CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, August 24, 2010

Shopping Utk Mama

Setelah banyak kirai duit utk anak, kena shopping utk mamanya plak.. Shopping utk mama pun, utk manfaat baby jugek... Jadinya hujung minggu lepas, semangat sungguh pergi ke Baby Jaya Ampang, Parenthood Expo MidValley & Fabulous Mum Puchong.. (Kat Fabulous Mum le duit abih paling banyak.. huhu)


Simple Dimple Simply Magical ( Large )
Beg ini telah lama ku perhatikan dari jauh.. Kiranya dah lama simpan perasaan yang mendalam kat ini diaper bag.. Bila mata bertentang mata, kompem ini pilihan terbaik.. Selain cantik dan colorful, beg ni fully foam padded, water resistance, ada changing mat, pocket semua banyak, large main compartment etc etc.. Mmg cantik menarik tertarik la.. Heheh


MAM - Ultivent Anti Colic Bottle
Ini botol susu cadangnya nak start guna dari waktu confinement lagi.. Nak ajar baby minum breast milk dari botol juge supaya senang bila dah keje nnti.. Kenapa memilih botol ni? Selain BPA Free, ia juga anti colic supaya baby x senang kena kembung perut (colic).. Salah satu punca colic terjadi bilamana baby isap susu, angin pun tumpang masuk dalam puting susu tu.. Kiranya 2in1, isap susu percuma angin terus kena colic.. Botol ni nak prevent benda tu la.. Besides, dari komen2 yang aku jumpa di internet, kebanyakkan baby yg refused utk minum susu dari botol (even di isi dgn breast milk) x menolak apabila di beri susu menggunakan botol MAM ni.. Ada la kot ciri2 dia yg buat baby rasa umpama direct breastfeed dari mak dia kot.. (Kot je la kan, i x cuba lagi..)

"I have tried all bottles available in the market, Zac still refused to drink from those bottles. Until I tried the MAM's, Zac is now a happy baby. The nipple is very soft and is more like a mom's breast."
-Jessy Tan, mom to 5 months old Zac


Fabulous Mom Washable Bra Pads
Now tgh promotion, buy 1 free 1.. So dengan harga RM29.90 dapat ler 12pcs.. Boleh la pakai 6x.. Beli yg washable je la kan, value for money + save the earth + breathable materials.. Penting ke benda ni? Penting la kalo susu melimpah ruah, boleh la absorb milk leakage.. Idak le basah baju kome..


Fabulous Mom - Kelly Padded Nursing Maternity Bra
Ni nursing bra pun tgh promotion.. Klu harga standard dia, idak ler acik mampu nak beli.. Tu pun idak ler beli sampai 5 (tp nyesal gak tak beli byk terus, tp xpe leh order online je pasni)..


Ameda - Lactaline Dual Breastpump
Mula2 hati tertarik dan bernekad nak sambar itu Spectra 3.. Harga pun lebih affordable compare to Ameda.. Tp dalam beberapa minggu yg lepas, kasih berubah pulak.. Jatuh chenta sama Ameda.. Medela tannak la sbb yg affordable semuanya bukan heavy duty.. Kriteria yang aku letakkan pada breastpump ialah ia mestilah sebuah pump yang boleh menjadi buruh kasar heavy duty - nak pam byk2 kali sehari insyAllah, dual pump - utk jimatkan masa, less noise - tannak ganggu org ramai kalo terpaksa pump di tempat keje or surau awam etc, battery operated - senang nak pump di mana2 saje (S3 xboleh guna battery), light weight - xnak pikul benda berat2 sangat (Ameda 0.45kg, S3 1.5kg), warranty period - mesti ada warranty yg panjang (Ameda 1year warranty, S3 6months only) Ermm tu je la kot.. Tp ni based on my opinion saje, jangan lah pengguna S3 berkecik ati plak.. Depends la kehendak, keperluan & budget masing2.. Ada org guna pump manual harga less than rm100 pun boleh survive menyusukan anak sampai 2tahun..


