Saya merasakan satu kesukaran untuk memotong dan mencuci rambut di kedai yang dikendalikan oleh seorang wanita muslim dalam keadaan privacy tanpa perlu mendedahkan aurat kepada yang tidak layak melihatnya.. Susahkan nak jumpa muslimah hair saloon ni..
Maka, pelayaran di internet diteruskan dengan bantuan pakcik google, saya berjaya menemui blog Sue Beauty Saloon yang menawarkan khidmat utk pelanggan wanita sahaja.. Paling best tentulah kerana saloon ni dekat saje dgn rumah saya.. Jika anda familiar dengan Giant Batu Caves, pasti xkan sesat ke sini..
Dipendekkan cerita, aritu dah arrange appointment dengan Kak Sue owner saloon ni utk potong & cuci rambut.. Ok la, puas hati dgn sentuhan beliau.. 2nd time datang haritu saje nak try massage.. Tapi yg ni kureng sikit, rasa mcm lagi best massage kat Piu Pura.. Selain rawatan rambut & massage, khidmat berbekam, sauna, facial dan mcm2 lagi ada kat sini.. Tapi yg lain2 tu x pernah try la lagi.. Nak jugak try bekam, tunggu next year la kot, InsyAllah..
Tahniah utk Kak Sue sbb telah menunaikan satu fardu kifayah utk warga muslimat Gombak dan sekitarnya.. Moga ini juga menjadi asbab pahala berganda dari Allah swt, amin :)
Jom pi trim rambut :D
p/s: Kak Sue boleh dihubungi di talian 013 9092456
2 comments:
Assalamualaikum Wani..
terima kaseh yg tak terhingga kerana sudi berkongsi info salon kak sue kat sini.
Semuga dpt permudahkan hajat muslimah muslimah yg lain utk gunting rambut,,atau apa apa je servis.
Sudi sudi kan berkunjung lagi ke Sue Beauty Saloon.
From..
Kak Sue
kak sue:
insyAllah, perkara yg baik kita sebar2kan.. moga jd asbab redha Allah dan dimudahkan urusan kita pula :)
Post a Comment