Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua (macam nak mulakan perhimpunan pagi la pulak) Lama sungguh mak x menulis dalam ni.. Banyak nak tulis cuma asyik la bertangguh2 akibat kerja2 lain yg segunung intan..
Okeh, ini adalah sambungan kepada entry Asyfa & Eczema boleh klik link utk pautan terus. Boleh baca yg itu dulu utk memahami kondisi Asyfa sebelum ni...
Detik berganti detik, jam berganti jam, hari berganti hari, eczema Asyfa masih datang dan pergi sesuka hati.. By this time kami cuba stick istiqamah dengan homeopathy saje.. Seperti yg kita semua maklum, homeopathy ni merawat dalaman, mmg amik masa sket.. Bertabah lah kami sekelian isi rumah.. Sambil2 amik homeopathy yg kat Selayang ni, kami pi intai2 pulak homeopathy Dr. Suriyakhatun kat Spectrum Of Life. Dr Suriya ni mmg sangat2 la motherly ala2 mak-mak kita gitu..
Bag n belon SOL bukti kami ke sana.. kihkhih
Mcm2 borak dengan Dr Suriya berkenaan imun badan & eczema ni... TQ doc atas ilmu yg bermanfaat..
Kat sini la kami beli prebiotik al-manna utk boost immune sekeluarga.. Consultation Dr Suriya dlm RM100, ubat2 murah je.. ringgit2 saje...
Pusat Perubatan Homeopathy Selayang:
No. 9-1, Jalan 3A/2B, Taman Desa Bakti, Selangor, 68100 Selayang
03-6136 7836
Dr Suriya boleh dihubungi di:
6th Floor, Wisma HRIH Lotus, Jalan Pahang 53000 Kuala Lumpur.
(formerly known as Kompleks Galleria)
Contact : 03-40235689
Operation hour : 9AM - 7PM (Monday - Saturday)
Lama jugak guna ubat homeopathy ni akhirnya mak tewas kerana tidak penyabar menunggu.. Ada progress tapi sangat slow dan mak menjadi sedih lantas mencari alternatif lain.. Sapa yg ada anak eczema je tau kesedihan itu.. Melihat anakanda tergaru2 kegatalan..
#In between, ada kawan2 yg komen guna Buds Super Soothing utk eczema tu berkesan, maka aku pun beli dan guna jugak.. Tp x berkesan jugak..
Decided to move on, aku bgtau pengasuh Asyfa nak cari alternatif lain plak selain homeopathy.. Dia suggest pakar kulit terkenal kat KL ni, Klinik Pakar Kulit Dr Md Noh (Jln TAR). Katanya setakat ni mereka anak beranak guna mmg berkesan.. Dgn org lain pun pengasuh Asyfa biasa suggest Dr Md Noh ni dah derang pun serasi.. Berkobar2 jugak la aku nk cuba..
Antibiotik, Atarax (ubat tahan gatal), Oilatum Bar (mandian), Cetaphil (pelembab) dan 2 krim dalam bekas putih tanpa nama ubat tu rumusan khas Dr Md Noh sendiri dan mempunyai steroid..
Stress sket time ni.. Dalam bertahan taknak guna steroid ni, Dr Md Noh citer mcm2 psl kebaikan steroid jika digunakan dalam dosage yg betul dan akhirnya mak tewas lalu menyapu steroid di kulit anak sambil mulut tak berhenti berdoa
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ وَلاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat dengan namaNya sesuatu di bumi dan di langit dan Dia lah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Moga jika ada kesan buruk dari steroid tu jgn la bg efek kat anakanda ku itu.. Doa ni elok di amalkan sepanjang masa dimana jua sbg manifestasi yg pergantungan kita semata2 kepada Allah :)
2 minggu guna set eczema ni, nampak pengurangan dibahagian badan Asyfa tp pipi dan muka yg aku sapu steroid tu langsung xde perubahan.. Nmpk mcm lagi teruk plak.. Bukan ke steroid sepatutnya bg kesan zasssttt serta merta? :(
Kos rawatan kat Dr Md Noh ni dalam RM300+, boleh cuba di sini:
Klinik Pakar Kulit Md. Noh
87, Tingkat 1, Wisma Mohd Ebrahim
Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2693 9793
Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2693 9793
Ditakdirkan masa buat status tanya pendapat kengkawan ttg Dr Md Noh ni, Allah gerakkan hati Kak Lin (senior skolah aku dulu utk suggest rawatan Traditional Chinese Medicine - TCM), jadinya i put in list la ini TCM if rawatan Dr Md Noh x serasi.. TCA utk jumpa Dr Md Noh next 2 weeks tu kami tidak lg ke jln TAR tapi terus ke Subang Jaya nak ber TCM plak..
