CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, April 28, 2014

Asyfa turns 6 months young

Si debab mak ni dah melepasi usia 6bulan, Alhamdulillah....Berat dah capai 7.4kg.. Dah start makan, kita mulakan dgn bubur carrot diikuti bubur kismis, 4 days rules.. Tu nnt la kita compile menu2 Asyfa dalam entri lain.. Dah besar ni, makin cerdik.. Dah pandai nangis2 kalau mama melintas x amik dia... Rajin melompat2, keje nak berdiri jek... Sembang pun makin ramah (dalam bahasa Jerman dia la :P) 

Ni posisi tido kegemaran adik.. Letak je atas tilam, automatik meniarap..

Nak jadi doktor kot? (sebab lama sangat dok NICU dulu..hihih)

Nampak setakat ni, adik suka makan & kuat makan.. Mana tak membulat..

Pandai jugak ambil dan pegang botol sendiri..

Lepak dalam istana.. Ini lego gergasi mama ada jual.. Whatsapp 017-854-1083 utk pembelian.. Sempat promo plak...

Jadi anak soleh/solehah ye anak-anak ku :)

Tuesday, April 22, 2014

Terapi Boling PPKI

Seronok jugak perasaannya bila sekali sekala dua kali dua kala dpt bawak budak keluar... Kalini terapi boling pulak... Boling pun satu permainan yang bagus jugak untuk melatih koordinasi tangan-mata murid...

So here we go... I bowl di Brem Mall Kepong...

Tunjuk ajar murid cara permainan yang betul walopun cikgu cikgi ni kekadang kelaut jugak...

Agak2 ni ada tak yg boleh wakil negara ni? Mana la tau, kan... InsyAllah ada ni yg boleh ganti Shalin Zulkifli :D

Budak seronok...cikgu pun legaa :D

Abis main seround ada lg sikit masa.. Sempat la bawak budak jalan2 ke Giant sblm menunggu bas...

InsyAllah sebulan sekali kami akan ke sini :)

Thursday, April 10, 2014

Terapi Berkuda & Lawatan ke FRIM

Semalam, mama bawak anak2 murid ke Terapi Berkuda di Tasik Titiwangsa.. Last year, skolah mama x dpt slot berkuda, tahun ni Alhmdulillah rezeki anak2 syurga ni, dapat la menunggang kuda.. Selain ini merupakan sukan sunnah Nabi, ia juga bagus untuk memupuk keberanian dan keyakinan diri :D

Naik kete kuda dulu seround...

Ada kelapangan masa nnt, InsyAllah boleh bawak Abg Hadif & Adik Asyfa ke sini...

Ini lah anak2 saya di sekolah...

Uncle ni soh edit gmbo dia bg jadi putih dulu baru upload... Kihkihkih

Semalam juge, Abg Hadif dan tadikanya ada lawatan ke FRIM, melibatkan semua murid 4,5,6 tahun.. Abg Hadif mmg teruja la nak naik bas.. Mama pun xde masalah nak lepaskan dia pergi.. Biar la dia berdikari & outing tanpa keluarga.. Nak tunggu mama bawak g hutan gitu taktau la bila.... Walaupun Abg Hadif kecik lagi, rasanya xde masalah nak lepaskan dia di bawah pengawasan cikgu2.. Anak2 ni kebiasaannya berdisiplin n dengar je cakap cikgu..

Gambar2 kredit pada facebook Tadika Naluri :D

Murid beratur sebelum menaiki bas..

Ni time baru sampai kot..

Naik jambatan beramai2...

Ni muzium dlm FRIM tu..

Khusyuk je belaka :D

Menghilangkan penat dan lelah..

Kan.... dgn cikgu2, elok je beratur, xde pun nak berlari2 bagai..

Best je ye makan minum dalam hutan yg damai..

Tekun tgk sarang spider

Teacher kata abg gigih panjat bukit tu nk p tgk daun terbesar di dunia :D

TQ utk semua warga pendidik Tadika Naluri Kreatif, Selayang.... 

Tuesday, April 8, 2014

Master Chef Junior Hadif : Jom Buat ABC

Assalamualaikum & hai kawan-kawan.. Hadif nak ajak kawan2 buat sendiri Air Batu Campur (ABC) di rumah.. Mudah je kawan2.. Tak perlu lagi bersusah payah pergi beli kat gerai-gerai selepas ni :D

Mula2 kawan2 kena mintak mak ayah memasing order ABC Maker ni daripada Mama Hadif.. Mama Hadif ada jual benda alah ni.. 

