CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 29, 2013

Happy 31st Birthday Dear Husband

Ini birthday ke 29

Ini birthday ke 30

Ini yang terbaru.. Birthday ke 31

Tahun ni My Hazar bunyi2 nak Samsung Galaxy Camera / Note.. Saje la tu bunyi2 dekat2 nak birthday.. So, setelah menimbangtara kepentingan gadget2 ni, aku pun decide utk belikan SGC supaya memudahkan ktorang amik gmbr berkualiti DSLR dgn tidak perlu membawa extra bag.. Cukup boleh simpan dlm handbag je...  Kalau sebelum ni, pergi wedding kawan2 mmg x bawak camera la, pakai henfon je.. Kalo pi vacation dah jenuh2 mengangkut DSLR... Jd, alasan nak beli SGC ni agak kukuh la + aku boleh tumpang skaki bawak ini SGC time ada aktiviti skolah.. Kalau belikan Note mmg x tumpang mana dah :P

Disebabkan aku ni bukan pandai mana nak pilih gadget, terpaksa la merangka plan.. Kebetulan satu hari tu, My Hazar nak gi Lowyat ngan kawan dia Nazri, aku pun cepat2 curi amik no henfon Nazri dlm henfon My Hazar.. Pastu call la dia, mntk tolong jd geng komplot belikan SGC.. Paling best sbb My Hazar sndiri yang nego ngan seller kat Lowyat tu utk dptkan best price.. Hahaha, nego barang sndiri ye bang? :)

Mujur jugak la Nazri tu jiran tingkat atas, sng sket nak berurusan amik barang.. Tu pun soh dia letak kat rak kasut je mlm birthday tu.. Mlm birthday tu la kelam kabut sket.. Pukul 9pm baru terhegeh2 nak kuar gi Giant beli kek, kad & wrapping paper.. Balik rumah masak2, makan2, kemas2 sambil layan Hadif, sambil tu jugak nak balut hadiah..

So, my dear husband, happy 31st birthday... Semoga Allah merahmati kehidupan kita sekeluarga, bertambah rezeki, bertambah amal soleh dan kaya berjaya di dunia akhirat.. aminnnnn :)

Lupa lak dear abg, nnt birthday mama jgn lupa buat surprise gak... Pastu hadiah nnt bulan 8 start nak bg hint dah tau.. hahaha :P

Sunday, January 27, 2013

Azam 2013 (Nombor 1)

Ada orang hobinya membeli designer handbag, ada pulak kumpul barang2 tupperware atau beli tudung Ariani atau beli high heels atau beli alat make up atau beli baju baru atau beli pinggan mangkuk vantage atau beli spare part kereta atau pegi memancing atau apa saje :P

Sedar tak sedar, 2012 yang lepas aku sangat la banyak perabih duit beli cloth diapers (CD)... Mungkin pelik bg orang yang tak biasa, pelik bg pengguna disposable diapers a.k.a 'pampers'.. Tapi x pelik bg mummy yang berkecimpung guna CD.. Kalau nak dikira jumlah duit yang aku perabih utk beli CD rasa2nya lagi banyak dari jumlah kalau beli pampers.. Hahaha.. Sbb tu kalau org tanya jimat ke pakai CD? Jawapannya, yesss jimat utk org yang boleh control nafsu membeli, beli CD sebagai keperluan bukan kehendak.. Utk long term pun mmg jimat la kan...

2012 - Pantang sungguh nampak CD ada sales, asyik keje nak rembat je.. Pantang nampak seller bukak pre-order, laju je isi form.. Paling mahal CD Hadif yg pernah aku beli berharga RM86/pc... Ada jugak yang harga asal dalam RM115/pc tapi beli masa sales dapat la murah banyakk...

2012 - Pernah spent dalam 3-4ratus sebulan utk beli CD yang kebiasaannya berharga dalam RM80+ skali sales tinggal dalam RM60.. mau x rembat 5-6pcs.. Gilaaa kannn.. Nak beli baju/handbag/kasut utk diri sendiri punya la sayang, utk CD boleh plak berabih banyak2.. Nak kata mmg semua barang Hadif branded, x jugak.. Baju2 dia biasa2 je, tang CD plak mahal mengalahkan baju/seluar..

