CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, July 21, 2013

HEPATITIS B DISEASE AND THE HEPATITIS B VACCINE


**Saya cuba ringkaskan daripada pembacaan buku Dr Robert Sears - The Vaccine Insert berkenaan vaksin Hep.B. Saya terbuka kepada sebarang komen ilmiah, kita para ibubapa, pasti mau yg terbaik untuk anak2, kan? :)

Untuk rekod: Suntikan Hep B di Malaysia diberikan kepada bayi berusia 0 (Dos Pertama), 1(Dos Kedua) dan 6 bulan (Dos Ketiga).

**Bagaimana Hep.B berjangkit?
-Hep.B berjangkit melalui pemindahan darah atau cecair tubuh spt melalui hubungan seksual, berkongsi jarum suntikan, berkongsi berus gigi dan pisau pencukur atau melalui pemindahan darah. Walaupun darah yg diperolehi daripada penderma telah dijalankan ujian bagi memastikan ia bebas dari sebarang penyakit, terdapat juga kes terpencil di mana Hep.B tidak dapat dikesan dalam darah iaitu sebanyak 1:65,00-500,00). 
-Hep.B juga boleh dipindahkan daripada ibu yang dijangkiti kepada bayi dalam kandungan. Ini menjelaskan kenapa suntikan Hep.B diberikan seawal usia kelahiran bayi. Risiko mendapat jangkitan Hep.B juga meningkat sekiranya terdapat ahli keluarga yang menghidap penyakit ini kerana lama kelamaan mereka mungkin akan terdedah kepada darah pembawa penyakit samada melalui kesan luka, kecederaan, kemalangan dll.
-Walaubagaimana pun, Hep.B tidak berjangkit melalui sentuhan, berkongsi bekas makanan, ciuman, pelukan, bersin atau batuk.

**Kenapa kena suntik semua bayi seawal kelahiran jika mak ayah dan ahli keluarga terdekat bayi xde pun penyakit Hep.B ni?
-Sejarahnya begini, awal 80an dulu, vaksin Hep.B ni hanya disasarkan kepada golongan yang berisiko tinggi iaitu mereka yang aktif dengan seks bebas, prostitute dan ibu yang mengambil dadah dengan tujuan supaya penyakit ini tidak dipindahkan kepada bayi dlm kandungan.. Tapinya, heyyy korang ingat depa ni nak pi klinik sangat ke? Mereka2 yang mengandung luar nikah ni, monthly check up pun x pergi kebanyakannya.. Tahu2 je dah selamat bersalin.. Jadinya, bayi2 berisiko ini, dengan latar belakang ibu yg sebegitu, mmg sangat jarang la mengambil vaksin yang seterusnya menyebabkan penyakit ini semakin merebak.
-Disebabkan susah nak kesan ibu2 yang dijangkiti ini, maka vaksin Hep.B diperkenalkan sebagai imunisasi yang perlu diberikan kepada semua bayi samada berisiko ataupun tidak.

**Berapa lama vaksin ini boleh bertahan?
Kebiasaannya 10-15tahun. Tiada kajian khusus yang menunjukkan tempoh sebenar ia boleh bertahan. Yang boleh anda lakukan ialah menjalani ujian darah untuk melihat samada masih terdapat antibodi dalam tubuh atau tidak. In my case, walaupun saya lahir tahun 1983 dan tidak pernah mendapat suntikan Hep.B, terdapat sejumlah 15.0mlu/ml antibodi dalam tubuh. Mengikut pengamal perubatan, ia masih tidak mencukupi dan saya perlu mengambil booster dooses utk meningkatkan antibodi sehingga 120mlu/ml.

**Adakah terdapat bahan2 yang kontroversi dalam vaksin Hep.B?
-Ya, terdapat aluminium (250micrograms per dose) & formaldehyde utk jenama Recombivax HB (Merck) dan aluminium (250micrograms per dose) utk jenama Engerix-B (GlaxoSmithKline)

**Apakah kesan sampingan vaksin Hep.B?
-Kesan-kesan biasa seperti demam, sakit kepala, hilang selera makan, sakit tubuh dan sendi dll.. Walaubagaimanapun, kesan2 biasa ini akan menjadi luar biasa bila terkena pada bayi baru lahir. Nak ke kita tgk newborn baby kita tiba2 demam, sakit2 disebankan suntikan ini? Anak sakit dalam keadaan maknya pun masih lemah didalam pantang...