Bubbly joy 2 in 1 Cooler & Carrier Backpack
Dah ada breast pump kena pulak cari beg nak simpan dia n stok2 susu.. Taknak beli banyak2 beg, so ini 2in1 cooler n carrier backpack ni boleh simpan both things.. Bahagian atas dia yg ada kerajang aluminum ni boleh simpan 10botol susu 5oz + ice pack dan bahagian bawah dia plak boleh simpan breast pump..


Jingle Jungle - Breastmilk Storage N Feeding Bottle
Botol ni murah sajork + fit utk digunakan bersama breastpump Ameda + BPA Free + comel utk disimpan dlm cooler bag..


Jingle Jungle - Reusable Ice Pack
A great little helper for moms-on-the-go.. Boleh tahan up to 12hours + non toxic + yang pentingnya reusable..


Bepanthen Nappy Care Ointment
Ni hadiah dari Pn Ain kat Kuching sana.. Bukan saje utk nappy rash, boleh juge guna utk nipples.. Aku dah beli Drapolene utk nappy rash, so yg ni cadangnya mmg nak guna utk cracked nipples.. Thanks ye Pn Ain :D

Ermm, setakat ni utk breastfeeding rasanya dah lengkap kot.. Ke ada pape yg tertinggal lg ke? Hopefully Allah mudahkan jalan utk aku breastfeed anak sampai umonya 2tahun.. Aku tau, cabarannya terlalu banyak (baby xnak direct breastfeed, susu kurang, cracked nipples etc) tp tak salah mencuba kan.. Kalau semua ikhtiar dah habis, x berjaya gak fully breastfeed than masa tu aku redha la :)

* Credit to my dear husband sbb memahami keinginan saya utk memberikan yang terbaik utk anak kami.. I love You :D

Thursday, August 19, 2010

Diari Seorang Surirumah :D

Alhamdulillah, sudah 9 Ramadhan hari ini.. Syukur juga sbb belum ponteng puasa.. Both of us are doing fine.. Little caliph sangat behave and tak nyusahkan mama dia, hopefully sampai besar nnti dia jadi anak yang behave + soleh, amin..

Menjadi surirumah adalah sangat seronok walopun kekadang boring jugak sorang2 kat umah while My Hazar g keje.. Ni kali pertama menyambut Ramadhan sebagai seorang wife, off course berbeza dari tahun2 sebelum.. Dulu masa bujang2 slalu terpikir, 'iskkk..camne la nak jd bini org ni, sendiri nak bangun sahur pun liat gilerr, ni kan plak nak bangun sediakan mknn segala bagai..' Rupa2nya bila dah kawen, sendiri ada rasa tanggungjawab nak bangun n sediakan semua keperluan bersahur utk kami berdua:)

Skarang tertanya2 plak, camne la nak bangun malam bila ada anak nanti.. Makcik kan suka tidur mati, hihihi.. Tp InsyAllah bila dah ada baby nnti pandai2 la body kita adjust, kan.. Takkan la nak buat perangai tido lena tak ingat dunia cam bujang2 plak..

Btw, skarang dah approaching week 37.. Ada lebih kurang 3weeks saje lagi before EDD.. Hopefully dapat puasa penuh sampai deliver.. Rutin skarang mcm biasa, bangun dlm pukul 5am, panaskan lauk, bancuh air, hidangkan makanan dan bersahur sambil menonton Nur Kasih.. Kurma dan susu tak dilupakan supaya x lapar nak tunggu berbuka nanti.. Pas solat subuh n ngaji sket, tunggu My Hazar bersiap g keje n sambung tdo balik a few hours (ni paling heaven ni..hehe)

Bangun a few hours later, kemas rumah, kemas dapur, pikir apa nak masak, siapkan bahan2 mentah n layan internet.. Nnti lps asar baru start memasak.. So far dah try buat sambal sotong petai, sup tulang, sambal ikan bilis, kangkung belacan, nasi goreng budu (favorite My Hazar), bubur jagung, pengat pisang n apa lagi ntah, udah lupa.. Baru skali dua la iftar kat luar.. Hehehe, masa kat Lawas kemain malashh lagi nak masak, rela tapau hari2 walopun lauk kat kedai bukan sedap mana pun.. Tak sangka hantu rajin udah masuk badan bila balik sini :D

