CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, March 8, 2013

Perjuangan Tamat (02092010 - 25022013)

 Perjalanan Bermula (02092010)

Perjalanan Tamat (25022013)



Tamat sudah misi menyusukan kanak-kanak kecil ku :(

Alhamdulillah, Allah beri rezeki untuk Hadif fully breastfed sehingga usianya genap 2tahun. Sepanjang tempoh tersebut saya gigih mengepam susu di tempat kerja tanpa gagal terutamanya pada tempoh 6bulan pertama ketika Hadif bergantung sepenuhnya pada susu ibu.

Genap usia Hadif 2tahun, saya mula memperkenalkan susu segar kepadanya. Reaksi Hadif? Kadang2 minum, kadang2 langsung taknak.. Pada ketika ini saya sudah berhenti dari kerja-kerja mengepam dan menguruskan EBM. Kurang satu kesibukan di tempat kerja dan kesibukan di waktu pagi menyiapkan cooler bag untuk ke sekolah dan ebm ke rumah pengasuh.

Selepas melepasi usia 2tahun juga, saya dan suami mula berbicara dengan Hadif, menerangkan tentang dia yang telah besar, dah jadi big boy x boleh lagi minum susu mama, kena minum dalam botol/cawan.. Kadang2 dia angguk2 faham, kadang2 bila mood tak baik, x jalan jugak!

Saya pernah terfikir yang saya tidak akan memaksa kanak-kanak kecil ini berhenti, dan mahu biarkan dia berhenti menyusu dengan kerelaan sendiri. Juga saya merancang untuk tidak mengikut petua orang dulu2, letak sirap, asam jawa dll.. Namun, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan ;)

Dalam usia Hadif 2tahun 2bulan, saya pernah membuat percubaan meletakkan asam jawa pada nipple.. Hadif memandang dengan pandangan geli-geli tapi dia gigih jugak nak minum & berakhir dengan kerutan seribu di wajah.. Dia kemudian menutup baju mamanya dan berlalu dengan wajah sedih dan hampa. Ya! Saya tak tahan melihat wajah hampa seorang anak yang kemudiannya kembali semula kepada saya dan merenung sayu 'sumber kenikmatan' yang satu itu. Hadif melakukan cubaan kedua untuk menyusu tapi kecewa dengan rasa yang sudah berubah dan kesudahannya dia menangis sayu.. Drama sungguh nak wean-off toddler, tambah2 Hadif ni penyusu tegar.. Hadif kembali menyusu slps dia terfikir tips nk lap asam jawa tu dgn kain :P

Perjalanan menyusu diteruskan kembali tapi dah makin kurang.. Setiap malam saya akan bgtau Hadif yang dia dah x boleh menyusu lama2, menyusu hanya untuk baby2... Nampak tabiat dan kekerapan dia making berkurang.. Kalau sebelum tido, Hadif akan menyusu sekejap saja & akan berhenti apabila disuruh.. Kebiasaannya dia akan minum air masak sahaja selepas itu..

Sehingga lah detik 25 Feb 2013, pada mulanya saya cuba utk buat tak tahu.. Keraskan hati taknak bf & biarkan dia menangis.. Tapi....saya tidak tegar melihat dia menangis tanpa dia mengetahui puncanya kenapa dia tidak dibenarkan lagi menyusu.. Terpaksa guna cara lain pula.. Saya berulangkali menyatakan 'mama sakit' kepada Hadif dan meletakkan sedikit asam jawa.. Hadif cuba untuk menyusu satu kali dan terus menolak.. Katanya, 'Mama sakit... masam....' Ajaib sungguh! Dia langsung xnak menyusu lagi selepas itu.. 

Akibatnya..... Hadif demam 3hari.. Demam dan gelisah tidak lena tidur.. Dia tidak pernah menghisap pacifier, tidak mempunyai bantal busuk, tidak lagi tidur di buaian, jadi hanya memeluk mama sambil menyusu yang mampu menenangkannya.. Setelah tekad berhenti, Hadif nampaknya tidak berganjak.. Dalam demam yang kuat juga, dia tegar tidak mahu menyusu walaupun dioffer.. Hadif anak lelaki mama yang kuat.. Mama proud of you, sayang!

Dan sekarang, ketika entry ini selesai ditaip, dah lebih seminggu Hadif wean-off.. Segalanya back to normal.. Dapat la mama berehat lebih sikit.. Kalau sebelum ni, sambil drive ambil Hadif di rumah pengasuh pun dia akan demand mahu bf di dalam kereta, sampai sahaja di rumah, terus mahu bf tanpa sempat mama menyalin pakaian etc.. Sekarang keadaan lebih mudah dan terurus.. Cumanya, Hadif masih mencari mamanya setiap kali mahu tidur.. Masih mahu memeluk dan bergesel2 dengan mama.. Masih mahu tidur beralaskan lengan mama walaupun tidak lagi menyusu..

Tamat sudah satu perjuangan :D

8 comments:

Unknown said...

Wah tahniah :)
Seronoknya dapat menyusukan anak sepenuhnya. Saya berjaya setahun ajer. Ibu susuan dh ada 3 org, tp x cukup nak cover sebab Yusuf minum susu banyak. Terpaksa campur FM juga. Anak dah besar leh fokus next baby pula hehe

Azwani Shaari said...

tahniah jugak... 1thn pun dah sangat bagus... next baby boleh cuba lg... next baby fokus benda lain plak (lebih kurang apa yg awak fokus kat ur blog :D)

-zalehaj- said...

sy tgh cuba juger.. walaupun x eklusif mna.. siang FM, mlm BF.. baby dh nk masuk 9 bulan ...

Azwani Shaari said...

zalehaj: tahniah jugak! effort tu yg kita mahu.. xpe, next baby boleh cari gali ilmu lagi :)

deeni said...

Sy lom berjaya nk wean off my 3yrs doter. Mmg btl, tak sampai hati tgk muka sayu dia bl sy tak bg susu. Nak2 bila dia nangis. Sedihnya rasa.

Azwani Shaari said...

deeni: kan..kan... mmg x sampai hati.. tp bila memikirkan saya dah tunaikan sepenuhnya hak menyusukan dia, dah bg masa tambahan lg 5bulan lebih pulak, saya pun bersedia... lgpun nak kasi badan berehat dulu sbb gigih menyusukan anak 2nd plak..:)

zalina said...

alhmdulillah..mmg best bagi full bf kat anak..stakat ni brjaya..juz trkilan ckit ms ank sulung 1yr 8mth trpksa stop bf dia sbb dh lekat 2nd bby..skrg bby 11mth still fullbf..hope dpt bg smpi 2thn...

Azwani Shaari said...

zalina: aminnn, saya doakan berjaya :D