YANG PERLU TERAPI?
1. Individu berkeperluan khas pelbagai kategori.
2. Warga tua
3. Individu orthopedic
4. Individu bertekanan
5. Individu bermasalah mental
KEPERLUAN TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS:
1. Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran.
2. Mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
3. Melatih murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian.
4. Merangsang murid untuk bergerakbalas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.
DIAKHIR SEMINAR INI, ANDA AKAN DAPAT:
1. Mengenalpasti keperluan terapi untuk perkembangan diri murid bermasalah pembelajaran secara menyeluruh.
2. Mengenalpasti kaedah terapi yang sesuai dengan murid bermasalah pembelajaran.
3. Mengintegrasikan aktiviti-aktiviti terapi dalam P&P.
TENTATIF PROGRAM:
8.00-9.15am: Pendaftaran/Ucapan Aluan/Bacaan Doa/Ucapan Penyelaras
9.15-10.00am: SESSI 1 Terapi Cara Kerja
10.00-10.15am: Jamuan ringan
10.15-11.00am: SESSI 2 Fisioterapi
11.00-11.45am: SESSI 3 Terapi Pertuturan
11.45-12.45am: SESSI IV Pengurusan TingkahLaku
12.45-13.00pm: Penyampaian sijil
13.00-13.30pm: Jamuan/Makan Tengahari
Hubungi:
En Suhaimi Bin Mohd Jajuli (Penyelaras Pendidikan Khas)
019-2617591
InsyAllah, saya akan ke sana pada tarikh/masa di atas.. Mari menimba ilmu, moga2 lagi senang nak fahami keperluan anak2 saya yang 32orang tu :D
Posted by Azwani Shaari at 12:53 PM 2 comments
Labels: Sekolah