**Perlukah bayi saya mengambil vaksin Hep.B seawal kelahiran?
Ya, jika ibunya menghidap penyakit ini atau ada ahli keluarga terdekat yang menghidapnya. Kebanyakan ibubapa kurang risau dengan vaksin ini kerana ia tidak mengandungi sebarang tisu haiwan.

**Kenapa terdapat ibubapa yang menolak suntikan ini?
-Ibubapa bayi telah menjalani ujian darah dan bebas dari Hep.B
-Ibubapa risau akan kesan sampingannya terhadap bayi mereka.. (Orang tua demam x seserabut kalau newborn baby yg jatuh demam, kan?)
-Ibubapa menangguhkan dahulu vaksin Hep.B dan memberi keutamaan terhadap vaksin penyakit lain yg lebih merbahaya spt pertussis dan meningitis.

**Pendapat peribadi Dr Robert Sears
-Bayi kecil yang tidak berisiko tidak memerlukan vaksin ini. Bayangkan jika anak kecil anda jatuh demam dan tidak mahu menyusu. Simptom ini jika menimpa bayi baru lahir, kemungkinan akan ditahan di Neonatal Intensive Care Unit, dijalankan ujian darah itu dan ini utk mengesan jika terdapat infection, end up sbnrnya takde infection apa2 pun, hanya kesan sampingan vaksin sahaja.. Bukankah ini dah menyusahkan si ibu yang masih dlm confinement period, mana nak jaga kesihatan diri, mana nak pergi melawat anak di NICU.. 

**Dr Robert Sears juga berpesan.....
Vaksin ini boleh ditangguhkan sehingga anak berusia remaja. Perhatikan anak remaja anda.. Jika dah ada tanda2 balik rumah naik motor berkepit dgn boyfriend, dah pandai mintak nak buat tatu, haaaaa jaga2, sila2 la bawak anak remaja anda pi cucuk vaksin dulu.

**Pendapat saya...
Kalau kita ni di negara barat yang mengamalkan cara hidup bebas mcm tu mmg logik la.... Kalau kita dalam situasi sekarang ni, nak risaukan anak terkena Hep B ke..nak lompangkan dulu bila dia balik berkepit naik motor? Kita tak takut dia buat dosa, tapi takut sangat kalau dia kena penyakit, begitu kah?

Saya dah buat ujian darah spt gambar diatas dan mmg bebas dari penyakit ini, begitu juga dengan suami.. Jadi, saya tak merasa, si kecil saya nanti perlu mengambil vaksin Hep.B seawal kelahirannya.. Saya akan masukkan dlm birth plan untuk menangguhkan pemberian vaksin ini sehingga saya rasakan perlu..

Ini yang saya katakan, semua ibubapa kena buat informed decision.. Kenali jenis vaksin, jenis penyakit, bagaimana cara penyakit itu merebak, apa kesan sampingannya, apa kandungan vaksin dll BAGI SEMUA JENIS VAKSIN YANG BAKAL DIBERIKAN KEPADA ANAK ANDA.. Dalam topik ini, saya hanya mengulas SATU JENIS VAKSIN sahaja.. Mari sama2 cari gali ilmu utk vaksin2 dan penyakit lain.. IQRA' :)

Wednesday, July 17, 2013

Press Ceremony @ KFH Menara Prestige, KL

Ingat lagi tak, makcik ada menang ipod shuffle yowwwww... Kihkihkih.. Alhamdulillah, tadi ada majlis kecil2an dibuat di KFH Menara Prestige (mmg kecik betul la majlis nya, bulan puasa kan... jimat kos xyah sediakan makanan bagai..hihi)

Jadinya, pergi lah kami lakibini ke majlis tersebut untuk menuntut hadiah kemenangan Ipod Shuffle 2GB + Voucher Tesco RM20 (aku menang) dan wang tunai RM500 + Voucher Tesco RM20 (suami menang)..

Bersama Ipod Shuffle kaler purple siap :D

RM500 tunai....

Ini memang rezeki nak kawen.. Cik abg ni bakal kawen lepas raya ni, menang hadiah utama RM10,000!

Photo Group bersama semua pemenang..

TQ Kuwait Finance House.. I Love You :D

Monday, July 15, 2013

Pregnancy Journey II: Government Hospital VS Private Hospital

*Ini hanya pendapat peribadi penulis blog*



Masa Hadif dulu, aku delivered kat Hospital Selayang.. Masa tu masih kerja kat Sarawak, amik unpaid leave sebulan awal then balik KL.. Balik KL pun xde rumah nak menginap, menyewa pulak homestay sebulan.. Masa tu x sempat la nak pikir2 hospital mana nak bersalin, mmg nampak Hosp Selayang je..

