Setelah banyak kirai duit utk anak, kena shopping utk mamanya plak.. Shopping utk mama pun, utk manfaat baby jugek... Jadinya hujung minggu lepas, semangat sungguh pergi ke Baby Jaya Ampang, Parenthood Expo MidValley & Fabulous Mum Puchong.. (Kat Fabulous Mum le duit abih paling banyak.. huhu)
MAM - Ultivent Anti Colic Bottle
Ini botol susu cadangnya nak start guna dari waktu confinement lagi.. Nak ajar baby minum breast milk dari botol juge supaya senang bila dah keje nnti.. Kenapa memilih botol ni? Selain BPA Free, ia juga anti colic supaya baby x senang kena kembung perut (colic).. Salah satu punca colic terjadi bilamana baby isap susu, angin pun tumpang masuk dalam puting susu tu.. Kiranya 2in1, isap susu percuma angin terus kena colic.. Botol ni nak prevent benda tu la.. Besides, dari komen2 yang aku jumpa di internet, kebanyakkan baby yg refused utk minum susu dari botol (even di isi dgn breast milk) x menolak apabila di beri susu menggunakan botol MAM ni.. Ada la kot ciri2 dia yg buat baby rasa umpama direct breastfeed dari mak dia kot.. (Kot je la kan, i x cuba lagi..)
"I have tried all bottles available in the market, Zac still refused to drink from those bottles. Until I tried the MAM's, Zac is now a happy baby. The nipple is very soft and is more like a mom's breast."
-Jessy Tan, mom to 5 months old Zac
"I have tried all bottles available in the market, Zac still refused to drink from those bottles. Until I tried the MAM's, Zac is now a happy baby. The nipple is very soft and is more like a mom's breast."
-Jessy Tan, mom to 5 months old Zac
Fabulous Mom Washable Bra Pads
Now tgh promotion, buy 1 free 1.. So dengan harga RM29.90 dapat ler 12pcs.. Boleh la pakai 6x.. Beli yg washable je la kan, value for money + save the earth + breathable materials.. Penting ke benda ni? Penting la kalo susu melimpah ruah, boleh la absorb milk leakage.. Idak le basah baju kome..
Ameda - Lactaline Dual Breastpump
Mula2 hati tertarik dan bernekad nak sambar itu Spectra 3.. Harga pun lebih affordable compare to Ameda.. Tp dalam beberapa minggu yg lepas, kasih berubah pulak.. Jatuh chenta sama Ameda.. Medela tannak la sbb yg affordable semuanya bukan heavy duty.. Kriteria yang aku letakkan pada breastpump ialah ia mestilah sebuah pump yang boleh menjadi buruh kasar heavy duty - nak pam byk2 kali sehari insyAllah, dual pump - utk jimatkan masa, less noise - tannak ganggu org ramai kalo terpaksa pump di tempat keje or surau awam etc, battery operated - senang nak pump di mana2 saje (S3 xboleh guna battery), light weight - xnak pikul benda berat2 sangat (Ameda 0.45kg, S3 1.5kg), warranty period - mesti ada warranty yg panjang (Ameda 1year warranty, S3 6months only) Ermm tu je la kot.. Tp ni based on my opinion saje, jangan lah pengguna S3 berkecik ati plak.. Depends la kehendak, keperluan & budget masing2.. Ada org guna pump manual harga less than rm100 pun boleh survive menyusukan anak sampai 2tahun..
Bubbly joy 2 in 1 Cooler & Carrier Backpack
Dah ada breast pump kena pulak cari beg nak simpan dia n stok2 susu.. Taknak beli banyak2 beg, so ini 2in1 cooler n carrier backpack ni boleh simpan both things.. Bahagian atas dia yg ada kerajang aluminum ni boleh simpan 10botol susu 5oz + ice pack dan bahagian bawah dia plak boleh simpan breast pump..
Jingle Jungle - Breastmilk Storage N Feeding Bottle
Botol ni murah sajork + fit utk digunakan bersama breastpump Ameda + BPA Free + comel utk disimpan dlm cooler bag..
