CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, March 21, 2013

The Making Of.............



Alhamdulillah, syukur pada Allah yang Maha Memberi Rezeki... Moga perjalanan ini selamat hingga ke hujungnya.. Banyak lagi ilmu yang belum aku pelajari sebagai persediaan untuk menjadi ibu (buat kali ke-2)..

1st pregnancy dulu:
* Ilmu penyusuan susu ibu sepenuhnya (misi berjaya, Alhamdulillah)
* Pemakaian lampin kain (berjaya selepas usia Hadif 11bulan sehingga sekarang)
* Memilih barang2 ibu dan bayi (jenama breastpump & botol susu, kriteria baju newborn, set penjagaan berpantang, vitamin semasa pregnant, jenama mandian baby etc)


Sekarang 3 perkara kat atas ni, mungkin aku akan ketepikan dulu buat sementara waktu ni.. Cuma last2 nnti mungkin kena refresh balik kot2 ada penambahbaikan.. 

Jadinya, target utk 2nd pregnancy adalah untuk mengumpul ilmu berkenaan:
* Vaksin dan imunisasi
Ya kawan2, selama ni aku bawak anak untuk jadual imunisasi secara membuta tuli.. Secara ikut ikutan.. 


     #Kenapa bawak anak g cucuk? 
     @Eh memang kena cucuk la, nurse dah bagi schedule..
     #So, apa tujuan vaksinkan anak ni?
     @Nak bg perlindungan dari penyakit2 tertentu la.. Hep B, Tibi, Campak, Rubella, Tibi etc etc
     #Jadinya kalau dah vaksinkan anak ni, mmg 100% terjamin ke anak xkan kena penyakit2 tu?
     @Tak sure plak, kalau kena pun kesannya x seteruk kalau x amik vaksin kot..
     #Ada side effect x?
     @Hurmm, x pasti jugak..
     #Apa bahan2 yg digunakan untuk buat vaksin tu? Selamat & Halal x bahan2nya?
     @Haah kan, x terfikir plak nak tau kandungannya.. Apa benda ek?
     #Pernah dapat penerangan dari doktor/nurse x tentang adverse effect setiap vaksin?
     @Tak pernah pulak diterangkan & x pernah pulak nak bertanya..
     #Tau tak antara adverse effect dari vaksin termasuk la penyakit asthma, eczema & autisme?
     @Tak pernah tau jugak..

Seeeeeee.. Betapa jahilnya aku seorang ibu yang mengikut telunjuk membuta tuli.. Tengok betapa banyaknya aku menjawab 'x pasti', 'x sure', 'kot', 'x pernah tau', 'xpernah nak bertanya' etc..

Aku tak kata vaksin itu x baik atau baik.. Korang kena cari sendiri jawapannya.. Pilihan utk memberi vaksin atau tidak terletak di tangan ibubapa.. Setakat ni KKM x wajibkan pun imunisasi ni, cuma cara mereka meletakkan schedule tu seumpama ia sesuatu yg wajib, kan? Ye, aku pun terpedaya.. Kenapa mereka x wajibkan imunisasi? Sebab vaksin BUKAN 100% SELAMAT.. Ada adverse effectnya.. Gila kau nak wajibkan vaksin, nak kena saman dengan mak bapak yg anaknya kena adverse effect? Cuba mintak kat doktor/nurse, mintak nak baca 'insert / leaflet' vaksin.. Agak2 derang nak bg x? Atau depa pun x pernah baca itu insert.. Ye, aku pun x pernah baca sebelum ni, ni baru start cari.. Kat internet melambak rujukan, rajin atau x saje..

Dan, aku pun x pernah amik tau sebelum ni kandungan vaksin.. Tahukan anda dalam vaksin DtaP-IPV jenama Kinrix terdapat vero cells (monkey kidney)? Taktau kan? Aku pun asalnya xtau..

