CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, April 26, 2012

Great Cloth Diaper Change 2012

Alhamdulillah, finally we've made it!

Bertempat di Moms Basic, Saujana Utama Sg Buloh, little Hadif bersama bayi2 lain yg memenuhi syarat2 yg ditetapkan, telah mengambil bahagian dalam Great Cloth Diaper Change, 2012 bagi memecahkan Guiness World Book of Record.. Last year, seramai 5026 bayi dari beberapa negara telah mengambil bahagian.. Tahun ni belum dapat catatan rekod rasmi...

Utk rekod, acara ini merupakan sebahagian aktiviti sempena Hari Bumi dalam usaha menyelamatkan bumi kita yang semakin uzur dengan timbunan sampah sarap termasuk lampin pakai buang yang menyumbang antara sampah terbanyak dan mengambil masa yang lama utk dilupuskan.. Meh layan gambar..

Kad jemputan untuk peserta terlibat..

Menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan..

Hadif ni pantang betul nampak bola.. Ni bebaik2 ngan awek ni pun nak pow bola la tu..

Tq to all sponsors including Hazar El-Dien Photography :D

Group photo bersama semua peserta sebelum acara bermula..

Wisel pertama berbunyi: Maing2 menunjukkan CD sebelum acara bermula..

Wisel kedua: Acara bermula.. Hadif mood x baik time ni.. Cranky saje..huhuh

Menukar CD daripada Lunatots kepada BumGenius

Wisel ketiga: Masing2 menunjukkan baby bum bersama CD yang sudah ditukar..

Mama, Hadif bersama sijil penyertaan & hadiah lucky draw :D

Cloth Diaper rocks!

Thursday, April 5, 2012

Gaya Sihat Utk Gadis dan Mak Gadis :D


Taktau la camne boleh jatuh chinta pandang pertama dgn Cloth Pad (CP) & Cloth Pantyliner (CPL) ni... Ia berlaku secara mengejut.. Sedar2 je dah submit order, transfer duit & barang sampai.. Hahaha..

Antara punca yg menjebakkan aku ialah:

1. Aku pengguna tegar pantyliner.. Sehari dlm 5-6x jugak bertukar pantyliner, tukar ikut time solat gitu.. Paling x best bila lupa nak re-stock, sehari x guna pantyliner pun dah rimas giler.. Kalo pakai CPL confirm stock sentiasa ada & tukar la brape ratus kali pun, langsung x membazir..

2. Come to think on this, utk pad biasa yg dispo pun kita akan cuci bersih sebelum dibuang, kan? Ada ke yg pakai terus buang tanpa cuci itu darah? Masa pakai dispo dulu pun aku cuci siap letak sabun, pastu buang, sungguh cerdik..hahaha.. Jd lepas ni, cuci gak, letak sabun gak pastu sidai la dik.. Jimat wooo..

3. Ke arah gaya hidup yg lebih sihat.. Takkan anak je bebas kimia.. Mommy pun mau bebas kimia jugak.. Tambah2 benda dispo tu kita guna di kawasan yg sensitif :P

4. Corak yg cantik menarik, pelbagai pilihan material, ada laminate utk kalis bocor, ada wing mcm dispo, apa lg mau?

Ni CP/CPL yg aku beli tanpa sedar.. Tau2 je duit dlm bank dah susut.. Aku nak cuba pelbagai material drpd pelbagai jenama, so boleh compare mana yg mendatangkan kepuasan maksima.. Harga plak mmg skali tgk ianya mahal.. Sekeping CPL standard dlm RM10 depends pada jenis fabrik sehingga mencecah RM38 gitu utk sekeping Overnite Pad..

Aku buat rate kat bawah ni ye.. I just rate them based on my satisfaction..

Kategori fabrik paling best mengikut turutan:
1. Minky - mmg super soft & stain senang hilang mcm magik
2. Bamboo Velour - super soft, ala2 minky, stain mudah hilang juge
3. Fleece - soft & stain senang hilang juge
4. Charcoal Bamboo - Lebih kurang fleece
5. Cotton/Flannel - paling kurang diminati, stain susah hilang, kain cepat berbulu, warna cepat luntur even Flannel from US..

Kategori Harga:
1. Mahal - Minky
2. Sederhana - Bamboo Velour/Fleece/ Charcoal
3. Murah - Cotton/Flannel (tu pun xde la murah sngt, lebih kurang fleece saje)

Since ada kawan2 bertanya ttg CP/CPL dan aku sangat2 la semangat nak ajak semua org mengamalkan gaya hidup sihat, maka aku ada la amik stok sket utk dijual.. Tgk side bar tepi tu ada my page, sila2 cuci mata.. Barang tak banyak, 1st come 1st served gitu ye :)

Click picture above for direct link.