CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, June 26, 2015

Umrah Part 3: Persediaan Pre Umrah

Ok, next part bila dah bayar wang pendahuluan pada Travel Agensi (TA), adalah menyediakan semua dokumen yang diperlukan.. 


1. PASSPORT
Passport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan beserta dengan 4 mukasurat kosong beserta satu salinan passport.

Untuk rujukan, berikut adalah senarai harga baru pasport antarabangsa Malaysia (untuk tempoh lima tahun):

1) Pemohon biasa (13 tahun - 59 tahun) - RM 200
2) Warga emas (60 tahun ke atas) - RM 100
3) Kanak-kanak (bawah 12 tahun) - RM 100
4) Siswazah luar negara (bawah 21 tahun) - RM 100
5) Jemaah haji - RM 100
6) Orang kelainan upaya (OKU) - Percuma

2. GAMBAR
4 keping gambar warna berukuran 4x6 cm berlatar belakang putih dan saiz muka 70%-80%.
             Wanita : Wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap)
             Lelaki  : Tidak digalakan memakai songkok atau yang menutup kepala.


Pic courtesy to google

3. SIJIL SUNTIKAN MENNINGGOCOCCAL (ACWY135)
Kad suntikan ACWY135 @ Surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta. Ini hanya untuk mereka yang berumur 2tahun ke atas dan suntikan valid selama 5tahun.

*Standard caj suntikan ini sekarang ialah +-RM150.

4. BUKTI MAHRAM
Salinan surat nikah/kad pengenalan mahram/surat beranak/Salinan sijil kelahiran bagi semua kanak-kanak lelaki dan perempuan di bawah umur 18 tahun. (Details boleh rujuk TA)

Barang2 yg nak dibawak.. Hurmmm, ni part paling kritikal.. Punya laaa x reti nak bawak apa, sampai dah last minute nak bertolak tu baru packing barang.. Tu pun paksa kawan sekerja tolong pikirkan, bape helai baju nak bawak, bape helai seluar bagai... hihihi

Saya listkan jugak la kat sini, utk panduan di masa depan.. Since kami bawak anak2, mmg barang depa la yg banyak nya ni:

In Flight:
Diaper Abg & Adik
Wet tissue
Bottle spray
Baju extra Abg & Adik sorang sepasang
Napkin x1
Toys sorang satu
Buku nota & pen sorang satu (depa suka menconteng)
Biskut
Botol air
Sweater
Blanket
Baby Carrier
Baby oil, minyak TYT, eczema cream
Phone, power bank, duit
#Tengok je la list ni, barang mak nya yang last skali tu je... Angkut barang anak la yg sepenuh2nya tu.... 

Barang Mama:
Tshirt lengan panjang x2
Track suit x2
Jubah x4
Tudung x4
Kain batik x1
Telekung x1 (dah beli 2jubah solat.. so xyah bawak telekung spare)
Stokin tangan dan kaki
Bra, panties, pantyliner, pad secukup rasa
Sunglasses
Inner neck
Sweater
Selipar tawaf
Beg kasut

Barang Baba:
Kain Ihram dan tali pinggang x1
Kain pelikat x2
Jubah x4
Seluar panjang x2
Tshirt x2
Sandal x1
Stokin
Sweater
Sunglasses
Kopiah
Underwear secukupnya
Beg Kasut

Barang Abg Hadif:
Baju jalan+jubah x4
Baju tidur x4
Stokin x4
Diapers secukupnya (walaupun dah tak pakai diapers kat sini, pakaikan jugak kat sana time bawak pi solat & ziarah luar)
Sunglasses
Topi
Kopiah
Susu (bawak yang sachet je)

Barang Dik Asyfa:
Baju jalan+jubah x5
Baju tidur x5
Stokin x5
Diapers secukupnya
Napkin x3
Topi x1
Tudung x1
Sunglasses

Barangan umum:
Charger
Minuman 3in1
Biskut
Buku panduan umrah
Toiletries (termasuk pencukur, gunting, cotton buds, nail clipper, UV protector, lipbalm)
Ubat2 (demam, batuk, selesema, diarrhoea, supplement)

*Sbnrnya banyak lagi barang lain yg diangkut tp x digunakan pun, so idak ler mak tulis balik kat sini.. Kami bawak botol mineral kosong konon2 nak tapau air zamzam, tp menurut mutawwif skarang ni dah x boleh buat gitu.. Isi dalam beg bagasi pun x boleh.. Handcarry kalau sebotol dua dengan alasan nak minum atas flight je biasanya lepas...

