Walaupun sudah bergelar pekerja bergaji sendiri selama hampir 4 tahun, aku tidaklah pernah memiliki sebarang kenderaan atas nama sendiri.. 1st keje kat Serdang, umah seberang jejantas je, boleh jalan kaki.. Nak ke mana2 naik komuter, juga depan umah je.. Next job kat Bangi ada kete kompeni.. Pastu keje kat Sh Alam, merempit guna motor kakak.. Time ni syahdu gak, merempit dari USJ ke Sh Alam, kadang2 hujan abis basah kuyup.. Sampai je opis, kerani bgtau dah ada org tunggu utk di interview.. Kena la tunggu lagi sampai aku keringkan baju.. Hahaha.. Byk kali gak la, pak guard yg jaga opis tu dok tanya, Cik Wani xnak beli kereta ke? Jawapan standard aku masa tu, blum lg kot, sy nak sambung study next year.. (Mmg betul pun pastu sambung study balik..) Mesti Pak Guard tu kesian tgk senior exec dtg keje naik moto je.. Hahaha
Ok, dan sekarang aku rasa sudah sampai masanya aku menambahkan hutang piutang sedia ada memandangkan keluarga kecil kami (insyAllah) akan bertambah ahli keluarga tidak lama lagi (dan mungkin akan bertambah lagi a few years later), aku menimbangtarakan keperluan utk memiliki sebuah MPV memandangkan My Hazar sudah memiliki kereta sedan..
So, survey2 la MPV mana yg murah2 n fit in my budget.. Setelah majlis syura berbincang, maka kami sepakat utk membeli sebijik MPV jenama tuuttttt tuutttt.. Hahaha.. Identiti dirahsiakan sbb kete lum kuar pun.. Nak tunggu dekat2 aku balik cuti nnti baru amik.. So, kete dah booking masa balik aritu.. Mula2 salesperson tu soh buat loan dgn syarikat pengedar kereta tu je, dpt la rate 2.8+ rasanya.. Tp itu kompem la bkn islamic loan, mahu berperang dengan Tuhan? Mesti la taknak, kan.. Jdnya walaupun terpaksa tambah duit lg, kami dgn redha mntk salesperson tu buatkan loan dgn mana2 islamic bank yang boleh bg rate paling ok..
Akhirnya dpt la buat dgn CIMB Islamic dgn rate 3.01% utk 8thn.. Ok la tu mahal sket dr loan konvensional tp x payah berperang dgn Tuhan, kan? Same thing goes to Insurance.. Salesperson tu advice utk buat direct dgn company pengeluar kereta tu, senang prosedur nak claim insurans etc nnti, tp kami memilih utk bersama takaful..
Petikan dr facebook Ust Zaharuddin yang ayatnya menggoncang hati,
Akhirnya, alasan sibuk, malas, belum sampai seru, nanti dan pelbagai lagi alasan orang di zaman ini dari berubah dari pinjaman rumah riba, kereta riba, kad kredit riba, akaun simpanan riba, insuran riba, skim riba, pelaburan riba, mahal sikit la, leceh proses, belum ada masa dan pelbagai lagi TIDAK WAJAR SAMA SEKALI wujud dalam hati individu yang bernama MUKMIN MUSLIM.
Itu pun jika ingin selamat diakhirat, jika tidak..tunggulah bila waktunya tiba.
Ok la, harap2 next month punya gaji dpt ler tunggakan sekupang dua nak buat down payment, kalau x masuk jugak terpaksa la kami berdua korek tabung ayam masing2.. Hohoho..
BAHAYA BERLEBIHAN DOS SUPLEMEN OMEGA-3
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment