Amaran: Entry ini hanya sesuai dibaca oleh org yg xtau masak je tau..
Assalamualaikum kawan2.. Bertemu lagi kita dalam rancangan dapur cikwanionline yg dah lama x berasap..hahaha.. Ini adalah benda pertama aku masak lepas 2bulan bercuti berpoya2 x masuk dapur (masuk makan je) hohoho.. Mau resepi? Mari cuba, rasanya setakat ni lazat berkrim, dipuji ahli keluarga.. Hihihihi
Bahan-bahannya:
1) 2 gulung kek Swiss Roll (Acik suka perisa coklat, tp kalo nak perisa lain pun terpulang la kan)
2) 1 tin fruit cocktail
3) Kristal Jelly (Acik cari perisa strawberry dah habis, so beli yg mangga.. Again, ikut la selera masing2 nak flavor apa..)
4) 1/2 tin susu cair + 1/2 tin air + 4 sudu gula
5) 2 sudu besar tepung kastad
6) Yogurt (pengganti whipping cream)
Cara membuatnya:
Layer 1: Potong swiss roll anggaran 1.5cm tebal..susunkan dalam acuan. Tuangkan air fruit coktail ke atas swiss roll sehingga lembab. (Jgn basah lencun plak kek tu)
Layer 2: 1/2 tin susu cair + 1/2 tin air + 4 sudu gula dimasak atas api. Sambil masak tu bancuh 2 sudu tepung kastad dengan suku gelas air. Bila susu dah mendidih, kecilkan sedikit api dan masukkan bancuhan tepung kastad. Kacau hingga bancuhan susu tadi menjadi likat. Tuang ke atas layer 1 tadi.
Layer 3: Fruit cocktail tadi ditabur/disusun secara berhemah ke atas layer 2 (kastad).
Layer 4: Kristal Jelly dimasak mengikut arahan di kotak pembungkusannya.. Bila kastad dah keras sket & jelly dah sejuk sket (tp masih cair), tuangkan jelly ke atas lapisan buah td.. Tuang perlahan2 ye utk mengelakkan kastad td memberontak marah dan berkeladak dan bercampur aduk ngn jelly.. tak lawa nnti..
Layer 5: Bila jelly dah beku sapukan yogurt ke atasnya..
Sejukkan dlm fridge dan siap sedia dimakan sebagai pencuci gigi selepas lunch/dinner atau hidangkan masa tea time atau makan je sambil ayun anak dlm buaian ke taip entry blog ke berfesbuk ke.. Takde sapa nak marah.. Hehehehe
Ok, selamat mencuba...
p/s: pemenang pertandingan teka duit Hadif akan diumumkan dlm entry selepas ini.. Selagi blum buat entry tu, selagi tu la sesiapa boleh jawab..hihi
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
2 comments:
tengah membaca step by step pun dah terliur :)
hehehe, mari coba mencoba :D
Post a Comment