2012 - Bukan setakat gila membeli CD, gila jugak jual CD samada yang baru atau yang pre-loved.. Jgn x percaya ye.. CD ni kalau jaga elok2 mmg ada value.. Dah banyak CD Hadif yg aku dah x minat di let go bagi menampung pembelian CD2 baru.. Gali lobang tutup lobang je keje.. Yang paling best, mmg sentiasa ada pembeli yang berminat :D

2012 - Untuk menyedapkan nafsu yg kuat shopping, aku telah menukar matlamat berCD daripada mau jimat kepada mau sihat.. Hahaha.. Bila nak beli CD je, pujuk hati, 'alaaaa xpe, CD ni kan menyelamatkan bumi, anak pun lg sihat xde bahan kimia.. Teruk jugak ketagihan beli CD ni..

2012/10/30 - Kali terakhir beli CD! Tu pun jenuhhhh tahan diri puasa dari beli CD sbb CD Hadif dah melampau banyak, x padan dgn tuan yang nak pakainya sorang je.. Sampai sekarang, masih bertabah x beli2 dah CD.. Dah boleh tahan godaan nafsu bila bukak blog seller jual CD, dah bleh pandang dgn pandangan kosong.. Hihihi.. Susah woo nak istiqamah tapi bila dah berjaya (baru 3bulan berjaya) perasaannya sangat la takjub.. Hehe

Koleksi CD Hadif di awal pembabitan.. Most of them, dalam 70% dah dijual kembali.. Ada re-sale value tau! :D

Latest collection.. InsyAllah akan istiqamah dgn yg ini.. Tak jual, tak tambah... 

Gembira melihat mereka bersiaran di ampaian.. Lihat lah berapa banyaknya sampah yang saya selamatkan :P


A= night diaper.. Extra absorbency, utk pakai tdo..  
B= all lunatots, siap letak liner utk diaper change waktu pagi sblm hantar ke BS.. Biasanya Hadif akan poo atas diaper ni.. inner luna kan warna warni, so xnampak sngt kotornya.. 
C= cd2 biasa button style.. boleh pakai ketika anak bertenang dan tidak berguling2..
D= velcro style utk dihantar ke rumah pengasuh atau pakai ketika anak x bertenang.. hehehe

Jadi, azam tahun baru 2013 saya ada untuk TIDAK SHOPPING CD lagi! 

Sunday, January 20, 2013

Di sebalik Tabir USS 2012 (Memutihkan yang hitam)

 Ok, lama dah nak cerita tapi asyik x sempat.. Sebenarnya ada tragedi tidak berdarah sebelum sibuk2 nak gi USS tahun lepas.. Masa tu mmg kelam kabut & stress jugak la, skarang bila kenang2 balik rasa nak gelak pun ada :P

Mengikut tentatif, kitorang akan check-in kat Zoom In Hotel pada hari Rabu 14/11/2012 jam 3pm. Isnin 12hb tu cuti deepavali, so Selasa 13hb tu baru lah terhegeh2 nak gi renew passport dgn andaian kejap je kan urusan renew2 ni.. Hahaha.. So ptg Selasa tu pergi lah kami 3 beranak ke Imigresen Wangsa Maju, punya la ramai manusia, skali rupa2nya sistem offline, derang pun x sempat nak kejar customer yg dah dpt nombor.. Pegawai kat kaunter nombor tu pun mencadangkan la kitorang gi Imigresen Pudu, kat situ bukak sampai 10pm.. So alang2 nak amik Amsyar (my brother) kat Pudu tu, terus la gi sana.. Sampai dlm jam 5pm, nombor giliran dah tak di keluarkan.. Derang nak habiskan customer sedia ada je sampai 10pm nnti, so nak tak nak kena datang la pulak pagi2 esok..

So, pagi esok2 tu x berapa nak pagi sangat la, sampai ke Pudu jam 9.30 am.. Tu diaaaaaa, manusia beratur panjang melengkar2 kat luar imigresen tu.. 100 orang tgh beratur itu confirm.. Punya la risau takut x sempat nak sampai awal ke JB... So queue la jugak.. Dlm dok Q tu, nmpk abg ipar aku selang 30-40orang di hadapan.. Dia dtg dari kul 8am lg, tu pun belum sampai turn... Mujur gak la terserempak, dapat la menyelit2.. Sorry la kat sesapa yg aku terpotong Q mereka tu... Kalau x sbb mengejar masa nak ke JB, mmg x kisah pun nak Q tu :(