" Vaccine ingredients include heavy metals, pus from sores of diseased animals, horse serum, calf serum, faecal matter, foetal cells, urine, macerated cancer cells, sweepings from diseased children, formaldehyde (a carcinogen used in embalming fluid), phenol (a carcinogen capable of causing paralysis, convulsions, coma, necrosis and gangrene), lactalbumin hydrolysate (an emulsifier), aluminium phosphate (an aluminium salt that is corrosive to tissues), retro-virus SV-40 (a contaminant virus in some polio vaccines), antibiotics (e.g., neomycin tm) that lead to antibiotic resistance, chick embryo (as a growth medium for the virus), sodium phosphate (a buffering salt), and foreign animal tissues containing genetic material (DNA/RNA) from the growth medium. 

Vaccines are also contaminated with mycoplasma, bacteria, monkey viruses and various adjuvants. Heavy metals include thiomersal (mercury) as a preservative and aluminium as an adjuvant. Mercury and aluminium have each been proved to damage the brain and nervous system. In some cases, thiomersal has been replaced by another neurotoxin known as 2PE. Vaccines also contain monosodium glutamate (MSG), sorbitol, and gelatine. Many of these ingredients are not allowed for Muslims, Jews, Hindus or vegetarians."

Sumber: A. Majid Katme, MBBCh, DPM (medical doctor) Spokesman, Islamic Medical Association (UK) January 21, 2011

Cukup la aku share kan sedikit dulu.. Aku pun masih menuntut ilmu tentang imunisasi ni.. Tgh kumpulkan semua insert/leaflet, tengah cari bahaya setiap bahan, adverse effectnya etc.. '

Pendirian aku dan suami jelas.. Kami tidak mahu berkompromi mencegah penyakit menggunakan bahan yang merbahaya, najis dan haram.. After all, mencegah saje kan, bukannya merawat.. Aku percaya yg Islam ada menyediakan alternatif untuk mencegah penyakit2 ni (termasuk susu ibu, air zamzam, makanan sunnah, makanan organic etc) cuma kita je antara tau dengan tak.. 

Berubat dengan benda yang haram itu tidak dibenarkan, bahkan ia diharamkan kecuali dalam keadaan darurat. Ini jelas bersandarkan daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ad-Darda’ bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan dijadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu, dan jangan kamu berubat dengan yang diharamkan." (Hadis riwayat Abu Daud)

Imam Bukhari pula ada menyebutkan dalam shahihnya daripada Ibnu Mas‘ud:

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar (kesembuhan) kamu pada benda-benda yang diharamkan ke atas kamu." (Dikeluarkan oleh Bukhari)

Manakala dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada ubat yang kotor." (Hadis riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)..



Diriwayatkan dari Aisyah r.a, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda, 'Sesungguhnya Al Habbatussauda boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al- Sam, aku bertanya apakah itu Al-Sam.. Baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut.. Hadis riwayat Imam Al Bukhari..

If ada yang berminat nak join group Our Health Unvaccinated Child tu add aku kat fesbuk & pm utk join.. Nanti aku add kan...

Disclaimer: Aku bukan anti vaccine.. Utk Hadif pun aku dah lengkapkan semua imunisasi KKM.. Aku cuma berharap utk membuat informed decision selepas ni, xmau lagi setuju membuta tuli.. Wish me luck!

15 comments:

Nurul 'Ain said...

tahniah wani...
btw, nak tanya..wani guna test yg mcm mana tu ye? canggih btul buleh kuar words gitu...:-)

Unknown said...

Alhamdulilah,
syukur dapat pregnan lg kan :)
Tahniah. Saya doakan semoga ibu and baby dlm kandungan sentiasa sihat, diluaskan rezeki dan menjadi anak yg soleh.

Bagi anak yg sihat mungkin tiada effect dari vaksin. Tapi daripada pengalaman anak buah saya menjadikan sy yakin vaksin itu tidak 100% selamat. Tapi tulah, malas nak bertekak dengan nurse and doktor.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita. In Shaa Allah

nurul said...

salam kak wani..sori tanya out of topic sikit. pasal renovate rumah. kan umah akak dulu gawang & pinti bilik air cepat naik kulit & cepat reput kan? lepas tu akak tukar dengan apa ek? sebab saya pun dok apartment gak. kayu bilik air & pintu reput & berkulat. nak tukar je terus tu. TQ