*Baju plak better bawak baju yg jenis x berkedut.. Kat sana bawak jubah yang kedut seribu tahap segan nak pakai, so beli la pulak iron kat sana.. Mujur murah je lepas nego SAR40.

Setakat yang teringat dan dicatat, itu je kot yang penting utk dibawak... 

Ketika catatan ini ditulis, rindu pada bumi Haramain belum pernah surut.. Ya Allah jemputlah kami menjadi tetamuMu lagi :(

Friday, June 19, 2015

Umrah Part 2: Memilih Agensi Umrah

Ini adalah bahagian ke-2 paling kritikal selepas kritikalnya usaha memenuhkan tabung ayam, itik, rusa, kuda dan haiwan2 teladan yang lain.. Apa yang kritikal sangat nak cari agensi ni? Pertama disebabkan kami xde pengalaman lagi ke sana, hanya sekadar merisik pengalaman rakan2.. Kedua, kami bercadang utk membawa sekali anak kecil dan parents.. Sangat2 lah penting nak dptkan hotel paling dekat tapi nak rege murah, acaner tu? hehehe.. Ketiga, nak cari tarikh yg kalau boleh x perlu amik cuti rehat banyak hari, almaklumlaa cuti cikgu cikgi ni 7hari je setahun... 

So, risik2 la agensi yang boleh bg offer terbaik.. Payah sket nak cari time cuti skolah bln 5 tu sbb banyak agensi yg offer utk bulan Ramadhan terus.. Kalau ada pun, cuti skolah seminggu je, seminggu lagi kena amik cuti sndri.. Mmg tak la jugak.. Antara yang di risik termasuk la pakej dari Andalusia, EZ Kembara, Wira Saujana, Al-Fajr Travel, Ibtisam Travel, dan beberapa lagi yang lain... Ada yang dah berkenan dgn pakej, tp hotel plak jauh.. Ada yang provide hotel dekat, harga plak kurang mampu pergi.. Ada plak yang tarikh tak ngam.. Jadinya, mmg banyak masa habis nak risik2 agensi ni.. 

Sambil2 tu dok baca juga review dari blogger lain dan kawan2 FB.. Disember 2013 rasanya bulan kritikal.. Banyak kes yg agensi Malaysia dah booked hotel yg berdekatan Masjidil Haram utk yg amik pakej vip tapinya bila sampai sana, booking dah kena cantas dgn pembesar2 Arab yg kebetulan beramai2 plak dah pi buat umrah time tu jugak.. Jemaah yg dah bayar mahal2 ni harus la meradang kat agensi, padahal agensi pun jadi mangsa keadaan je... 

Ada jugak rakan FB saya yg dah siap bayar full, last minute agensi kenselkan semua.. Mmg la dapat refund tp sedih kot... Huhuhu.. Ada jugak kes yg mlm nak bertolak tu, dia siap2 update kat FB kata esok nak g Umrah, sekali esok tu tunggu kat airport, agensi langsung x tunjuk muka.. Benda2 ni la punca saya tak bercerita di blog @ FB lebih awal tentang persiapan semua ni.. Mmg dah plan, nak update semua once dah selamat pergi dan balik dari Umrah.. 

