CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, October 30, 2009

Better Late Than Never

Tetiba rasa nak buat entry ni since ramai beno cikgu skolah aku yg berlumba2 ingin menguruskan badan.. Bual bicara isu nak kurus ni aku rasa hari2 akan kedengaran kat skolah ataupun di rumah atau di status fb.. Hehehe.. Memandangkan struktur fizikal aku skrang ni yang x la gemok walopun x kurus mana menyebabkan rakan2 sejawatan tidak percaya bahawa aku pernah gemok dulu.. Mereka meminta bukti, makanya balik cuti raya aritu aku godek balik album2 lama dan jumpa la beberapa keping gambo yg sangat legend..

Kisah gemok bermula kira2 ketika aku melangkah masuk ke asrama.. Orang lain masuk asrama x lalu makan, nangis2 tetiap malam homesick, aku rilek je layan makan tido dengan aman damai.. Hahaha, x pernah missed waktu makan lak tu.. 5x sehari layan makan kat dewan makan tu mmg mencanak2 la berat badan naik.. Seingat aku, masa Form 1, berat aku naik mendadak sampai 47kg.. Sungguh x sesuai utk budak 13tahun..

Habis sekolah, masuk metrik, kuar metrik masuk UUM, episod membina badan terus berjalan dengan lancar.. Tak rasa langsung nak kurus2 sehingga lah peristiwa hitam itu berlaku.. Cewahhhh, suspen x? (ni intro nak start kisah kejayaan..:P)

Sehinggalah ditahun ke2 kat UUM rasanya.. Masa tu kan zaman2 remaja yg riang ria, aku ada la minat seseorang ni.. Alaaa, ni kes minat gitu2 je la sbb mamat tu public figure jugak la kat UUM tu, so kompem la xdpt diperbuat apa kan. Mcm korang minat Fahrin Ahmad ke Aaron Aziz ke, bleh dpt ke? (Kak Ceda u know who?:P)

Utk memendekkan cerita, sedang aku dan kawan2 semetrik jumpa2 balik kat UUM, makan2 kat kedai apa ek yang glemer kat Kolej Eon tu, Nongka kot namanya, berborak2 pelbagai isu sekali masuk ler nama En R ni.. Skali masa tu jugak sorang mamat mulut laser ni sound aku 'ko minat R tu? Tak padan betul la, ko tu dah la gemok..' Ayat lebih kurang la maksudnya sbb dah x ingat ayat betul.. Sentap ok! Mulut tu ntah ada insurans ke tak ntah... Org lain gelak2 je time tu, tp aku sungguh terasa hati masuk ke lubuk hati yg paling dlm, terus sound dia balik, 'ko ingat ar, 2thn aku xnak bercakap ngn ko..' terus aku tinggalkan derang semua.. Sangat emosi, kan? (Pakcik, ko masih ingat peristiwa ni?)

Tp, aku cuba mengambil cerita itu secara positif dan terus berazam utk kurus. Setiap hari tanpa gagal, aku akan jogging kat Tasik Guthrie tu at least 3pusingan setiap hari. Makan sup sayur je waktu malam, banyakkan makan buah n jarang lunch dengan nasi, ganti dengan nestum bayi.. Masa tu rajin gak ke sauna dihujung minggu.. Hasilnya berat aku turun dr 58kg kepada 49kg.. Badan susut tp muka x susut mana, mmg dah gen tembam.. Alhmdulillah, rasa lebih selesa dan yakin dengan siri sendiri sehingga aku mengenal potensi baru dalam diri iaitu lari jarak jauh..

Zaman skolah dulu aku x minat sukan.. Tak pernah masuk pape acara balapan atau padang pun.. Tp bila dah kurus sket kat UUM tu, aku start minat larian jarak jauh standard 14km wanita terbuka IPT. Setakat 4-5 kali yg aku masuk tu, Alhamdulillah semuanya dapat medal n kejayaan paling bagus dpt no 8 rasanya, so dpt la cash+medal.. Yang lain2 tu no belas2 la, bukan top 10..

Habis UUM dah start keje n masuk maktab kemudiannya, dah x sempat nak jogging2 bagai, so kena control makan sket la.. Sedar diri ini ada sejarah gemok.. So berat badan dok main area 50-52kg camtu la..