Bila dah beli ini ABC Maker, guna bekas yang diberikan utk buat ais batu sendiri.. Gunakan air yang dimasak ye kawan-kawan..

Tanggalkan ais batu dari bekasnya dan masukkan ke ruang bahagian atas ABC Maker ni.. Tutup rapat & kita putarrrrr....Kawan2 kalau rasa x power nak putar sendiri, sila dapatkan bantuan ibubapa masing2 ye :D

Dah siap aisnya diputar sampai jadi 'salji', masukkan susu pekat manis sesedap rasa...

Tambahkan jagung yang yummy!

Tambah kacang, tambah sirap.. 

Taraaaaa... Siap sudah semangkuk kecil ABC yang bersih, segar dan halal!

Sedap wooooo... sedap cenggini (sambil angkat ibu jari) Hihihi

Kawan2 nak beli ke? Harga promo mama jual RM70 sahaja! Nak lagi best? Pos adalah percuma disepanjang tempoh promosi.. Bila promosi berakhir? Sehingga habis kuota 12 set ABC Maker (Snow Cone Machine) ni.. Stok baru nanti, back to normal price...

Hubungi mama Hadif di whatsapp 017-854-1083 untuk tempahan dan pembayaran..... Jom cepat2, 12 set saje yang tinggal :D

Monday, April 7, 2014

Abg Hadif ke Zoo Negara

Lama sungguh x update.. Lama jugak dah tak bawak Abg Hadif kuar jejalan... Bukannya apa, cuaca yg berjerubu (sebelum ni), panas hujan tak menentu.. Tu yg malas nak outdoor sangat.. Rasanya seusia Asyfa dah la kot ktorang tak kuar jln2 sangat...

Jadinya, dihujung minggu yang tak berapa nak panjang tu (Sabtu mak koje), pergi la kami ke Zoo Negara menunaikan hajat Abg Hadif yang dah lama sangat dok bunyi nak gi Zoo... Asyfa & Baba lepak kat umah saje.. Mama pergi ngan Abg Hadif n Cik Lah..

Gerak dari rumah dalam jam 11pagi.. Tengahari yg sepoi2 tu sampai la ke zoo.. Mujur la cuaca pun ok, x panas membahang & tak juge hujan :D

Ni baba tiger & mama tiger..

Greater Flamingo

Flamingo asalnya kaler putih, tp disebabkan dia makan ketam, udang bagai.... bertukar lah bulu mereka menjadi kaler pink oren gitu... (kalau le kulit manusia pun ikut pemakanan, nescaya mak minum susu n makan roti putih je hari2... hahaha)

Turtle sekeluarga.. Bak kata Abg Hadif, ada mama turtle, baba turtle, abang turtle, adik turtle, cik lah turtle.....

Ni kokedai pun feveret gak :D

Nak makan penampaq kokedai tak?

Ni si rusa ke kancil ke hape ni?

Menonton 6D motion..

Abg Hadif rilek je tgk.. Abis tayangan, terus cakap 'mama...abg pening la.. taknak tgk dah... fish tu besar la, habis basah abg...'

Children World..

Gajah ni pun Abg Hadif request nak jumpa jugak...

Jirapah ni pun...

Zoo Negara dok tak habis renovate lagi.. Banyak la haiwan2 teladan yang x sempat nak dilawat.. Later next year kot, depa nak bawak panda plak.. Sempat la Asyfa umo 3thn dulu kot, baru gi melawat ke zoo ni lagik...

Kos masuk ke Zoo Negara:
Entrance Fees: RM30 (A), RM10-RM15 (C)
Tram: RM5 (A), RM3 (C)
6D Motion: RM12 (A), RM10 (C)

Makan kat dalam tu boleh tahan melampau jugak.. Udah mcm kat USS plak.. Semangkuk cendol & abc pun dah RM17, memang harga mencekik.. Next..... Abg Hadif nak naik choo choo plak.. Ingatnya nak bawak naik LRT kot.. Pusing2 KLCC ke... Gi Aquaria ke.. InsyAllah :D