CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, December 26, 2013

Melatih Anak ke Tandas (Potty Training)


Anakanda yang sulung, Hadif dah pun genap usia 3 tahun 2/9/2013 yang lalu, tp masih dipakaikan lampin.. Mak nya yang x bersedia nak ajar ke tandas.. Lagipun Hadif banyak pakai cloth diapers, x rasa sangat duit mengalir beli 'pampers', sbb tu mak malas ni lengah2kan masa nak latih anak ke tandas..

Next year lak Hadif dah 4yo, sangat x sesuai dah kot gi tadika ber'pampers', so dah alang2 cuti skolah yg panjang, mmg decide nak latih Hadif time cuti sekolah yang panjang ini..  Aturan Allah mmg sangat cantik, hari Jumaat hari terakhir sekolah tu, aku kena room-in dgn Asyfa kat hospital & kami discaj hari Selasa.. Balik rumah terus mulakan misi melatih Hadif ke tandas.. 

Seminggu dua sblm latihan bermula, mmg kami lakibini dah ada bgtau Hadif yg nnti dia dah x boleh pakai 'pampers' lg, 'pampers' utk adik baby je.. Mula2 dia mcm ok la, tp bila hari first start PT, lepas mandi tu terus nak sarungkan seluar, Hadif mula request nak pakai 'pampers'.. Pujuk2 x jalan jugak, terus call teacher dia mintak pujukkan.. Teacher pun cakap le ngan Hadif yg dia dah xleh pakai 'pampers' lagik yada..yada... Hadif pun angguk2 je mengiyakan kata2 teacher.. Budak2 mmg gitu kan.. Ckp teacher semua x dibantah, padahal makpak dia pun cikgu jugak.. Haha..

So, hari pertama tak pakai 'pampers' ada jugak la adegan tercicir dlm seluar.. Tapi everytime dia shi-shi, dia akan bgtau la yg sluar dah basah.. 2nd day PT dah nampak progress sket.. Masih ada tercicir tapi dah reti bgtau nak shi-shi, cumanya ada time2 mmg shi-shi, ada jugak yg x kuar pape pun.. Hehe.. Yang bestnya, hari ke-3 dah xde adegan shi-shi tercicir.. Lega sesangat.. Tak sangka cepat je dapat PT kan Hadif.. Anak2 ni bijak, kita je kekadang under estimate derang, takut derang x bersedia, padahal maknya yg x bersedia nak pegang mop byk kali :P

Lps seminggu percubaan kat rumah, baru la hantar Hadif gi tadika balik.. Teacher2 pun baik hati sanggup sambung latih Hadif kat tadika.. Lagipun ada sorang lagi anak 3yo yang PT skali Hadif kat tadika tu.. Sampai skang ni, jarang-jarang sgt la Hadif tercicir unless kalau dia syok main & sayang nak tinggalkan mainan dia, mmg boleh terbabas la.. Tu pun x pernah lg terbabas poop.. Everytime nak poo, mmg dia bgtau & lepaskan hajat dia kat toilet..

Cumanya time tido malam & gi jalan2 mmg pakai lagi le diapers nya.. Ni pun kes mak x bersedia nak hadap tilam basah dan jugak x bersedia masuk public toilet yang entahkan ok entahkan tidak.. Hihiihi..

Ni masa open day tadika, ala2 amik report card..hihi

 Peace yoooo!

Abg Hadif & Adik Asyfa

 Buat homework..

Nempek kat rocker adik :D

Tahniah Abg Hadif dah PT.. Mama proud of you sayang :*

Thursday, December 19, 2013

Testimoni: Penjaga Pantang Jemari Tradisional

Banyak sungguh cerita yang terbengkalai.. Takpa, kita cuba gigih sehari satu cerita, kot dapat ye... Rancangan asalnya nak amik utk 3 minggu, tp memandangkan Asyfa kat NICU pun udah 3 minggu, so aku amik seminggu je perkhidmatan ni lps adik2 ipar balik ke Klntn..


Hari yang dijanjikan, suami g amik kat komuter Bt Caves.. Orgnya muda lagi.. Aku panggil kakak aje kat dia.. Indonesian.. Tp ada jugak penjaga pantang org melayu kita.. Ikut nasib la dpt yg mana..

7 Hari RM 1,000.00
3x Urutan Bersalin,
7x Penyediaan Mandian Herba, Bertungku, Ikatan Kain Bengkung
1x Lulur Herba
1xBertangas Memasak Masakan dan Minuman Pantang
2x Sehari Mandi dan Urut Bayi
Penjagaan Bayi: : Mencuci Pakaian Ibu dan Bayi dan Menukar Lampin Bayi

Ini pakej yg aku amik memandangkan dah byr deposit RM1K, kiranya habiskan duit deposit je la... Ni rate lama ni, tgk kat web Jemari Tradisional ni, harga udah melambung naik ye.. Jadi, adakah berbaloi servis yang diberikan?

Urutan Bersalin: Yang ni, bg aku urutnya biasa2 je.. Sedap lagi kakak tukang urut yang aku panggil dtg umah sblm ni..

Mandian Herba, Bertungku, Ikatan Kain Bengkung: Yang ni mmg standard kot, kalau amik tukang urut pun mmg depa akan buat semua ni skali termasuk dlm pakej urutan.. Bertungku pun best tukang urut yg aku amik sblm ni jugak, sbb dia tungku seluruh badan.. Yg jemari tradisional ni tungku kat perut n peha je..

Bertangas: Ok la... x pernah bertangas sblm ni, xtau nk compare..

Memasak: Yang OK nya sbb dia tolong masakkan extra utk suami n Abg Hadif mkn skali.. Yang KO nya, kenapakah lauk yg sama dimkn waktu tghari, dia hidangkan semula utk makan malam TANPA dipanaskan, TANPA ditukar mangkuk hidangan? Wahh, koboi giler.. Org dlm pantang lagi la xleh mkn lauk2 sejuk kot.. 2 hari aku observed dia, saje malas tegur, pastu baru la aku soh panaskan dulu lauk... Takkan benda common mcm tu pun dia xtau kot.. Even kalau bkn nak hidangkan utk org berpantang pun, biasanya mesti kita panaskan dulu mknn, ye dak?

Mandikan Bayi: Yang ni pun perlu ditegur jugak.. Dia terus mandikan baby dlm tub tanpa basuh dulu diaper area.. Pastu lak, dah mandi & sabun, tidak pulak dia bilas dulu dgn air bersih sblm angkat baby... Huhuhu

Bagi aku, servis ni OK if korang baru lepas pantang (masih dihari2 awal melahirkan bayi dan mmg xde sapa nak jaga) Mcm aku dah hari ke 35 baru guna servis derang, mmg rasa kurang berbaloi la... Sekadar nak habiskan deposit je, kalau nak tolak udah dia pulangkan separuh je deposit, lg la rugi..

Pape pun bagus ada servis mcm ni, utk ibu2 yg berpantang sndiri cuma still ada ruang utk diperbaiki supaya pelanggan puas hati dgn jumlah yg dibayar :)