CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, November 28, 2012

Universal Studio Singapore (Part II)

Masih berkisar ttg tips ke sana lagi ye selain tips di sini :

1. Memandangkan faktor cuaca adalah faktor yang sukar diramal walaupun ada ramalan kaji cuaca, to play safe aku mencadangkan bersiap sedialah kamu dengan payung atau baju hujan agar kamu x terkandas.. Ataupun bersiap sedialah dgn wang sebanyak $3 utk baju hujan plastik bertulis USS, atau $35 utk payung USS.. 
Haaaa.. bazir duit je kan beli cikai2 gini harap ada cop USS je  pun..
2. Kalau bawak anak kecik atau toddler tetapi tak bawak stroller atau baby carrier, boleh lah secara pantas menyewa stroller.. Dari entrance, tmpt sewa stroller atau kerusi roda berada di sebelah kiri berdekatan toilet.. Masuk je terus pegi sewa dulu sblm kehabisan.. Jgn sampai separuh jln pusing USS, anak cranky nak berdukung baru terhegeh2 nak sewa stroller takut udah terlambat saje la..ehehehe
single stroller $10
double stroller $15
wheel chair $20 (if not mistaken)

Selain letak orang, boleh jugak letak barang.. Hadif khusyuk menelaah pamphlet.. haha
3. Makanan halal memang ada dijual dlm USS ni.. boleh rujuk pamphlet utk mengetahui lokasi restoran halal.. Ada logo halal pada restoran yang provide halal food.. Mmg x menjadi masalah le.. Masalahnya cuma harga yg melambung tinggi.. Hikhikhik.. Walaupun katanya xleh bawak masuk mknn/minuman dari luar, bawak masuk je simpan dlm beg.. At least bawak sandwich, air kotak, air mineral pun ok.. 

Tumpang makan kat Star Bot Cafe.. Mula2 takut gak kalo kena halau, tp pekerja dia buat x heran je.. Cafe ni non halal, so bukak la bekalan mknn utk alas perut..


Lunch kul 3pm kat Oasis Spice Cafe dlm Ancient Egypt.. Nasi Briyani $15, soto ayam $7.. Air kotak & mineral bawak sendiri..

4. Haaaa, yg ni pun penting gak.. Silalah pakai kasut yg sesuai.. Mcm aku pakai sandle je, end up nak naik roller coaster yg canggih2 tu kena la bukak kasut.. Paling penting jgn nak pi bergaya pakai high heels sudahh.. Ada jugak tau yg pakai high heels, udah tersenget2 aku tgk, akibat berjalan jauh..


Aku pakai sandal ala2 begini.. Kena tanggalkan time nak naik roller coaster, takut tercabut.. spek mata pun kena tanggal jugak tau :P


Pakai sport shoes ni ok cuma nnt time game dlm air, tendency nak basah tu sngt la tinggi.. Kasut ni if dah basah, kompem x best pakai..

Kalau pakai gini mmg ok sngt :D

Ok, cukup dah kot, tips mau ke USS, next entry kita citer apa yg besh kat sini, insyAllah :D

Saturday, November 24, 2012

Universal Studio Singapore (Part I)

Alhamdulillah, selamat pergi dan pulang dari Singapore.. Lama sungguh x jot down pape dlm ini blog, so sebelum lebih meleret2, aku nak bg few tips yg mungkin berguna utk sesiapa yg baru 1st time nak ke Universal Studio Singapore (USS) sebelum aku sendiri terlupa :P

1. Bas vs Kereta
Aku dah merasa both experience ke Sngapore dgn bas & kereta.. Nmpknya mcm lg senang by bus saje especially kalau mmg tujuannya nak masuk USS.. Kalau dengan kereta, Sngapore ni cerewet sket.. Semua tempat rasa2nya kena byr parking, masjid je kot parking free.. Belum lagi bab kesalahan lalu lintas yg mudah2 je nak kena saman, so aku cadangkan sila ke USS dengan bas.. 2mlm aku kat Sngapore, parking saje dah RM100++ tau..

Utk perkhidmatan bas paling mudah dan sungguh friendly staff nya, aku mencadangkan http://www.odysseynow.com.my/ yang lokasinya bersebelahan Tune Hotel, JB.. Boleh hubungi 072323092 untuk tempahan.. Hanya RM30 utk tiket pergi balik tune-uss-tune.. Worth it!

2. Hotel
Ok, bila dah decide nak naik bas saje, boleh cari hotel plak.. If amik bas dengan syarikat yg aku suggest tu, ada beberapa hotel yang walking distance saje utk pegi tunggu bas iaitu:

a) Tune Hotel
Ni confirm sngt2 la yang paling dekat dgn tmpt tunggu bas tu.. 

b) Zoom In Hotel
Ni hotel yang aku booked sbb tune hotel & hotel lain dah penuh.. Keselamatan kereta mmg terjamin, InsyAllah sbb hotel ni sblh balai polis.. Paling best sbb hotel ni ada mini market dia sndiri & even sblh hotel pun ada mini market yg bukak sampai lewat mlm..

c) Kozi Hotel
Hotel ni pun dekat area2 tu jugak.. Aku called nak booked dulu udah penuh..

d) Golden Leaf Hotel
Yang ni aku xjumpa link website dia.. Tp if korang google, agoda, asiarooms etc ada promo utk hotel ni..

3. Tiket USS
Ok, bila hotel dah booked, bas dah booked, jangan lupa paling penting booking tiket masuk ke USS.. Aku booking direct dari website mereka http://www.rwsentosa.com/Attractions/UniversalStudiosSingapore sbb Maybank ada buat promo, dapat diskaun 15% if byr guna kad MBB.. Jimat disitu..

Paling penting tuan2 dan puan2 sekelian.... Dengar baik2 ni.. Dah alang2 kluarkan blanja nak g USS ni, tolong la tolongggg beli tiket express kalau nak merasa main banyak games dlm tu.. Kalau nak queue sampai sejam dua utk 1 game, end up 10am-7pm korang dpt main x sampai 10 games, lagi x berbaloi.. 

Bila ada tiket express, perasaannya sungguh la berbeza.. Bayangkan, di satu laluan hampir 100orang tengah bersusun2 beratur, kau selamba je guna express lane yg sungguh la lengang.. Rasa sungguh haibat bagaikan VVIP.. hehehe.. Paling penting sbnrnya nak kejar masa la kan? Bukannya USS ni bukak 24jam, so alang2 nak masuk sini pun dah mahal, kuarkan la budget sket utk express ticket :D


Berjalan masuk ke 'Lights Camera Action' dengan sungguh bergaya..

See.... walopun sampai lambat, dengan bantuan express pass, kami dah potong hampir 100 kot org2 lain dan akhirnya menang mudah! Dok depan skali :D

Disebabkan bawak anak kecik yg of course la akan menarik masa2 emas di sana, mau mkn la, cranky la, tdo la, diaper changed la etc so x sempat jugak nak cuba semua games.. Nanti aku review dlm next entry..

Harap2 entry ni membantu utk sesiapa yg nak ke sana tp xtau nak mula kat mana sebab aku aritu pun gelabah jugak last minute baru nak call bas/hotel etc.. Alhmdulillah Allah mudahkan, sampai jugak kami ke USS ni :D