Sekarang kat Lawas, sebenarnya aku ada masa yang sangat sangat banyak utk kembali jogging sbb sekolah petang kan.. Tp tu la, aku dah buang masa dengan sangat banyak selama ni.. So baru seminggu la aku berjinak2 semula ke dunia senaman.. Alhamdulillah, ada rakan sealiran yang sungguh berdisiplin pergi jogging iaitu Ustzh Ma.. Kalau tak kerana disiplinnya Ma dtg ketuk pintu umah setiap jam 6pagi, sure aku terbabas2 jugak.. InsyAllah, aku akan teruskan aktiviti jogging ni setiap hari sampai cuti skolah nnti..

Kesimpulannya, nak kurus perlukan disiplin diri yang tinggi.. Jangan tau bersungut je badan gemok tp senaman xnak, control makan xnak.. Kalo x bersungut xpe tak sakit telinga, ni bersungut2, bila kita bg cadangan xmau ikut (anak sapa xtau:P)..

Ni ada sedikit gambar bahan bukti..

Masa sekolah rendah ni.. Darjah 4-5 kot..


Kenapa baju saya lain? Masa ni jd emcee utk sambutan hari guru kot..


Bergambar di Kellie's Castle


Sungguh sehat wal afiat..


Spek mata besooo sungguh xleh blah:P


Di Asrama Mambau


Di Masjid Wilayah kot..

Gambar sekarang? Nanti la balik dari Kundasang aku upload.. Harini (Jumaat), esok dan lusa aku akan bersama rombongan sekolah ke Kundasang, Hot Spring, Muzium Sabah, Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Pantai Tg Aru dan beberapa tempat yang lain lg.. Sangat best sebab semua tmpt tu x pernah pergi lagi.. Dpt la membunuh masa agar cepat sket 21hb Nov, nak balik kampung.. Yeay!

8 comments:

areknee said...

wahh sgt lain~!!
sy kat skola dulu pn gemok.. hitam legam plak tu sbb kawad kaki... hahaha... nway g hot spring mmg best! tp ramai org kena rebut2 la sket... pastu must try canopy walk tu tau.. best gak tu!

PakciQue said...

Aku dah seriau dah kalau mamat tu adalah aku. Tapi, bukan aku kan? Ke memang aku? Sebab aku pun lazer gak dulu. Tak ingat lor. Tapi, sape eh En R tu?

Aku mula perasan perubahan bila kau tegur aku satu malam ketika kau naik basikal. Bila aku lihat kau mengayuh, "apsal macam lain je si Wani ni."

Boleh jadi presenter London Weight Management ni.

The Moon Hapiz said...

kalo ko gen besar, aku adalah gen kecik.. berat badan aku x penah lebey dari 50 kg..

Paling rendah masa aku part 6 diploma kt uitm penang. berat aku turun sehingga 39 kg sebb x cukup duit nk beli makanan.

N then paling tinggi adalah 50 kilogram. 2 bulan lepas aku timbang masa nk derma darah..

dan sekarang, berat aku adalah lebeh krang 45 ke 46.. aku mmg kategori lelaki yg kecik je.. tinggi hanyalah 152.. kiut kan??

by the way, aku rasa pompuan yg agk chubby adalah comey.. :)

hazar said...

huhuhu...jgn la kembali kepada asal pasni ye... :-P

Anonymous said...

hehehe..never late is better..teruskan usahamu wanie..cik abe dh teguq tuu..hehehe..(diri sndri lg gumuk tp malas nk ikut stail cik wanie...mmg malas,malas & malassss.....)-kakespie

Panglima Hikayat said...

Disiplin. Teman kita, Mache Raymond jugak berdisiplin berlari.

reyhana said...

encik R ?? sy cik R .. hiks!

caya la kak wani.. td sy tgk gmbo sblm bc entri ni.. 'eh pesal kak wani cam gemukk tuhh ??'

hehe.. tahniah utk usaha anda :x

Azwani Shaari said...

to areknee: tu la, kecik2 dulu gemok tp mcm cerah sket, la ni kurus sket tp makin itam pulak saya dah mcm dayang senandung..huhuhu..btw kejap sngt kat kundasang, x pueh:(

to pakcique: bukan ko la, ko laser gak tp laser lagi si has** tu.. pastu mmg dekat 2thn gak la aku x bertegur sapa dgn dia..huhuhu

to hapiz: comel ek ppuan chubby? kalo semua lelaki suka taste mcm tu kan senang hidup si chubby. hehehhe

to hazar:
abg le kena control mkn i pasni, jgn sampai terlebey makan..hehehe

to kak espie:
ayuh2 kita jogging2 dengan tekun:)

to panglima hikayat:
lama x dgr nama mache.. ayuh2 disiplin dipatuhi, amanah selesaikan..heheh

to reyhana:
hehehehe, hrp2 x menggemok balik pasni, tragik pulak jadinya nnti:P