CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, November 22, 2010

Jumlah Duit Hadif adalah sebanyak............


RM830.25 (sehingga pertandingan dimulakan)

Dan pemenangnya ialah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Asmahanizan dari http://asmahanizan.blogspot.com/ (tekaan RM865, ralat sebanyak RM34.75 sahaja)

Hadif says: Tahniah auntie! Seperti yg mama janjikan, mama akan bagi hadiah kat auntie.. Memandangkan pertandingan ni ada kaitan ngn Hadif, jdnya mama nak hadiahkan baju baby kat auntie.. Satu utk baby girl, satu lg utk baby boy.. Hopefully auntie suka la ek.. Mama pesan mntk auntie tinggalkan nama penuh, alamat & no fon kat email mama wani3009@yahoo.com Mama akan poskan hadiah tu lps balik dari Kelantan nnti :)

Ni la hadiahnya tu:



Lupa lak nak cakap, baju2 ni tajaan Butik Semua Cantik kepunyaan mama, baba & auntie Ijan yang beroperasi secara online di http://www.facebook.com/semua.cantik

Ok, Hadif dah ngantuk.. ZzZzzZzZZzZzzZzZ

Saturday, November 13, 2010

Puding Triffle ala CikWani

Amaran: Entry ini hanya sesuai dibaca oleh org yg xtau masak je tau..



Assalamualaikum kawan2.. Bertemu lagi kita dalam rancangan dapur cikwanionline yg dah lama x berasap..hahaha.. Ini adalah benda pertama aku masak lepas 2bulan bercuti berpoya2 x masuk dapur (masuk makan je) hohoho.. Mau resepi? Mari cuba, rasanya setakat ni lazat berkrim, dipuji ahli keluarga.. Hihihihi

Bahan-bahannya:

1) 2 gulung kek Swiss Roll (Acik suka perisa coklat, tp kalo nak perisa lain pun terpulang la kan)
2) 1 tin fruit cocktail
3) Kristal Jelly (Acik cari perisa strawberry dah habis, so beli yg mangga.. Again, ikut la selera masing2 nak flavor apa..)
4) 1/2 tin susu cair + 1/2 tin air + 4 sudu gula
5) 2 sudu besar tepung kastad
6) Yogurt (pengganti whipping cream)

Cara membuatnya:

Layer 1: Potong swiss roll anggaran 1.5cm tebal..susunkan dalam acuan. Tuangkan air fruit coktail ke atas swiss roll sehingga lembab. (Jgn basah lencun plak kek tu)

Layer 2: 1/2 tin susu cair + 1/2 tin air + 4 sudu gula dimasak atas api. Sambil masak tu bancuh 2 sudu tepung kastad dengan suku gelas air. Bila susu dah mendidih, kecilkan sedikit api dan masukkan bancuhan tepung kastad. Kacau hingga bancuhan susu tadi menjadi likat. Tuang ke atas layer 1 tadi.

Layer 3: Fruit cocktail tadi ditabur/disusun secara berhemah ke atas layer 2 (kastad).

Layer 4: Kristal Jelly dimasak mengikut arahan di kotak pembungkusannya.. Bila kastad dah keras sket & jelly dah sejuk sket (tp masih cair), tuangkan jelly ke atas lapisan buah td.. Tuang perlahan2 ye utk mengelakkan kastad td memberontak marah dan berkeladak dan bercampur aduk ngn jelly.. tak lawa nnti..

Layer 5: Bila jelly dah beku sapukan yogurt ke atasnya..

Sejukkan dlm fridge dan siap sedia dimakan sebagai pencuci gigi selepas lunch/dinner atau hidangkan masa tea time atau makan je sambil ayun anak dlm buaian ke taip entry blog ke berfesbuk ke.. Takde sapa nak marah.. Hehehehe

Ok, selamat mencuba...

p/s: pemenang pertandingan teka duit Hadif akan diumumkan dlm entry selepas ini.. Selagi blum buat entry tu, selagi tu la sesiapa boleh jawab..hihi

Sunday, November 7, 2010

Pertandingan Teka Duit Hadif :D

Assalamualaikum uncle & auntie semua... Ni Hadif pulak nak tulis.. Alhamdulillah, sebelum Hadif lahir lagi dah ada kawan2 mama & baba yang bagi 'angpow' dan hadiah kat Hadif.. Hadif seronok sangat2.. Terima kasih semua.. Yang kirimkan doa pun ramai.. Moga2 doa uncle & auntie dimakbulkan Allah.. Amin...