Berjumpa dengan Dr Joseph yang agak ramah juga org nya.. Bercerita kondisi Asyfa dari seawal usia sebulan setengah dah kena eczema sehingga skang dah umur 10bulan.. Dr Joseph pun bercerita lah ttg konsep perubatan mereka yang menggunakan 100% herba, no steroid, no animals, no non-halal.. Bila tgk sijil2 beliau yg terpampang kat bilik tu pun, certs dari Traditional Chinese Medical Univ di China.. Dr Joseph jugak tunjukkan gambar2 kejayaan perubatan TCM terhadap pesakit2 nya yg lain.. Kalau tgk budak lain punya eczema MasyAllah lagi teruk berganda drpd Asyfa pun ada.. Kami pun tawakkal la mencuba.. Kos pulak bukan calang2.. Sikit je lagi boleh lepas bayar kete sebulan.. RM896 utk 1st visit haritu..
Nampak ada bunga2 matahari terbit dihati seorang emak.. Alhamdulillah, moga2 ini lah penawar yang mak cari selama ini.. Dari saat menggunakan TCM, nampak eczema Asyfa terkawal.. Kulit pipi makin elok tp still ada kesan2 lagi.. Dahi clear.. Belakang badan pun licin tp kulit belum sekata.. Dah kurang banyak menggarunya..
Harap2 inilah penamat kepada 10bulan pencarian penawar yg sesuai.. Now dah masuk minggu ke-3 guna, nampak progress makin ok but still kalau salah makan akan flare up juge cuma dah x pernah seteruk sebelum2 ni..
Ni gambar2 lain dik Asyfa..
Gambar2 sepanjang eczema mewarnai mukanya.. Ni pun x clear sangat gambonya..
Ni gambar2 sekarang, ketika dalam proses pemulihan menggunakan TCM..
Dalam usaha pemulihan Asyfa, terima kasih juge buat anak soleh sorang ni yg rajin doakan adik.. Ya Allah, sembuhkan pipi adik Asyfa... Selalu sangat Abg Hadif doakan adik, Alhmdulillah Allah dah makbulkan doa si kecil ini yg tidak berdosa ini :')
#Maka nikmat Tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan?
16 comments:
alhamdulillah :)
tq mommy alayna :D
my son pun ada eczema gak. skarang everyday sapu virgin coconut oil lepas mandi, Alhamdulillah much better & dah jarang naik gatal gatal tu.
http://mamakembar3.blogspot.com/search/label/virgin%20coconut%20oil
Salam... Saya dpt link blog Dari Jiran, sbb anak sy pun eczema dah 6 bulan... Dah mcm2 ubat pakai... Mmg sama pengalaman mcm sis... Boleh Kate sebijik2 sama... Cuma boleh share apa yg ibu makan, sbb Anak sy fully bf... Jadi ibu yg kna pantang byk...
Huhuhu hanya mereka yang mengalaminya tahu eczema tu cmne teruk. Boleh share tak tabib cina tu punya detail charge? agak mahal juga ye. Dr Suriya skang ni saya maklum kat cyberjaya. Ok tak perubatan homeopathy dia? Thank's a lot.
Puan, perubatan tabib tu ubat makan ke puan? Tq
Puan, perubatan tabib tu ubat makan ke puan? Tq
Tabib cina tu overcharged giler. Dia mmg lembut n layan u tapi bila charge ubat semua 800 keatas. Saya amik ubat sinus aja, dia charge $2,014. Sgt mahal mengalahkan hospital KPJ or Pantai. Takyah la membazir duit. Lebuh baik jumpa pakar kulit
Salam Puan. Boleh sharekan whole tax invoice/resit. nak check possible tak nak claim dengan company.haha mintak tolong ye puan. kalau ada lagi resit tu.
Apa nama ubat nya?
Ubat mkn ke?
Salam..bleh teruskan share tak keadaan ank sekarang.., part 3..hehhe
Saya hari ni plan nak bwak anak sya gi sini. ..harap2 boleh lah hilang ekzema dia. .
Harga ubat dia memang mahal.. Tapi ekzema anak saya skrg takde datang lagi..
Ubat tabib cina ke klinik pakar md noh yg berkesan tu
Bet365 Review, Latest Bonus, Promotions & Bonuses
Bet365, one of the most well known online betting sites, is now live 카지노사이트 in the USA. There are over 200,000 registered 카지노 가입 쿠폰 players and bettors worldwide. bet365
Post a Comment