Jingle Jungle - Reusable Ice Pack
A great little helper for moms-on-the-go.. Boleh tahan up to 12hours + non toxic + yang pentingnya reusable..
Bepanthen Nappy Care Ointment
Ni hadiah dari Pn Ain kat Kuching sana.. Bukan saje utk nappy rash, boleh juge guna utk nipples.. Aku dah beli Drapolene utk nappy rash, so yg ni cadangnya mmg nak guna utk cracked nipples.. Thanks ye Pn Ain :D
Ermm, setakat ni utk breastfeeding rasanya dah lengkap kot.. Ke ada pape yg tertinggal lg ke? Hopefully Allah mudahkan jalan utk aku breastfeed anak sampai umonya 2tahun.. Aku tau, cabarannya terlalu banyak (baby xnak direct breastfeed, susu kurang, cracked nipples etc) tp tak salah mencuba kan.. Kalau semua ikhtiar dah habis, x berjaya gak fully breastfeed than masa tu aku redha la :)
* Credit to my dear husband sbb memahami keinginan saya utk memberikan yang terbaik utk anak kami.. I love You :D
Ermm, setakat ni utk breastfeeding rasanya dah lengkap kot.. Ke ada pape yg tertinggal lg ke? Hopefully Allah mudahkan jalan utk aku breastfeed anak sampai umonya 2tahun.. Aku tau, cabarannya terlalu banyak (baby xnak direct breastfeed, susu kurang, cracked nipples etc) tp tak salah mencuba kan.. Kalau semua ikhtiar dah habis, x berjaya gak fully breastfeed than masa tu aku redha la :)
* Credit to my dear husband sbb memahami keinginan saya utk memberikan yang terbaik utk anak kami.. I love You :D
7 comments:
mcm dah complete je ni.tgu baby kua je.hehe. hus mula2 beli avent manual. ok je tp production tak byk sgt. beli spectra 3. production sama sahaja. so conclusionnya production tak bergantung pd pump.hus salah faham dulu.hus lg suka avent sbb suction dia lembut tp kua byk.yelah satu buatan UK, satu buatan Korea.tapi in terms of jimat masa n klu nak pump di pejabat nti tak sesuai lah guna manual. mahu setgh jam mengepam. so oklah ada satu manual, ada satu electric.
one more thing, as a first time mom, menyusu anak nanti mesti betul, jgn bg anak isap nipple sahaja.nanti nipple luka. biar dia isap areola sama.bila luka tu, mmg sakit sgt rasa bila dia menyusu. tapi tahan je. dlm kepala mesti ckp contraction lg sakit. if i can go through contraction, ni apalah sgt. it works! hehe. ada jugak yg berenti menyusu sbb tak tahan klu nipple luka.so good luck mummy!
tu la kan, breast pump ni memudahkan keje je, production still bergantung pada diri sendiri (hopefully production byk ler..)
pasal isap areola tu ada gak terbaca, tp x sure la when the time comes, pandai ke x nak nyusukan dengan betul.. nak g kelas penyusuan pun mcm malashh la plak bulan2 posa ni...dok cari info kat ternet je..
good luck utk kita berdua la :D
luka ke awal2 je. sbb kita pun tak pandai lg. then akan ok.ikut edd sepatutnya dah deliver eh. eh nak deliver mana ni?
EDD asal ikut LMP tu mmg patut arini, tp wani berkeras2 dgn doctor xnak EDD yg tu sbb LMP tu b4 kawen lg, so mcm sangat x logik.. last2 doc ikut yg scan gak.. sbb 2x scan kat klinik swasta yg berlainan, tarikhnya mmg 10sept ngn 13sept, so doc ikut yg 13sept tu..
4sept ni balik kedah, if blum deliver, anak kedah le jadinya :)
Askum sis
Menarik entri tentang gadjet2 dan barang2 persediaan. Jika tak susahkan boleh tak tlg share kat mana sis beli?
Thanks in advance.:)
sorry late reply coz ni entry lama..ikut turutan ek:
1)BabyJaya, Ampang
2-8)Fabulous Mom, Puchong
:)
Post a Comment