Come to think on it, sejauh mana pun preparation kita buat, nak pakej vip ke, nak hotel sekangkang kera dari masjid ke... semuanya atas izin Allah.. kalau Allah izinkan, amik pakej biasa yg janjikan hotel 500m pun boleh bertukar jd 50m.. Kita pergi Tanah Haram bukan sebab kita banyak duit, tapi atas jemputanNya.. Yakin lah yg Dia sebaik2 pengatur untuk para tetamuNya :) 

Bila diskas bab umrah ni dengan grup whatsapp bisness, sorang rakan ni cadangkan Jad Travel.. Abgnya mutawwif sambilan kat situ.. Adik beradik dia pernah join pakej dgn Jad.. Mmg puas hati, hotel dekat, harga pun reasonable... Mula2 baca tu rasa cam x percaya jugak... Mana nak jumpa pakej 6k+ hotel kat zam zam tower.. Mmg sangat2 unbelievable laaa... Siap ingatkan dia salah sebut 50m instead of 500m.. Hehehe.. So, saya pun personal whatsapp Nasirah ni.. Dia bg contact number abgnya yg mutawwif tu.. Kami pun berwhatsapp baranng sejenak utk diskas pakej.. Pastu abgnya pass kan pada admin Jad Travel, Afifah.. 

Semua discussion through whatsapp saje.. Masa ni risau tak hilang lg... Udah le tak biasa dgr Jad Travel, based kat Melaka jauh la plak nak p tgk2 ofis depa.. Bila google langsung x kluar sebarang review.. Review baik xde, review buruk pun xde.. Kuar website n fb depa je... Jenuh meng'conan'kan diri punya nak selidik jugak pasal Jad Travel ni.. Yang buat jatuh chenta tu, sbb pakej sangat affordable, udah la elok2 time cuti skolah, hotel plak 80m dari Masjid Nabi dan 50m dari Masjidil Haram.. 12hari 10mlm hanya RM6590... Mmg sangat2 unbelievable... Pakej agensi lain kalau harga 6k tu dok la hotel 500m dari masjid..



Godek2 website Jad, jumpa la pada objektif mereka yang mmg mensasarkan utk memberikan hotel paling dekat dan selesa utk para jemaah.. This is to explain why depa punya pakej takde kasta2.. Takde pakej Gred A utk para vip, Gred B utk kakitangan kerajaan, Gred C utk yg x berapa nak ada duit yada yada... Tapinya, agensi yang buat pakej2 ni pun bagus jugak.. Sekurang2nya ada alternatif yg diberi.. Yang mungkin kurang bajet tp masih kuat fizikal, boleh je dok hotel jauh sikit... Yg mmg perlukan hotel jarak dekat, kena la bayar lebih.. Tapinya, saya agak waswas bila baca bab Family Business tu.. Ada sedikit persepsi yang family business ni biasanya mesti akan ada personal interest yg sememangnya tidak sihat utk perniagaan berkembang maju.. Tu diaaa, sampai ke situ saya pikir..Hihi

Dlm misi menjadi Conan dan CSI tu, saya godek2 instagram dan FB Jad Travel.. Baca semua komen & gigih bukak profile sesapa yg komen, like or di tagged pada gmbr2 pi umrah tu... Lagi gigih sebab directly PM insan2 yg dah pernah g umrah dengan Jad Travel tu.. Tapinya, disebabkan xde mutual friends dgn insan2 bertuah tu, PM pun masuk ke other's folder.. Idak le deme tu baca.. Gigih lagi plak, balas kat bhgn komen mntk derang tu tolong bukak other's folder... Dalam 3-4 org yg saya PM tu, ada sorang ni reply panjang lebar.. Ilyana Razali namanya.. If u happened to read this, tqvm Yana... Sangat2 terhutang budi atas good review yang diberi... Moga2 dimurahkan rezeki utk kita ke sana lagi.. Aminnn :)



Percaya atau tak, saya punya berbelah bahagi nk transfer duit deposit sampai la pagi tu, berbalas2 PM dengan Yana ni dan baru la dapat keyakinan pada Jad Travel... (Ni saja mention nama Jad Travel banyak kali supaya senang kalau org lain google, leh baca review :D) So, pagi tu PM2 dengan Yana, petang tu transfer 5K utk deposit.. Lps transfer tu mmg tawakkal tu 'alallah sahaja.. Moga Allah kirimkan yg baik2 utk mudahkan kami... 

