CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, February 2, 2009

Pasar Besar Lawas

Pada hujung minggu yang lepas, saya dan dua orang rakan serumah pergi ke Pasar Besar Lawas.. Kami ke sana untuk mendapatkan sedikit bekalan makanan mentah untuk di masak ketika di rumah nanti.. Kawan saya yang bernama Ijan mengatakan bahawa beliau teringin untuk makan Laksa Kedah, maka kami mencari bahan-bahan yang berkaitan.. Saya telah mendapatkan resepi Laksa Kedah daripada ibu saya dengan menelefon beliau..


Pasar Besar Lawas terletak berhampiran Sungai Lawas yang besar itu.. Ia juga terletak di hadapan Pasar Ba*bi.. Ini merupakan kali yang pertama saya melihat kewujudan Pasar Ba*bi.. Mungkin kerana masyarakat di sini yang rata-ratanya Kaum Lun Bawang beragama Kristian merupakan pemakan khinzir yang tegar.. Tak mengapalah, kita abaikan cerita Pasar Khinzir itu.. Jijik pula rasanya mau bercerita.. Kita di mana tadi? Ya, cerita Laksa Kedah, kan?

Ketika meronda di pasar tersebut, saya dan rakan-rakan terserempak dengan ikan yang sungguh besaaaaarrrrr.. Saya tak tipu! Kalau kami membeli ikan ini, mungkin ia cukup untuk menjadi stok bahan mentah selama 3 bulan..

Ok, ada sesiapa yang tau nama ikan ini? Sila tinggalkan jawapan di ruangan komen.. Hadiah istimewa yang didatangkan khas dari Sabah/Sarawak akan diberikan kepada pemberi komen pertama yang menjawab dengan tepat..

Saya agak kecewa kerana setelah pergi ke beberapa kedai di Pekan Lawas ini, saya tidak berjumpa dengan laksa:( Mujur lah ada alternatif lain dengan menggantikannya kepada Spageti.. Walaubagaimanapun, laksa saya ini masih banyak kekurangan.. Bahan-bahan seperti bunga kantan, daun kesum, pucuk putat dan banyak lagi tidak berjaya dijumpai di Pasar Besar Lawas ini.. Saya sungguh sedih sekali..

Oh ya, Saya sekarang dalam proses belajar memasak dengan gigih.. Selepas ini, nak belajar memasak tomyam, kari, masak lemak, asam pedas dan lain-lain.. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. Huhuhu..

Resepi Laksa Kedah

Bahan-Bahan:

A- Dikisar
- Cili kering 10 biji.
- Cili melaka 5 biji(kalau nak pedas lagi, sila tambah mengikut sukahati)
- Belacan.
- Bawang merah 5biji.
- Bawang besar saiz sederhana 2biji.

B- Hiasan
- Timun dipotong halus.
- Bawang besar dihiris separuh bulat.
- Cili padi di potong halus.
- Daun2 seperti selom, putat, samak dan lain2 ulaman dipotong halus.
- Telur rebus.
- Limau nipis.

C- Direbus
- Laksa 1 bungkus.
- Ikan kembung atau ikan selayang 1 kg.

D- Bahan-bahan lain
- Bunga kantan.
- Daun kesum.
- Garam secukup rasa.
- Asam Gelugur(asam keping)
- Sos tiram 1 sudu.

Cara-cara membuatnya:
- Rebuskan ikan dan mesin.
- Tapiskan dan buang tulangnya.
- Rendam laksa hingga lembut kemudian rebuskan sehingga lembut.
- Masukkan bahan-bahan A dan D ke dalam periuk bersama ikan yang dimesin dan air secukupnya.

Ok kawan-kawan, jangan lupa peraduan teka nama ikan tu ye :)

Wassalam...

11 comments:

HaZaR eL-DieN said...

nama ikan tu Megat Tongkol kot...ayat anda sangat skema dan membuatkan saya takut untuk menbaca posting yang teramat skema ini...sekian dimaklumkan :p

Anonymous said...

wah Laksa memang best..

Anonymous said...

tu ikan tuna....... hahaha

HoNey MieZaL said...

elokla tu blajo msak...
he3...bleh x nk cube teka?
ikan tonngkol
hahha..mmg xterror bab2 ikan nie..
ikan nie bile besar nm die jd lain..akk2 kat opis ni la yg ckp...
tau mkn jerk!!

zakzak said...

cam jawapan kat atas tu ikan tuna ataupun dlm bahasa jepun : maguro

dah makin rajin masak ni,buat persedian ke alam satu lagi?heheh

Nurul said...

ya..ya..teruskan usaha anda...mmg rupa ikan tuh ada rupa tuna pun

CIKGU ANA said...

hye, sekolah mane? fana br dtg, tinggl kt perumahan banting nie, skali kite nie bjiran, tp x kenal, jumpe kt tamu pn msti x kenal kn

Setelus Hati Zinnirah said...

wah3x...
sedapnye laksa kedah ni.. sy akan cube membuatnye hujung minggu nih!hehehe..thanx for the recipe ek cik wani... :)

Anonymous said...

ikan tongkol rasanya kan ...

Anonymous said...

hmm nak bace news anda yg baru..uhuh

Azwani Shaari said...

to hazar:
saya mmg seorang yg skema.. hehehe.. jawapan anda pula adalah salah..

to sani:
hehehe, laksa mmg best esp laksa kedah :D

to areknee:
ya betulll.. kamu si pandai ikan..

to honey:
tongkol juga? salah..salah.. hehe

to zakzak:
wahhh, bijak juga.. sebbaik hadiah utk org pertama teka dgn tepat jek.. kalo x, ramai tuuu jawab betul.. heheh

to nurul:
owhh si handal.. betul2..

to fana:
sama la banting.. ntah2 jiran kan.. hehehe

to nuyui:
ayuhhh silakan mencuba :)

to kak lyn:
owhhh tidak tepat..hehe

to sani:
baik2, sy hapdet :)