Assalamualaikum w.b.t
Buat Hadif yang mama sayangi.. Mama mula dapat tau 'kehadiran' Hadif dalam rahim mama 50hari lepas mama diijabkabulkan dgn baba.. Perasaan mama bercampur baur masa tu.. Off course mama happy dan bersyukur tp dalam masa yang sama, emosi mama terganggu.. Berada jauh dari keluarga dan suami tercinta buat mama rasa x yakin dan keseorangan tapi mama tau, mama perlu kuat demi anak yang mama kandungkan..
Hadif kekuatan yang mama ada.. Hadif temankan mama 24jam sehari, 7hari seminggu sehingga mama tak lagi rasa keseorangan.. Disetiap denyut nadi mama ada denyut nadi Hadif.. Kita terpisah dari baba, tapi kita ada satu sama lain.. Hadif anak yang baik.. Allah mudahkan urusan mama mengandungkan Hadif.. Tanpa 'morning sickness', tanpa sebarang alahan & even mama masih sempat berbulan madu ke Bandung ketika Hadif baru 3bulan dalam kandungan.. Alhamdulillah, Allah selamatkan semuanya..
Dalam doa, mama sangat2 berharap agar mama dan Hadif takkan terpisah lg dari baba.. Cukup lah baba dah hilang 8 bulan detik2 bahagia dari melihat Hadif membesar dalam rahim mama.. Mama tannak keluarga kecil kita terpisah lagi kerana tuntutan kerja mama.. Mama yakinkan diri, yang kita akan bersatu seperti keluarga lain slps Hadif lahir nnti..
Percaturan mama silap.. Mama tak dapat baca hati manusia yang pandang sepi borang permohonan pertukaran mama.. Mmg ini juga sebahagian dari takdir Allah dan kita wajib redha, tp mama takkan redha pada panel penilai yang meluluskan permohonan secara kronisme sehingga menyebabkan org lain yang lebih layak ditukarkan terpaksa berputih mata.. Jawab lah nnti di depan Allah swt di hari pembalasan kelak.. Mama masih boleh sabar bila setahun terpisah dari baba, tapi mama tak sanggup nak tgk Hadif membesar tanpa belaian kasih sayang baba apatah lagi kalau Hadif terpaksa berjauhan dari kami berdua..
Cuti sekolah tinggal a few days je lagi.. Mama dah bgtau guru besar untuk ambik unpaid leave sampai cuti Tahun Baru Cina.. Hopefully within 1 month ni ada berita gembira untuk kita sekeluarga.. Moga2 mama & Hadif tak perlu berjauhan lg dari baba.. Moga rayuan pertukaran mama diterima walaupun it close to impossible :( If happen that mama kena lapor diri ke Sarawak lepas CNY nnti, mama tekad untuk bawak Hadif bersama.. Mama takkan tinggalkan Hadif pada sesiapa.. Biarlah berhabis wang ringgit, mama akan pos grand livina ke sana utk keselesaan dan kemudahan kita berdua & mama akan cuba cari pengasuh terbaik untuk Hadif..
Kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Dia lah yang terbaik.. Mama tak dapat nak baca apa yang akan berlaku dimasa hadapan tapi selagi diizinkan Allah, Hadif takkan terpisah jauh dari mama sebab mama syg Hadif.. Sayang sangat-sangat.. Membesarlah sebagai anak yang soleh kerna doa mama sentiasa mengiringi langkah Hadif......
Friday, December 24, 2010
Catatan Buat Hadif
Posted by Azwani Shaari at 11:38 PM 8 comments
Labels: M.A.M.A n B.A.B.Y
Thursday, December 9, 2010
Buat Si BusyBody
Ok, tengah geram gilerrr ni.... Td Hadif di'culik' sedara sepupu g umah dia.. Aku xtau camne ibu lain, tp diri sendiri bila Hadif di tangan org lain n jauh dr mata aku, sure mcm2 aku terpikir like jgn la derang pandai2 suap apa2 mknn/minuman kat anak aku, jgn la derang bg bebudak mana2 yg tgh flu ke batuk ke dukung or cium Hadif, jgn la itu...jgn la ini... Mcm2 yg aku takutkan org buat kat anak aku..Over protective ke aku ni?
Kebetulan x lama lps Hadif di'culik' udah hujan plak.. Aku cuak balik la, jgn la derang bawak Hadif balik dlm hujan camtu lak.. Skali betul Hadif balik ngn barut je lindungi kepala dia & nmpk ada titisan hujan kat muka & kepala.. Ni belum kemuncak marah lg ni..