Azwani Shaari said...

ain: yg tu jenama clear blue, ada jual kat guardian.. dia detect ikut conception date.. dan keupayaan dia detect lg haibat dr UPT biasa which boleh detect walopun period belum lewat.. hehe

ziana:
tqvm.. my experienced, hadif mmg xde adverse effect yg ketara setakat ni, tp bila dah tau kandungan vaksin etc, mmg xnak amik risiko la utk next child..tambahan plak membabitkan halal haram n darah daging ni..huhu

nurul:
akak tukar pintu bilik air tu dr jenis kayu biasa kepada pintu yg jenis boleh lipat tu..rujuk gmbr ni

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151078034083966&set=a.10151078032188966.453973.639633965&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-ash4%2F327622_10151078034083966_1248964838_o.jpg&smallsrc=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-ash4%2F486590_10151078034083966_1248964838_n.jpg&size=1200%2C1800

Super Ummi said...

tahniah kak..
tak sabar nk menambah sorang lg ni... huhu

Azwani Shaari said...

MS: x invite akak pun blog baru.. dah tinggalkan email aritu wani3009@yahoo.com

onniesham said...

congrats wani.. sorry lambat wish.. bru sempat nk blogwalking ni.

betul tu wani.. kita ni main ikut je apa yg doc/nurse ckp dan kita sket pon x amik tau pasal baik buruk imunisasi ni. sy doakan awk brjaya... mana la tau ada rezki sy dpt no. 2... boleh la dpt info dri blog awak ni

Azwani Shaari said...

onniesham: tqvm.. harap2 dapat girl pulak.... jom join baby 2013, sempat lg nih...heehehe

Avicenna Generation said...

Salam..saudari a.k.a Cg. Azwani Shaari, mohon saudari fikir sebetul-betulnya sblm buat decision utk unvaccinated kan your future second child..take ur time,, mungkin bleh luaskan pembacaan puan tentang kisah benar sebuah keluarga di Auckland..yg suatu ketika dulu ambil pendirian yg sama seperti saudari dan pasangan, tetapi yg jadi mangsa sikap parents akhirnya anak kecil yg tak bersalah..

p/s: never underestimate the diseases and over-estimate the adverse reactions of vaccines..

http://www.abc.net.au/local/stories/2013/06/06/3776327.htm

Azwani Shaari said...

avicenna generation:

tq atas respon puan..sbb tu saya katakan INFORMED DECISION itu sangat penting.. never over-estimate the adverse reactions? pernah tgk how bad adverse reaction can be?

ok berkenaan dgn link tersebut, saya suka memetik kupasan ini sbg jawapan:

Cara tetanus menyerang adalah melalui bakteria Clostridium tetani. Bakteria ini akan lepaskan neurotoxin dalam badan dan bila expose sebenarnya yang menghalang keupayaan kita untuk mencipta antibodi yang melawan jangkitan. Dengan memperkenalkan satu bentuk toksin yang dah "mati" (yang tidak boleh menyekat pengeluaran antibodi) doktor berharap pesakit akan membina imuniti kepada toksin. Ia seolah-olah seperti idea yang munasabah, tetapi munasabah ke?

Ya dan tidak. Walaupun ada mungkin badan akan mewujudkan antibodi untuk toksin, tindak balas antibodi untuk vaksin tidak sama imuniti atau perlindungan. Kehadiran antibodi selepas suntikan menunjukkan pendedahan kepada patogen, tetapi ia semata-mata tidak memberi imuniti.
(sumber :
http://www.vaccines.me/articles/cgezx-antibody-response-to-vaccine-does-not-equal-immunity-or-protection.cfm
http://gaia-health.com/gaia-blog/2012-07-04/vaccine-theory-proven-wrong-study-by-nih/)

Dalam kes vaksin tetanus itu, menyuntik tubuh dengan toksin mati asasnya seperti orang yang menyerahkan jawapan kepada kuiz masa kita tengah study. Melainkan sistem imun secara seluruh sepenuhnya terlibat "berkomunikasi" dengan versi langsung patogen yang ia tidak benar-benar mengetahui apa-apa pun tentang toksin yang dilepaskan. Ini terbukti oleh fakta bahawa menurut kenyataan dari Jabatan University of Neurologi Chicago, individu yang mempunyai tahap yang sangat tinggi titers (antibodi) masih boleh mendapat jangkitan tetatus yang teruk - mahupun maut.
(sumber : http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/1565228?dopt=Abstract)

