CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, January 6, 2013

Siakap Kukus


BAHAN UTAMA :
~ Seekor ikan siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama2 mencuri

BAHAN2 KISAR :
~ Bawang besar 2 bijik 
~ bawang putih 3 ulas
~ halia 2 inci
~ serai 2 batang

BAHAN HIASAN :
~ Sebiji tomato di belah 4 @ 6
~ sedikit karot di potong kurus tinggi
~ sebiji cili merah di hiris2 
~ daun limau purut 3 helai 
~ daun sup 
~ cili api 5 bijik di ketuk

BAHAN PERASA :
~ garam
~ jus limau nipis/limau kasturi 3 biji
~ sedikit serbuk black pepper
~ sos tiram 1 sudu kecik
~ secawan air


CARA2NYA :
1. Letak ikan dlm bekas khas
2. Lumurkan ikan dgn garam dan sos tiram serbuk black pepper..
3. masukkan bhn2 kisar ke atas ikan td.. lumur rata2 pada keseluruhan ikan
4. tambahkan secawan air atau lebih, ikut nak byk mana kuah dia yg korang nak
5. Masukkan semua bahan2 hiasan atas ikan..
6. tambahkan garam lagi sikit..
7. kukus sampai masak.. anggaran dlm 25-30 minit mcm tu la kot..
8. Bila dah masak baru tuang jus limau tadi kat ikan tu.. gaul rata.. 
9. Boleh dihidangkn dan aummmmm :D

2 comments:

Ida_Iara said...

terliur tgk..sedapnye.

Azwani Shaari said...

meh le cuba buat.. senang je main campak2...hehe