Bagi aku, kemudahan kat situ mmg superb.. Takda yg kurang pun.. Doktor pakar pun ramai.. Time aku dulu, disebabkan kena induce, jd special case plak, semua pakar yg entertain.. Cuma yang x bestnya mcm biasa la, doktor x boleh nak pilih, pastu lak xde sapa boleh bertunggu tangga melayan kita 24jam..

Masa Hadif dulu, doktor yang menyambut tu doktor lelaki India.. Dia yang menyambut, dia yang menjahit epi, dia lah segalanya.. Malam lepas delivered tu plak, mmg rasa mcm nak pitam.. Menggigil kesejukan sampai takleh nak bangun, even nak bangun tarik selimut kat hujung kaki pun x larat.. Time Hadif merengek, nak bangun tengok pun x larat.. Masa tu terpikir la jugak, kan best kalau ada org boleh temankan.. Huhuhu :( 

Utk kali ni, aku dah balik dok KL.. Kewangan pun dah agak stabil, maka mencari alternatif untuk mendapatkan doktor muslimah memang menjadi keutamaan sekarang.. Aku letak benchmark mampu vs tak mampu tu begini.. Semak balik perbelanjaan bulanan.. Adakah semua wang yang kita belanjakan tu betul2 untuk keperluan atau ada jugak untuk kehendak? Kalau mmg dengan pendapatan kita, kita berbelanja sesederhana yang mungkin, mencukupkan semua keperluan sahaja tanpa memikirkan kehendak atau mmg dah xde baki pun untuk kehendak, mungkin la ada escapism daripada mencari doktor muslimah tanpa mendedahkan aurat..

Macam family kecik aku ni, tetiap bulan dah habis 1k utk bayar Grand Livina, Unifi RM150, pasang air cond lagi, water heater lagi, ada tabungan untuk bercuti lagi, makan kat luar pun kerap.. Bagi aku tu semua kehendak je, bukan keperluan.. Kalau duit boleh habis untuk kehendak, kenapa tak boleh simpan sikit2 agar aurat tidak terdedah kepada yang tidak halal melihatnya.. Ini hanya pandangan peribadi aku la.. Tengok kepada corak perbelanjaan masing2, kan..


Yang paling dekat dan mudah rasa2nya Gombak Medical Centre (GMC) la.. Tapi ni baru survey2 sendiri, belum buat appointment pun lagi.. Ingatnya next 2 week ada monthly appointment dgn Klinik Hasniah Elani, lepas tu baru nak tukar appointment ke GMC.. 

Yang kurangnya pulak private ni, 1st isu bayaran yang of course la makan ribu2 berbanding serba percuma kat GH.. Paling sakit kalau tetiba kena emergency ceaser sedangkan kita budget duit utk normal je.. Kedua, utk kes2 kritikal, hospital swasta canggih mana pun selalunya mmg akan hantar ke GH jugak akhirnya.. 

Utk bakal adik Hadif ni, setakat ni kehamilan aku normal, xde pape yg berisiko tinggi, harap2 kekal maintain sihat walafiat sampai bila2.. Kalau hingga akhir pregnancy pun semuanya normal & stabil dan boleh lahir normal, insyAllah akan proceed ke GMC.. Jika ada kes melibatkan elective ceaser, kena mengadap GH jugak la nampaknya.. Kalau tetiba semuanya normal, last minute ditakdirkan Allah emergency ceaser kat GMC, tabah je la ye.. Dengan harapan, InsyAllah dgn niat yg baik nak menjaga aurat, moga2 Allah gantikan balik dengan ganjaranNya yg lebih baik..

Aku pernah terbaca satu ruangan di majalah, tentang seorang ibu ni, beliau mmg dah nekad nak bersalin di private supaya dapat request doktor muslimah yang sambut kelahiran anaknya nanti.. By the time dekat2 nak bersalin tu, Allah uji pulak.. Beliau diberhentikan kerja dan mmg agak susah kehidupannya masa tu.. Masa tu beliau nekad utk teruskan jugak hasrat ke swasta dan sanggup gadaikan barang2 kemas semata2 nak menjaga aurat diri.. Subhanallah, tingginya iman ibu ini.. Aku pun belum tentu ikut cara beliau.. 