Idea bahawa antibodi akan mencipta imuniti adalah pemikiran ajaib yang tidak disokong oleh banyak kes yang didokumenkan untuk wabak penyakit di kalangan penduduk yang mendapat vaksin sepenuhnya. Malah, dalam satu siasatan mengapa Corpus Christi middle school mendapat wabak measles, penyelidik berkata bahawa:

Kami menyimpulkan bahawa wabak campak boleh berlaku di sekolah-sekolah menengah, walaupun lebih daripada 99 peratus daripada pelajar telah divaksin dan lebih daripada 95 peratus kebal (immune). "
(sumber: http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/3821823)

Azwani Shaari said...

So harap that ease your mind a bit. Saya pun tak suka orang ingat, sekali cucuk, anak kita kebal

Keduanya, sebagai orang Islam antara asas kita adalah kebersihan kan? Kadang-kadang kita tak nampak benda ni. Ambik wudu. Mandi hadas, Kenapa kat luar rumah orang melayu dulu ada tempat basuh kaki? Kenapa bilik air kena pastikan bersih dari air kencing dan najis kalau nak ambik wuduk contohnya? Kenapa kita belajar macam-macam najis dan cara penyucian?

Tetanus is caused by infection with Clostridium tetani bacteria. These bacteria can enter your body through a wound or cut in your skin. They are often found in soil and manure

Know where you are most likely to encounter the bacteria known to cause tetanus. It is found throughout our natural environment and often lurks in soil that has been contaminated with animal and human feces. Manure is another common place it can be found.

Seringkali bakteria yang memasuki badan melalui luka (tercucuk, terguris, terpotong, terbakar), terutamanya jika kecederaan itu tidak dijaga dengan bersih atau dilindungi dengan bandaging. Apa biasanya protocol bila luka? Anda hafal?
Biarkan darah keluar sikit (supaya apa kotoran terikut sama), letak bawah running water yang bersih. Letak antiseptic - saya ada sebotol Palestine Extra Virgin Oil (tak kisah la orang nak kata apa - bonda saya dah ajar - sebelum sapu Yakin pada Allah, doa mohon ampunkan dosa, Al Fatihah, selawat puji-pujian pada Nabi)

Secara umumnya, gejala ketara bermula kira-kira 3 hari selepas terdedah kepada bakteria, tetapi kadang-kadang boleh mengambil selama beberapa minggu. Purata masa yang diambil untuk tanda-tanda keluar dalam kebanyakan orang adalah dalam kira-kira 8 hari pendedahan.

Kenali tanda-tanda yang menunjukkan tetanus. Kekejangan otot biasanya bermula dengan ketegangan dalam rahang dan kesukaran menelan (tu yang depa panggil shot ni Kancing Gigi). Ia merebak ke pengecutan otot muka, leher dan bahu, diikuti dengan penglibatan anggota badan, abdomen, belakang dan sfinkter.

Belajar apa gangguan lain boleh berlaku dengan tetanus. Denyutan jantung yang cepat, berpeluh berlebihan, tekanan darah tinggi, dan demam tinggi adalah semua manifestasi kemungkinan tetanus.

Tahu bahawa kematian adalah satu kemungkinan yang amat nyata jika rawatan untuk tetanus tidak diberikan dengan betul dan tepat pada masanya. Di Amerika Syarikat, 15% daripada individu yang dijangkiti tetanus mati disebabkan oleh pengurusan yang tidak sesuai penyakit ini.

TAPI - adakah dengan pemberian vaksin boleh beri ada 100% perlindungan? Tidak. Adakah lepas dapat vaksinasi anda boleh rasa anak anda adalah IRONMAN dan ignore semua ini? Tidak juga. Tapi meh angkat tangan siapa yang vaksinasi tapi tahu protocol ni? So awat tak tahu? Sebab mentaliti kita - we have shots for everything, why worry.