Pastu aku siap2kan bath tub isi air nak mandikan Hadif & gi jerang air panas kat dapur, skali sedara yg busybody tu mentang2 kau nurse selamba kodok je nak mandikan Hadif ngn air sejuk tu, dlm cuaca hujan lak tu.. Aku tgh siap2kan baju Hadif masa tu, dia amik Hadif & celup dlm air sejuk tu, terus meraung selak la anak aku.. Aku dah tarik muka masam dah masa tu sbb aku ada satu kelemahan iaitu x reti nak tegur2 org ni tambah2 lak dia tua dr aku.. Hadif dah nangis sesungguh hatinya, so MIL soh g amik air panas.. Panas betul hati masa tu, si busybody tu nama je nurse, buat anak aku mcm tu langsung x rasa bersalah ke.. Sesuka hati je, aku ibu Hadif, aku yg menanggung sakit lahirkan dia, biarla aku & husband yang tentukan cara terbaik nak besarkan dia.. Anak kau kalau nak mandikan ngn ais batu dr awal lahir pun aku peduli apa.. Ni anak aku.. Esok2 kalau dia kena lelah ke asma ke paru2 berair ke sbb mandi dgn air sejuk ni, ada kau nak amik peduli masa tu? Eeeeee, series sakit hati..
Hadif cried on the top of his lungs sampai abis mandi.. Hati ibu mana la yang x sedih.. Jenuh nak tenangkan Hadif lepas mandi tu, sampai time dia menyusu dlm mata terpejam, tumpah air mata aku.. Sedih sbb x dpt nak protect anak sendiri.. Aku x tau org lain mcmana but as for me, kalau nk jd ibu ni, jd la ibu yg rajin.. Jgn mencipta alasan kononnya bila mandikn anak sejuk2 mcm tu, ank jd kuat padahal ko malas nk jerang air (kes xde water heater).. Kita yg tua ni pun boleh menggigil klu mandi air sejuk time hujan, ni pulak anak aku yg baru 3 bulan tu :(
Ni bkn 1st time aku menangis disebabkn perbuatan x bertanggungjawab org busybody kat anak aku.. Sblm ni dah jd skali.. Hadif dlm dukungan sorang mak sedara dlm kete.. Cuaca panas terik masa tu, so aku nk tutup kepala Hadif masa nk kuar kete, mak sedara ni ckp xyah la tutup, Hadif dah besar, biar kena panas sket.. Eeeeeee, mmg panas hati masa tu, Allah je yg tau.. End up Hadif gelisah x lena tido mlm tu, kepala dia panas sesangat sampaikn aku basahkn kepala dia dgn air sejuk pun langsung x menangis.. Kesian Hadif...
Rasa2nya aku x pernah pandang hina or perlekehkn the way other parents raise up their children.. Habis2 pun aku tumpang simpati dgn nasib anak kecik tu je.. Imagine, aku ada sorang sedara yg bekerja sbg nurse (ni nurse lain plak) tp umo anak dia 3bln dah disuap mee goreng, sirap ais etc.. Ni yg aku tgk sendiri sbb dia dtg umah aku masa tu.. Siap bangga lagi sbb anak dia kuat, tahan mkn pedas kala usia br 3bln, last2 kena jangkitan paru2 budak tu.. Tu pun aku xde nk kecoh2 soh dia ikut cara aku ke apa ke.. Takde plak aku memandai2 soh dia stop bg ank dia mkn apa yg dia nak bg.. Bg aku, sbg nurse mesti dia knowledgable, so xyah la aku ingatkn benda2 yg dia lg patut tau..
Sama jugak mcm pemakaian barut.. Aku akan pakaikan barut kat Hadif at least sampai umur dia 6months supaya x kembung perut, x sejuk dada.. Tu pun ada gak sedara mara yg bertanya dgn sinis 'laaa dah besar pun pakai barut lagi..' Again, jd ibu ni jgn la jd ibu yg pemalas sngt.. Bukan susah pun nak pakaikan dia barut, lain la kalo cuaca panas tu mmg aku tanggalkan la barut dia.. So far, rutin memakai barut & sapu minyak kat perut, belakang badan, betis & tapak kaki secara konsisten setiap hari without fail menyebabkan Hadif x pernah lagi kena kembung perut or colic.. Alhamdulillah.. Kita sbg ibubapa ni usaha la setakat yg boleh, kalau kena gak penyakit, tu diluar bidang kuasa la kan.. At least kita dah usaha sehabis baik..