Haaa, lagi satu tujuan ke private, aku cadang2nya nak buat birth plan dan diskus beberapa perkara dgn gynea tu nnti termasuk berkenaan delayed cord clamping, delayed vaccine & gentle birth.. Moga Allah permudahkan semuanya, aminnnn :)

Monday, July 8, 2013

Abg Hadif @ Naluri Kreatif


Secara rasminya Abg Hadif dah ke tadika 1 July yang lepas... Cadang asalnya nak hantar awal tahun depan, tapi perancangan Allah tu yg terbaik.. Dapat hantar lagi awal..

Masalah utama Abg Hadif ialah waktu tidurnya yg hair-wire.. Hantar kat pengasuh dalam keadaan tidur dan akan terus tidur sampai jam 11am gitu.. Bangun, makan, mandi, tgk tv.. x lama pastu aku dah amik dia dalam jam 2.30-3pm.. Balik rumah mmg sngt energetic la sampai jam 1am pun bertahan lagi.. Tu yg x sanggup tu.. 

Masalah ke dua, pergaulan dia dengan rakan sebaya sngt terbatas sbb baby sitter tu jaga dia & sorang baby umur 7 bulan je.. Abg Hadif dapat main ngan kawan2 pun kalau Zaid cucu BS tu dtg, kalau x mmg tidur & mengadap tv je la kejenya..

Masalah ke tiga, dah bila asyik tidur je, xde la pulak aktiviti yang merangsang minda dia.. Educational games tu xde, main puzzle ke blocks ke, aktiviti fizikal ke, motor kasar motor halus ke..sangat la kurang.. Bila balik rumah yg mcm sangkar merpati ni, langsung dah x jejak tanah, langsung la xde outdoor activities.. Kesian jugak la kan.. 

Solusinya, kena risik2 cari tadika/playschool jugak.. Kriteria paling penting mestilah menerima anak berusia 3tahun, boleh hantar seawal 6.40am, ada laman utk outdoor activities dan kriteria standard yg lain, nak tgk jugak silibus, aktiviti, tenaga pengajar & rutin hariannya..

Setelah dirisik2, kebanyakkan playschool yg glemer2 mcm CIC, smart reader ni x terima murid seawal 6.40am, pastu lak tempatnya atas shop lot, mmg x jumpa tanah jugak la.. 

Mujur la jumpa yg paling dekat dgn rumah.. Tadika Naluri Kreatif namanya.. Pengambilan utk anak-anak 3-6tahun sahaja.. Utk 3thn pun terhad kpd 5anak saje.. Boleh dihantar seawal 6.30am, tapi kalau ikut jadualnya 7am-6pm la.. Hantar awal atau amik lewat, kira OT sejam RM7.. Ok gak la.. Tgk schedule pun mcm ok, blajar solat, iqra, kenal huruf, story telling, baking, gardening.. Ada laman yg luas plak tu utk budak2 main.. 

So, ni minggu ke-2 Abg Hadif masuk tadika.. Seminggu awal nampak ok.. Malam, dlm jam 11.30pm dah tidur.. Tgk weekend baru2 ni pun, dia terjaga pagi dlm jam 8.30-9am gitu, mmg sama mcm rutin kat tadika.. Kalau x, weekend kadang2 lajak sampai jam 12pm pun pernah.. Nampak Sabtu Ahad semalam ni ok la..

Yang lawak tu, 1st day balik dari tadika, malamnya ktorang dah pakat2 masuk tidur, dah tutup lampu bagai, tetiba Hadif bangun cakap nak solat.. Terus dia solat atas katil, ada la dlm 30rakaat.. Hehehe.. Kalau sblm2 ni, time solat mmg hamparkan sejadah kat dia, ikut suka dia la kadang2 join, kadang2 separuh jln je, kadang2 langsung xnak join.. Kat tadika tu mmg derang blajar solat berjemaah.. 

Progress lain sepanjang 5hari tu, pegang pensel pun dah hampir betul instead of dia genggam je pensel sblm ni.. Dah belajar2 jugak nak pakai sndiri seluar.. Dah mula nak bercerita aktiviti kat tadika.. Paling penting bab tidur yang hair-wire tu la, InsyAllah akan pulih :)

Aku pun xnak expect terlalu tinggi, biar la dia enjoy jumpa kawan2 dan ada rutin harian yg bagus instead of tidur-mandi-makan-tgk tv- tu saje..

See.. ada laman yang luas utk outdoor activities.. Ehsan google..

Ni pamplet lama derang.. Jumpa di google jugak..