Basically, saya bayar RM6740 utk harga dewasa (extra RM150 dari pakej asal sbb dapat tambahan 1mlm extra di Madinah), untuk Abg Hadif @ kanak-kanak 2-12tahun RM6240 (less RM500 dari harga dewasa) dan untuk Dik Asyfa @ bayi kurang 2tahun, RM1500..     

Sunday, June 14, 2015

Umrah Part 1: Gerak Hati, Niat & Fokus

Sebenarnya tak pernah terfikir atau berniat secara serius utk pergi menunaikan umrah di usia masih agak muda (yang tak berapa nak muda) dengan anak2 yg belum baligh dan mumayyiz.. Saya ni berfikir secara realisitik, nak cekau duit mana agak2nya... Duit gaji mmg dah ada halatuju tiap2 bulan, itu ini nak dibayar, maka yg disimpan pun idak le banyak beno.. Last year 2014 mmg tahun kritikal merawat eczema Dik Asyfa.. Maintenance makcik kecik ni boleh tahan tinggi.. Mmg beribu2 habis utk merawat eczema dia... 


Turning point betul2 serius kumpul duit bermula masa bulan Jun 2014 (genap setahun yg lepas).. Masa tu gigih buat dropship & amik borong barang2 jualan utk melayakkan diri jd top ejen & dapat cash serta web percuma... Alhamdulillah, Allah lorongkan rezeki ke arah itu, dapat cash RM5000 utk digunakan bila2 nak pergi Umrah atau ziarah Turki.. Mind U, saya buat dropship barang keperluan anak-anak ye, bukan buat MLM.. Makanya idak le wujud bonus itu ini begitu begini.. Reward Top Ejen ni pun inisiatif supplier tersayang, Kak Linda utk motivate ejen2 dia :D

Dari situ lah saya start fikir strategi, berapa yg perlu disimpan setiap bulan utk cukupkan pegi Umrah 2015.. Cadangan asal nya, nak pergi Disember nanti.. So, ada banyak sket masa nak kumpul duit.. Tapi bila fikir2 balik, bln Disember nanti Dik Asyfa dah berusia 2y+.. Kira kalau tiket flight dah kena caj.. So, agak kerugian disitu.. Tp syok nya bulan Dis ni sbb musim sejuk.. Bulan Mei-Jun plak musim panas yang teramat, tapi Dik Asyfa baru 1y+, belum sampai tarikh birthday, so caj utk dia baru RM1500.. Kalau bulan Dis, terus mencanak jadi 6k+.. Beza sangat2 harganya.. Pergi tgh tahun or hujung tahun, still makcik kecik tu x ingat jugak experience dia.. So, tawakkal la target tengah tahun walaupun cuaca akan sngt panas time tu...


Maka, bermula la setahun fokus utk mencukupkan tabungan.. Apa yang saya nak share, dulu bisnes sambil2 gini jugak.. Dapat la simpan 2-3ratus setiap bulan.. Tu pun habis tanpa disedari.. Bila kali ni, fokus dan niat betul2 nak kumpul duit utk pergi Umrah dan mintak sungguh2 supaya Allah jemput kita jd tetamuNya, Subhanallah tak putus2 dapat kastemer.. Kalau nak diikutkan, saya jual educational toys, mainan budak semua ni, bukan la brg keperluan sangat pun.. Dlm situasi gawat dengan GST bagai ni, saya meramalkan org ramai akan mengurangkan perbelanjaan yang bukan keperluan.. Tapi tu la, urusan memberi rezeki ni mmg sangat2 mudah bg Allah.. Kita cuma perlu usaha saje, selebihnya Dia selayaknya akan memberi :)


Anakanda Asyfa menjadi salah satu motivasi saya utk ke bumi suci Tanah Haram.. Anak kecil yang pernah sangat kritikal dan diramalkan dengan pelbagai komplikasi ini, dengan izin dan kasih sayang Allah membesar seiring usianya.. Tanda bersyukurnya saya atas kurniaan terindah ini, saya pernah niatkan utk bawa Dik Asyfa ke bumi paling aman itu.. Alhamdulillah impian tercapai..

Stay Tune utk part seterusnya bila jejari ini menaip lagi :D