Nak pendekkan cerita, pukul 1.30pm baru nombor giliran dipanggil.. Org imigresen sudah komplen suruh tukar ic sbb muka dah lain.. x lama urusannya, dpt slip terus tunggu nombor utk buat bayaran & derang proses dlm masa 1jam... Utk aku la, smooth saje.. Part My Hazar pulakkkk, rupa2nya nama dia dah blacklist dari pergi ke oversea... Puncanya, semua org boleh agak dah kot...... PTPTN la sekat.. huhuhu.. Dah la sememangnya dah lambat.. Boleh plak sangkut PTPTN tu... Mujur la kat tingkat atas RTC Pudu tu ada PTPTN.. So pergi la ke sana plak..

Cara menyenaraiputihkan nama yang telah disenaraihitamkan ialah:

1. Buat pembayaran tunai dulu seberapa yg mampu.. 
Yang ni hampeh gak org ptptn ni... dia kata seberapa yg mampu, ikut la ada cash banyak mana.. Skali aku tanya la, bg seratus je dulu bleh x?
 Dia kata sikit sngt pulak... Tadi dok kata bg je berapa yg ada... Nak bg 1k pun dia kata sikit sngt.. Rupa2nya nak dlm separuh dari jumlah hutang.. Fuhhhhh, kalo hutang banyak tu mmg x gi singapore dah la jawabnya.. Luckily My Hazar pinjam masa 1st year je sblm dpt JPA, so hutang2 campur interest ada la dlm 10k+, so kena bayar 5k..

2. Baki bayaran perlu dibuat 'Standing Instruction'
Critical hours time ni.. Jam dah 2.30, kena bergegas ke Maybank plak sblm pukul 3.30pm supaya nama boleh diputihkan harini jugak... So berlari larian la laki mak, mujur maybank pun dekat je ngan pudu.. Buat SI utk bayar balance monthly dlm RM250 selama 2thn gitu...

3. Buat surat rayuan pelepasan
Sambil My Hazar settledkan urusan kat Maybank, aku pun sebuk la mengarang surat cinta tulis tangan saje kat PTPTN mintak diputihkan balik nama yg terpalit arang td :P

So, dah bayar cash separuh, dah bawak surat SI dari bank dan dah tulis surat cinta, maka PTPTN pun unlock balik nama yg dah hitam td... So bergegas plak gi Imigresen renew passport jam 3.30pm dan siap sejam kemudian.. 4.30pm baru la berangkat ke JB dan sampai hotel lebih kurang 10.30pm.. Semua pakat letihhh & esok tu jam 7am dah nak g tunggu bas masuk USS... 

Tragik tak pre-vacation kami? Hahaha..

Entry ni aku masukkan dalam label 'Kisah Teladan' maka pikir lah sendiri apa teladan yg kamu perolehi hari ini :D

Sunday, January 6, 2013

Siakap Kukus


BAHAN UTAMA :
~ Seekor ikan siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama2 mencuri

BAHAN2 KISAR :
~ Bawang besar 2 bijik 
~ bawang putih 3 ulas
~ halia 2 inci
~ serai 2 batang

BAHAN HIASAN :
~ Sebiji tomato di belah 4 @ 6
~ sedikit karot di potong kurus tinggi
~ sebiji cili merah di hiris2 
~ daun limau purut 3 helai 
~ daun sup 
~ cili api 5 bijik di ketuk

BAHAN PERASA :
~ garam
~ jus limau nipis/limau kasturi 3 biji
~ sedikit serbuk black pepper
~ sos tiram 1 sudu kecik
~ secawan air


CARA2NYA :
1. Letak ikan dlm bekas khas
2. Lumurkan ikan dgn garam dan sos tiram serbuk black pepper..
3. masukkan bhn2 kisar ke atas ikan td.. lumur rata2 pada keseluruhan ikan
4. tambahkan secawan air atau lebih, ikut nak byk mana kuah dia yg korang nak
5. Masukkan semua bahan2 hiasan atas ikan..
6. tambahkan garam lagi sikit..
7. kukus sampai masak.. anggaran dlm 25-30 minit mcm tu la kot..
8. Bila dah masak baru tuang jus limau tadi kat ikan tu.. gaul rata.. 
9. Boleh dihidangkn dan aummmmm :D