Alhamdulillah, sudah 9 Ramadhan hari ini.. Syukur juga sbb belum ponteng puasa.. Both of us are doing fine.. Little caliph sangat behave and tak nyusahkan mama dia, hopefully sampai besar nnti dia jadi anak yang behave + soleh, amin..
Menjadi surirumah adalah sangat seronok walopun kekadang boring jugak sorang2 kat umah while My Hazar g keje.. Ni kali pertama menyambut Ramadhan sebagai seorang wife, off course berbeza dari tahun2 sebelum.. Dulu masa bujang2 slalu terpikir, 'iskkk..camne la nak jd bini org ni, sendiri nak bangun sahur pun liat gilerr, ni kan plak nak bangun sediakan mknn segala bagai..' Rupa2nya bila dah kawen, sendiri ada rasa tanggungjawab nak bangun n sediakan semua keperluan bersahur utk kami berdua:)
Skarang tertanya2 plak, camne la nak bangun malam bila ada anak nanti.. Makcik kan suka tidur mati, hihihi.. Tp InsyAllah bila dah ada baby nnti pandai2 la body kita adjust, kan.. Takkan la nak buat perangai tido lena tak ingat dunia cam bujang2 plak..
Btw, skarang dah approaching week 37.. Ada lebih kurang 3weeks saje lagi before EDD.. Hopefully dapat puasa penuh sampai deliver.. Rutin skarang mcm biasa, bangun dlm pukul 5am, panaskan lauk, bancuh air, hidangkan makanan dan bersahur sambil menonton Nur Kasih.. Kurma dan susu tak dilupakan supaya x lapar nak tunggu berbuka nanti.. Pas solat subuh n ngaji sket, tunggu My Hazar bersiap g keje n sambung tdo balik a few hours (ni paling heaven ni..hehe)
Bangun a few hours later, kemas rumah, kemas dapur, pikir apa nak masak, siapkan bahan2 mentah n layan internet.. Nnti lps asar baru start memasak.. So far dah try buat sambal sotong petai, sup tulang, sambal ikan bilis, kangkung belacan, nasi goreng budu (favorite My Hazar), bubur jagung, pengat pisang n apa lagi ntah, udah lupa.. Baru skali dua la iftar kat luar.. Hehehe, masa kat Lawas kemain malashh lagi nak masak, rela tapau hari2 walopun lauk kat kedai bukan sedap mana pun.. Tak sangka hantu rajin udah masuk badan bila balik sini :D
Ada kawan2 tertanya2, dok Gombak umah sape, deliver kat Gombak ke.. Jawapannya, 2-3bulan yang lepas pening2 kepala aku dok google n search homestay are Gombak/Selayang ni, nak stay dlm sebulan je. So ada la list kan beberapa homestay yg menarik hati, nego2 harga n rumah yg kami tinggal skarang ni la yg peling menarik hati.. Apartment ada security & fully furnished.. Fully furnished tahap ada mesin basuh auto, fridge yg besar, meja makan, water heater, sofa, katil, tv, pinggan mangkuk periuk belanga, dapur memasak, kettle etc.. Dapat la sewa dengan harga 1.1k utk sebulan.. Paling murah dan lengkap setakat ni.. Ok la tu, nak ikut duit mmg la terasa mahal gak, tp bila pikirkan kualiti masa yg boleh spend dengan husband + ni je la detik2 terakhir kami boleh spend masa berdua sebelum org ketiga menjengah dunia nnti, so pejam mata je la bayar tu..
Ok la, dah almost 4pm, nak kejutkan My Hazar.. Hari ni nak iftar kat De Palma Ampang (ada sijil halal ye, saya dah check).. My Hazar ada show berbuka, i tumpang sekaki je.. Hihihi
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
3 comments:
Aku pun ingat rumah kat JB tu aku nak fully furnish then sewakan dengan harga tahap gaban.
Ho-ho.
salam..hi wanie! cantik umah..pndai pilih..ok lar tu leh main masak2 kan...tak berjodoh kita..xdpt jupa..huhu..anyway cantek sgt gambaq2 wanie..awesome! jeless lar akak..hehe..semoga semua selamat ya wanie.. - kakespie
pakcique:
jgn sewakan.. buat homestay.. ko xyah pening pale, income pun masyuk.. mcm rumah aku sewa ni, dia buat homestay sehari rm100, ko dpt customer 10hari je pun dah 1k.. lain la ada customer special cam aku request nak sebulan ke..hehe
kak espie:
aminn.. thanks kakak.. tu la, saya dah dpt umah yg selesa camni, xde lak tetamu nak dtg.. tetamu udah berpindah ke bintulu..hahaha
Post a Comment