Ada kawan2 tertanya2, dok Gombak umah sape, deliver kat Gombak ke.. Jawapannya, 2-3bulan yang lepas pening2 kepala aku dok google n search homestay are Gombak/Selayang ni, nak stay dlm sebulan je. So ada la list kan beberapa homestay yg menarik hati, nego2 harga n rumah yg kami tinggal skarang ni la yg peling menarik hati.. Apartment ada security & fully furnished.. Fully furnished tahap ada mesin basuh auto, fridge yg besar, meja makan, water heater, sofa, katil, tv, pinggan mangkuk periuk belanga, dapur memasak, kettle etc.. Dapat la sewa dengan harga 1.1k utk sebulan.. Paling murah dan lengkap setakat ni.. Ok la tu, nak ikut duit mmg la terasa mahal gak, tp bila pikirkan kualiti masa yg boleh spend dengan husband + ni je la detik2 terakhir kami boleh spend masa berdua sebelum org ketiga menjengah dunia nnti, so pejam mata je la bayar tu..




Ok la, dah almost 4pm, nak kejutkan My Hazar.. Hari ni nak iftar kat De Palma Ampang (ada sijil halal ye, saya dah check).. My Hazar ada show berbuka, i tumpang sekaki je.. Hihihi

Wednesday, August 11, 2010

Outdoor Maternity Photo Shoot

Venue: Kepong Metropolitan Park
Time: 11am-1pm
Date: 08-08-10
Photographer: My Hazar (Canon EOS 550D & 50mm), Ima Shanaz (Nikon D5000 & 18-55mm), Anis (Olympus sp-57OUZ), Hafiz Saufee (Sony - A380 & 50mm)
Editing: My Hazar

Wahhh, ini sungguh berbagai kaum dan bangsa kamera yang ada.. Alhamdulillah, tercapai jugek hajat dihati nak mengabadikan detik pregnancy ni utk tatapan diri dan keluarga di hari tua.. Cewaahhh... Nak jugek gambar mcm ni? Sila roger2 saya sbb saya manager encik suami..Utk gambar2 wedding etc boleh layari http://www.facebook.com/onehazar

Ok jom layan gambar...


















Few more weeks to go.. Hrp2 ada kekuatan utk puasa penuh tahun ni.. Ramadhan Kareem Allahu Akram!

Sunday, August 1, 2010

Quenie dan Alex

Quenie & Alex

Ini lah rupanya 2org anak didik tuisyen aku di hujung minggu.. Wiken yang sangap, daripada x buat pape adalah baik buat kelas tuisyen, tp ajar 2org ni je la, malas nak amik ramai2.. Sedar tak sedar tuisyen sudah sampai ke penghujungnya.. Td last class ngn bbudak ni, pasni x dgr lg la suara derang yg kuat mcm petir tu.. Budak2 ni bijak, tp suka sangat auta.. Bila bg latihan lebih sket je mula la, 'cikgu ini mcm boleh mati maaaa, byk sangat kerja..' Aku citer kat mak dia, mak dia kata bagi je la latihan byk2 sampai mati pun xpe, mati blajar.. Haha.. (Ni sebenarnya smngt org2 Cina belajar yg kita kena contohi.)


Ni contoh latihan derang yang sungguh tak leh blah.. Berikan imbuhan utk kata dasar yg diberikan.. Boleh pulak 'pulang' jadi 'pulang modal', 'pulang-paling' ngn 'berpulang'.. Hahaha, tau la anak tokey kedai spek mata, pulang modal pulak ditibainya..

Ok la, ni dah minggu last kat Lawas b4 balik KL.. Too many things to be settled.. Esok ada last appointment ngn doctor, harap2 boleh la dpt MC sket nak balik cuti ni.. Bukan saje2 nak balik, dah flight xleh naik pas 34weeks, huhuhu.. Ok kita tgk camne esok ;)