Itu yang saya kagum dengan orang yang tak ambil vaksinasi (sebab saya belajar ni dari mereka) Bukan mereka suruh saya "HOI JANGAN VAX!" - tak. Mereka kata, lihat situasi, lihat cara berbeza. Biasanya akan di tanya, nak cucuk ke tidak? Ada seorang pengamal perubatan perbidanan bila di tanya, awat Doktor tak cucuk saya tetanus, kawan saya yang pregnant semua dapat. Tau apa dia jawab? Awak nak potong tali pusat anak pakai buluh runcing ka? huhuhu

Sebab itu saya tak suka scare tactics. Saya tak belajar apa-apa. Saya seorang ahli Informed Choice Vaccination Inciative. Anda nak cakap anda cucuk anak anda pun saya tidak kisah. Anda nak cakap anda tak cucuk pun saya tidak kisah.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam shahihnya, dari shahabat Abu Hurairah bahwasanya Nabi bersabda,

مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شَفَاءً

“Tidaklah Allah turunkan penyakit kecuali Allah turunkan pula obatnya”

Lain orang, lain cara. Buat apa kita nak paksa. Bukan semua orang makan laksa pakai sudu dan garfu. Saya suka pakai tangan - sedap di samping enzim-enzim berguna di tangan menyihatkan lagi saya kut (wallahualam). Cuma Allah sahaja yang selayaknya nak judge ikhtiar kita. Kalau dah cucuk pun masih kena atau tak cucuk pun kena juga - Kun Fa Ya Kun kan?

Avicenna Generation said...

yup..i'm respect your decision, skrg ni dunia dah maju, parents skrg dh pandai cari info, mengalahkan ahli ilmu perubatan apabila mengeluarkan fakta, but doctor and scientist still the winner as they get the knowledge from someone who really knows, sanadnya daripada Ibnu Sina dan ilmuan perubatan seangkatan dengannya, sebagaimana adab menuntut ilmu, mestilah ada gurunya..Terima kasih atas respons cikgu, saya appreciate fakta yg saudari hidangkan, tambah ilmu saya, dan sedarkan saya juga selaku bakal pengamal perubatan 'moden', cabaran kami suatu hari nanti bukan hanya melawan penyakit baru, bahkan golongan pemikirannya macam saudari yang masih ramai di luar sana. Sblum habiskan kalam, suka saya tinggalkan satu analogi, ditakdirkan suatu hari, satu pasangan ni ada anak kembar, A dan B, baby A diberi vaksin sepenuhnya manakala baby B langsung tak diberi apa2 suntikan vaksin termasuklah tetanus, selaku ibubapa, pada pendapat cikgu, yang mana satu kita lebih confident apabila berada di tempat awam yang terdedah kpd 1001 jangkitan, secara psikologinya, tidak dapat tidak kita akan lebih yakin kpd baby A.. Dalam situasi ini, vaksin tidak lebih kepada wasilah ikhtiar kita.. selebihnya, serah pada Allah, ilmu vaksin ni pon ilhamnya daripadaNya, cuma bukan kepada cikgu, tapi kepada ahli ilmu itu..minta maaf, ini hanyalah sekadar perbincangan ilmiah, moga ada manfaat daripadaNya..Assalamualaikum..

Azwani Shaari said...

InsyAllah, ini akan menjadi perbincangan yang bermanfaat jika kita sama2 berlapang dada.. Sebagai ibu, saya tidak pernah menolak perubatan moden/tradisional jika ada relevannya.. Anak sulung saya juga sudah fully vaccinate.. Cuma saya ada beberapa soalan yang belum pernah dijawab oleh mana2 doktor atau bakal doktor.. mungkin bakal Dr Avicenna Generation ada jawapannya:

1) Kenapakah vaksin Hepatitis B disuntik ke baby padahal Hepatitis B tu merebak melalui pemindahan darah, suntikan, hubungan seks, dan cara yang sama dengan HIV. adakah baby berkenaan akan terus amik jarum dan suntik heroin masuk kat dia?adakah dia terus mengadakan hubungan seks? so why suntik seawal kelahiran? Untuk rekod, setiap ibu mengandung akan menjalani pemeriksaan darah terlebih dahulu, mcm saya mmg -ve hepatitis B, adakah bayi saya perlu divaksinkan seAWAL kelahiran? kenapa tidak hanya divaksinkan jika berlaku kes perlu kepada pemindahan darah?