Ok la, penat dah nak marah2.. Pengajaran kepada cerita di atas, jgn la jd busy body ye makcik2 di luar sana.. Hormatilah cara org lain mendidik anak mereka sbb bukan semua cara org tua2 kita zaman dulu kala itu bagus.. Yang bagus je kita amik, yg lain tu lu pikir la sendiri...
Sekian, renung2kan dan selamat beramal!
Posted by Azwani Shaari at 10:01 PM 12 comments
Labels: M.A.M.A n B.A.B.Y
Wednesday, December 1, 2010
Breastfeeding Story
bf= breastfeed(ing)
ebm= expressed breast milk
fm = formula milk
Segalanya bermula bila aku disahkan pregnant.. Berada jauh di Sarawak menyebabkan aku berkawan karib dengan laptop dan broadband.. Dlm banyak2 info yang aku kutip, aku tertarik hati dengan artikel/cerita berkenaan menyusukan bayi secara eksklusif.. Makin dicarigali ilmu bf ini semakin banyak pula yg aku rasa aku xtau.. Takper, slow2 la kan..
Mula2 dulu aku berniat nak bf Hadif secara eksklusif dalam ertikata hanya bg Hadif minum susu ibu tanpa apa2 elemen lain selama 6bulan (termasuk la air masak).. Alasannya mudah difahami dan diterima akal, bila baby minum air masak nnti takut dia cepat kenyang n kurang menyusu + susu badan mengandungi 80% kandungan air + air masak ditakuti x bersih atau kurang bersih hingga berat utk diproses oleh usus bayi... Tu part yg mudah, yg susahnya adalah utk bg pemahaman yg sama pd keluarga both side.. Jauh disudut hati, aku kecewa bila mak & MIL bagi air masak kat Hadif.. Mujur la pastu aku terpikir nak gantikan air masak tu ngn air zamzam.. So terubat la kekecewaan di hati.. Lgpun bila pikir2 balik, nnti nak buat tahnik, akan ada juga makanan lain (kurma) yg masuk ke mulut Hadif selain susu, so x exclusive jugak la kan... (Baby yg bf x sama dgn baby yg minum fm, kalo minum fm mmg kena bg air masak sbb kandungan air yang kurang dlm fm tu itself)
So, aku pun tetapkan target baru.. Fully bf Hadif tanpa bg fm.. Setakat ni, Alhamdulillah masih lg berjaya dgn bantuan nursing gadget yg pelbagai menjadikan kerja bf begitu mudah dimana saje ;) Dgn adanya nursing kurung, t-shirt n blouse, senang nak bf dikhalayak awam.. Dgn bantuan cik Ameda dan kawan2nya, kerja membuat stok menjadi lebih mudah.. Speaking of ebm, aku dah pun start buat stok ebm secara serious bermula 26 Okt yang lepas dgn target sehari kena pump sekurang2nya 3oz..
Dlm pic tu, stocks yg aku kumpul dari 26Okt-18Nov, semuanya ada 40plastik x 3oz yg bersamaan juga dgn 3200ml di mana jika dimasukkan dlm botol mineral panjang 1.5l tu dpt la 2botol lebih... Hrp2 cukup la utk Hadif minum bila aku dah start keje nnti.. Lps raya haji aritu xde la buat stok lg sbb balik umah MIL (fridge ada prob sket)..
Walaupun kesedaran wanita Malaysia tentang kebaikan memberi susu ibu secara sepenuhnya kepada bayi telah meningkat, masih ramai juga yang merasa tidak yakin akan keupayaan seorang ibu yang bekerja utk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada bayinya terutamanya apabila bayi ditinggalkan kpd pengasuh (apsal ayat aku skema mcm nak tulis artikel padahal nak tulis blog je ni..) Tp aku tak salahkan mereka2 yg tak yakin ni, maybe depa kurang knowledge camne nak simpan ebm dgn betul, camne nak maintain kan jumlah breast milk etc..
Ni antara FAQ dlm dunia penyusuan yg juge kerapkali aku kena jawab bila ditanya oleh sanak saudara:
Q: Susu apa yg terbaik utk baby?
A: 1) Susu ibu
2) Susu ibu yg diperah (ebm)
3) Susu ibu dari ibu susuan
4) Susu formula (kambing/lembu/unta etc)
*fm bukan lah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu
Q: Brape lama susu yang diperah tu boleh tahan?
A: Tgk tmpt penyimpanan..