Btw, semua duit yang Hadif dapat, mama simpan elok2 dalam tabung botol susu yang Makcik Mimi bagi.. Mama tak masukkan kat bank lagi sebab mama pening kepala pikir nak bukak akaun apa utk Hadif sampai lah baru2 ni mama decide nak bukak akaun Tabung Haji kat Hadif.. Mama cakap nnti bulan2 mama nak buat potongan gaji sket utk akaun Hadif tu while baba pulak nak daftarkan Takaful utk Hadif.. Terima kasih ye mama & baba.. I love you both!

Semalam mama mula kira duit2 yang Hadif dapat tu.. Cuba uncle & auntie semua teka berapa jumlah duit yang Hadif dapat tu.. Mama kata mama nak bagi hadiah kpd sape teka dengan jumlah yang tepat atau hampir tepat.. Apa lagi, jom main teka2.. Mama kata Pertandingan Teka Duit Hadif ni terbuka kepada semua rakyat Malaysia samada blogger ataupun bukan cuma perlu mempunyai akaun email yang sah je.. Sapa nak teka, boleh tinggalkan jawapan kat ruangan komen & jangan lupa letak alamat email skali.. Satu email boleh teka satu kali je tau.. Sapa teka banyak2 kali mama tannak layan..

Tengok ni, besarnya harapan mama & baba kat Hadif.. Hopefully Hadif dapat jadi anak soleh kebanggaan mama & baba.. Aminnn.. (Eh eh, walopun Hadif pakai baju I Love Dad, Hadif sayang mama jugak tau.. Mana boleh tak sayang, mama dah supply susu segar penghilang lapar dahaga Hadif selama ni..hehehe)

Isk iskkkk, tengok baba ni.. Ada ke patut nak suap Hadif ngan wang ringgit.. Hadif tannak semua tu, Hadif cuma nak kasih sayang sepenuhnya je.. Hehehe

Haaaa, uncle & auntie boleh click the picture for enlargement.. Nilai yang nak diteka nnti letak titik perpuluhan skali ek, sbb ada syiling dlm botol tu.. Takyah la teka sampai ribu2, juta2, ada ratus2 je dlm tu taw..Opppsss, Hadif terbocorkan rahsia pulak.. Sorry mamaaaaaa...

Ok la, Hadif lapar susu.. Nak minum & tidur.. Jgn lupa teka tau, mana tau boleh jd pemenang, dpt hadiah dari mama Hadif nnti.. Tataaaaaa.....

Monday, November 1, 2010

60 hari penuh cinta..

Alhamdulillah, smlm genap usia My Hadif 60hari, bermakna dah 60hari la aku berpantang dgn jayanya. (jaya la sangat..) Yang berjaya mungkin misi menurunkan berat badan la.. Dgn x disangka2 aku sudah ringan dr sebelum kawen dan ehem ehem badan aku beroperasi seperti si gadis 25tahun (gadis la sbb masa umo 25 tak kawen lg).. Ok2 jgn riak, nnti berat naik balik.. Hoho, mari tgk weight management aku tanpa bantuan sebarang produk pelangsingan..

Previously: 49.6kg

Previous Total Fat % : 30.1%

Previous body water % : 51.1% (air dlm badan, lg byk lg bagus)

Visceral Fat sama mcm dulu..

Previously : 29 years old

p/s: ramai yg email aku bertanyakan ini produk ajaib penimbang TANITA.. Actually harganya RM450 postage included.. Sgt2 murah berbanding yg dijual di fitness centre sbb nya sblm beli ini penimbang aku dah called a few fitness centre kat KLCC, Sunway Pyramid & Subang Parade.. Harga yg derang boleh bagi utk scale ni dlm RM600+, so bila dpt tau kawan aku boleh dapatkan direct dari kilang dia dgn harga RM450, aku tau yg ini lah masa terbaik utk beli penimbang ni, hadiah utk diri sendiri utk monitor kesihatan diri :)