2. Kementerian Kesihatan mempunyai masa, ruang dan peluang utk promosi suntikan vaksin, kebaikan susu ibu dan kempen itu ini.. Tetapi kenapa tidak sedarkan kami ibubapa ttg wujudnya GARIS PANDUAN FARMAKOVIGILANS utk melaporkan sebarang adverse effect slps suntikan vaksin? no wonder la KKM punya statistik kes adverse effectnya rendah, sbb ramai ibubapa diluar sana yg tidak membuat laporan.. kenapa mereka tak laporkan? sbb xtau wujudnya GPF.. Dan sad to say, ada jugak doktor yg xtau kewujudan GPF ini... Bila anak mendapat adverse reaction, katanya kebetulan, atau masalah genetik.. hurmmm :(

3) Bakal Doktor Avicenna Generation komen diatas, doctor & scientist are still the winner, bagaimana ye? kenapa doktor sndiri x sependapat? saya ada ramai kenalan doktor perubatan bertauliah yang menolak imunisasi.. adakah mereka menolak membuta tuli setelah bertahun2 belajar ilmu perubatan? yg membezakannya, samada mereka menolak secara terang2an depan patient atau hanya menolak vaksin dr kegunaan keluarga sendiri, risau tindakan KKM..

harap bakal doktor masih sudi baca komen ini dan berikan penjelasan.. for this time being, saya sedang membaca The Vaccine Book by Robert W.Sears, MD, FAAP, a board-certified pediatrician.. Saya bukan menuntut ilmu dari pawang atau bomoh ye...

Dr Robert ni pro vaccine tapi pro informed choice juga... dalam buku tu beliau terangkan semua yg baik dan buruk tentang vaksin bukan sekadar cerita kan yg indah2 mcm kebanyakkan doktor malaysia buat... kesan vaksin yg doktor/nurse bgtau kat kami ibubapa hanyalah demam je sekejap...

Berkenaan analogi bakal doktor tentang anak kembar tu, insyAllah saya cuba buat perbandingan nanti antara anak saya yg fully vaccinated dan anak yang mungkin akan delay vaccinated..

Harapan saya, bila anda bergelar doktor nnt tolong dedahkan semua fakta kepada ibubapa... Dedahkan apa yg ada pada vaksin insert.. Dlm insert ada tulis sekian sekian caution atau effect, sila maklumkan kepada kami parent. Jangan cerita yg indah2 saja dan menyorokkan yg buruk2.. Kami mak bapak kampung, belajar x tinggi, ilmu sains kurang, jd tolong provide kami dgn ilmu yg tepat ya bakal doktor...

tq sudi singgah baca apa saya tulis... :)

Teratak Songket said...

Thanx Azwani.

Sangat banyak info yg membantu utk sy yg tgh research pasal vaksin ni. Mmglah kita bukan doktor tp sbg ibu kita mesti nak yg terbaik utk anak. Dan sy punya situasi juga spt awak. Anak pertama fully vaccinate sbb x ada pengetahuan, utk anak kedua sy mula alert.. harap berjaya buat y terbaik utk anak.

Bukan kita nak melawan doktor atau ape, tp kita sbg ibu ada naluri mahu yg terbaik utk anak,skali2 xnak ada benda berbahaya diinject pd anak. Sebab apa yg berlaku lepas itu, baik atau buruk ditanggung oleh ibu bapa bukan para doktor atau org lain.

Harap dpt approve fb OHUC , Emel sy siti_Adni@yahoo.com

Azwani Shaari said...

haah betul tu.. kita mak2 ni kalau boleh nak semua yg terbaik, kan..

btw OHUB dah approved ke? kalau belum, apa nama FB awak? saya bgtau pada admin utk approved kan..