CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, July 23, 2014

Raya Sebelum Raya

Salam Ramadhan semua.. Few days je lagi nak raya.. Rasanya tahun ni persiapan mmg ala kadar betul.. Biskut raya x beli lg.. Baju raya mommy pun x beli lg.. Utk Hadif & Asyfa beli la jugak baju bajan serba sikit... Dengan apa yg berlaku kat Malaysia dan dunia sekarang ni, rasa x tergamak pulak nak perabih duit x tentu hala... Isu MH370, MH17, darurat di Sabah & kekejaman Zionis Laknatullah terhadap Palestin mmg menyedarkan kita yg hidup ni mmg betul2 singkat.. Sekelip mata je kalau Allah nak jemput balik :( Apa2 pun, hidup tetap perlu diteruskan... Doa dan sedekah tu yang jgn dilupakan ye..

Ni aktiviti lastweek.. Hujung minggu terakhir iftar di KL sblm balik kampung.. Asalnya suami mak ada rakaman takbir raya kat Bangi, so ikut la kami anak beranak konon2 nak g PKNS Bangi cari baju sepasang dua... Sampai ILIM dekat2 nak iftar.. Rupa2nya ada rakaman rancangan raya terbitan RTM la pulak lps iftar tu nanti.. Mak udah le pakai blouse ngan skirt je.. Anak2 pun pakai jeans/tshirt langsung x menggambarkan suasana raya.. Mmg belasah je la labu...  

Antara yang dijemput termasuklah anak2 yatim dan OKU sekitar Bangi.. 

Selingan Nasyid Wildan+Mestica..Tu baju raya baba 3tahun lepas.. Hihi

Yang belakang tu pengacara & ustajah jemputan..

Semeja dengan Ina Naim.. Sabtu tu jumpa, Ahad dah bersalin anak ke-4.. Tahniah Ina & Suhaimi...

Ni pulak kenalan baru, kak suzana wife Ust Nabil FarEast..

Siap dapat duit raya lagikkk.. Pastu mak2 pulak beratur bawak baby :D 

Bergambar beramai2 sblm sesi berakhir.. Tgk anak org lain semua pakai baju melayu & kurung bagai.. Huhuhu

Next day plak ada small gathering dengan geng2 ex-PMKN kat Nailis Sentul.. Serious rasa tak berbaloi buffetnya... Mmg la x mahal sangat tp makanan punya la sikit.. Banyak benda x merasa nak try..Huhuhu 

Hadif dengan empat dara pingitan...

Ni memang stok yg bertahun2 dah x jumpa... Hajar, Ija, Aza, Dayat, Fara, Huda.. Geng sama2 matrik Seremban pastu sama2 UUM... Harap2 raya nanti dapat la jumpa lagikkk :D

Ok, selamat berpuasa semua.. Moga Allah memberkati setiap amalan kita..

#PrayForMH370
#PrayForMH17
#PrayForSabah
#PrayForGaza

Sunday, July 13, 2014

Pertandingan Mencipta Dialog Kelakar :D


Ramadhan Kareem, Allahu Akram!
Lama tak updet belog ni rasa janggal la pulak.. Berapa kali dah taip tapi x publish2 pun.. Hahaha..

Alhamdulillah, Ramadhan ni bulan rezeki.. Rezeki nak dapat pahala berganda, rezeki nak dpt keampunan, rezeki nak dapat rahmat Allah.. Mintak je banyak2 kat Allah, yakin dengan apa yang kita mintak tu, InsyAllah dimakbulkanNya... Jgn lupa doakan sekali saudara2 kita di Palestine dan seluruh dunia, moga dipermudahkan perjuangan mereka menentang Israel Laknatullah :(

Alhamdulillah jugak, bulan ni bulan rezeki.. Nak share la sket dgn blog reader CikWaniOnLine yang tak berapa nak ramai ni.. Hahaha.. Ok, ce u all buatkan dialog paling kelakar utk gambar di atas... Cair hati mak tgk gambar ni... Mcm ye ye je borak.. Si abang mcm tgh dok bercerita sakan... Si adik plak muka eksaited je tgk abg, mcm le faham abg cakap apa.. Hihihi..

Hadiah di taja oleh CikWaniOnLineStore.. Cuma tinggalkan dialog lucu di ruangan komen bersama nama dan email anda :D

p/s: Komen2 yang masuk tidak akan auto publish ye bg mengelakkan idea2 kelakar dicilok.. Kihkihkih.. Ok selamat mencuba :)