Anakanda yang sulung, Hadif dah pun genap usia 3 tahun 2/9/2013 yang lalu, tp masih dipakaikan lampin.. Mak nya yang x bersedia nak ajar ke tandas.. Lagipun Hadif banyak pakai cloth diapers, x rasa sangat duit mengalir beli 'pampers', sbb tu mak malas ni lengah2kan masa nak latih anak ke tandas..
Next year lak Hadif dah 4yo, sangat x sesuai dah kot gi tadika ber'pampers', so dah alang2 cuti skolah yg panjang, mmg decide nak latih Hadif time cuti sekolah yang panjang ini.. Aturan Allah mmg sangat cantik, hari Jumaat hari terakhir sekolah tu, aku kena room-in dgn Asyfa kat hospital & kami discaj hari Selasa.. Balik rumah terus mulakan misi melatih Hadif ke tandas..
Seminggu dua sblm latihan bermula, mmg kami lakibini dah ada bgtau Hadif yg nnti dia dah x boleh pakai 'pampers' lg, 'pampers' utk adik baby je.. Mula2 dia mcm ok la, tp bila hari first start PT, lepas mandi tu terus nak sarungkan seluar, Hadif mula request nak pakai 'pampers'.. Pujuk2 x jalan jugak, terus call teacher dia mintak pujukkan.. Teacher pun cakap le ngan Hadif yg dia dah xleh pakai 'pampers' lagik yada..yada... Hadif pun angguk2 je mengiyakan kata2 teacher.. Budak2 mmg gitu kan.. Ckp teacher semua x dibantah, padahal makpak dia pun cikgu jugak.. Haha..
So, hari pertama tak pakai 'pampers' ada jugak la adegan tercicir dlm seluar.. Tapi everytime dia shi-shi, dia akan bgtau la yg sluar dah basah.. 2nd day PT dah nampak progress sket.. Masih ada tercicir tapi dah reti bgtau nak shi-shi, cumanya ada time2 mmg shi-shi, ada jugak yg x kuar pape pun.. Hehe.. Yang bestnya, hari ke-3 dah xde adegan shi-shi tercicir.. Lega sesangat.. Tak sangka cepat je dapat PT kan Hadif.. Anak2 ni bijak, kita je kekadang under estimate derang, takut derang x bersedia, padahal maknya yg x bersedia nak pegang mop byk kali :P
Lps seminggu percubaan kat rumah, baru la hantar Hadif gi tadika balik.. Teacher2 pun baik hati sanggup sambung latih Hadif kat tadika.. Lagipun ada sorang lagi anak 3yo yang PT skali Hadif kat tadika tu.. Sampai skang ni, jarang-jarang sgt la Hadif tercicir unless kalau dia syok main & sayang nak tinggalkan mainan dia, mmg boleh terbabas la.. Tu pun x pernah lg terbabas poop.. Everytime nak poo, mmg dia bgtau & lepaskan hajat dia kat toilet..
Cumanya time tido malam & gi jalan2 mmg pakai lagi le diapers nya.. Ni pun kes mak x bersedia nak hadap tilam basah dan jugak x bersedia masuk public toilet yang entahkan ok entahkan tidak.. Hihiihi..
Ni masa open day tadika, ala2 amik report card..hihi
Peace yoooo!
Abg Hadif & Adik Asyfa
Buat homework..
Nempek kat rocker adik :D
Tahniah Abg Hadif dah PT.. Mama proud of you sayang :*
2 comments:
salam.. x susah sbenarnya nk ajar PT ni... anak sy bulan 5 ni br cukup 3 tahun, tp skang dh latih PT.. dalam 3 4 hari dh reti cakap nk kencing.. dh pndai basuh sndiri.. klu nmpk syok sgt dia main, sy tanya dia, nk kencing x..huhu... jd mak ayah bnyk kna sabar..huhu
Salam,
Cadar kalis air sangat membantu saya dlm menguatkan semangat melatih anak bercerai lampin seawal 2 tahun (selamat duit mama..hehehhe)
Machine washable, senang kering, selesa..
Semoga boleh turut menyenangkan kerja ibu-ibu
http://kapasutera.blogspot.com/2014/05/cadar-cantik-tilam-tetap-selamat.html
terima kasih
Mama Era
Post a Comment