~2-5hari dlm fridge
~6bln dlm deep freezer
~3bulan dlm freeze (fridge 2pintu)
~2minggu dlm freeze (fridge 1pintu)
~4jam dlm suhu bilik / 8jam jika bilik ber aircond
~24jam dari freeze bawak ke bahagian biasa dlm fridge
~2jam lepas keluar dr fridge
~1jam slps dipanaskan
~1jam lepas baby mula minum
*Ni hanya guide line, boleh cium & rasa susu tu tgk masam ke x.. kalo x tu, ok la lg.. My breastmilk rasanya kurang enzim lipase (yg buat susu cepat berbau tp bukan basi) sbb 1jam lps Hadif minum pun still x mengubah bau & rasa susu tu..
Q: Tak terjejas ke khasiat susu tu bila dibekukan?
A: Off course khasiat dia berkurangan compare to fresh ebm or direct bf tp sangat2 la jauhhhhhh lebihhhhh baikkkkkk dr fm.. (alaa susu lembu tu korang tau tak zaman bila diperah?)
Q: Kalau baby minum ebm tu x abis, boleh simpan dlm fridge blk x?
A: Tak boleh smpan blk, baby x abiskn dlm tempoh sejam tu kena buang la itu ebm.. Nak jimat, jgn bg skali byk kat baby.. Ikut jumlah dia slalu minum dah le, sket xpe nti boleh tambah lg, xde la bazir...
Q: Pump byk2 ni x abis ke susu?
A: Breastmilk ni konsep dia demand & supply.. Lg byk ko perah/bg baby minum, lg byk stock akan terhasil.. If dah x perah/baby minum, otak akan bg isyarat yg susu badan dah xyah produce sbb x digunakan.. Camtu la bahasa mudahnya..
Q: Bila nak bg anak minum fm?
A: As for me, selagi Hadif mau menyusu & bekalan susu mencukupi, aku mmg tannak dia minum fm at least sampai umonya 2tahun.. Tau tak nape sstgh baby yg minum susu ibu, bila dah lama2 nak bg fm dia xnak? Rupa2nya rasa susu ibu tu bergantung kpd apa yg si ibu makan.. So byk la perisanya, mcm aku ni Hadif dah rasa susu perisa durian, ayam masak merah, apple pie, big mac, rambutan, kopi, horlicks etc..no wonder la if satu hari nnti dia tannak minum fm yg hanya didatangi dlm 3 perisa asli, vanila or coklat ;)
Hadif pernah mengamuk sakan skali.. Mmg takkan dilupakan.. Dah la masa tu kat Klantan.. Dia merajuk tannak menyusu.. Aku lak tak bawak balik breastpump, setakat perah pakai tangan masa tu dpt sket je.. Bila perah masukkan dlm botol, dia minum.. Direct feeding yg dia xnak.. Merajuk yg sesungguh hati ni, sampaikan mak sedara aku soh My Hazar belikan nestum.. Kecewa sungguh masa tu.. Jenuh pujuk2 Hadif tak jalan gak, nangis siap kuar air mata.. isk iskkk.. Aku tannak dia makan nestum (baru 44hari ok.. takkan nak makan benda berat dah..), so mintak MIL buatkan air kanji je (air drpd nasi yg ditanak).. Sambil2 aku pujuk Hadif, aku cakap kat dia aku tannak dia makan apa2 benda pun selain susu aku.. Tak jalan gak pujukan tu, nangis makin teruk.. Aku pun kecewa, terus bgtau Hadif makan la nak makan apa pun, nasi ke nestum ke mcd ke pizza ke.. Skali dia berenti nangis n minum susu aku sket2.. Huhuhuhu, terkesan di jiwa.. Bayi pun boleh faham naluri seorang ibu, priceless sungguh saat2 tu..
Journey aku menyusukan Hadif baru je nak bermula.. Harap2 usaha murni ini direstuiNya.. Ia juga tak mudah tanpa sokongan padu encik suamiku.. Tau la kan, gadget menyusu ni xde yg murah.. Aku ada terbaca blog seorang ibu yg terpaksa sorok2 beli breastpump mahal sbb takut kena marah ngn suami.. Huhuhu tu ibu tu pakai duit sendiri, bukannya mintak duit laki dia.. I'm blessed sbb encik suami bukan setakat sokong, sanggup kuar modal lg.. Thanks abg, i know u love us :D
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 233).
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)
Posted by Azwani Shaari at 11:04 PM 13 comments
Labels: Breastfeeding