CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, October 30, 2013

Berbagi Rasa

Abg Hadif officially berhenti menyusu badan pada usia 2 tahun 5 bulan 3 minggu dan 2 hari.. Mama pernah berhajat nak tandem nursing both abang & adik bila adik lahir.. Tapinya Abg Hadif dah x sudi nak menyusu badan.. Bila mama buat muka kesian mintak dia bf, dia masukkan kejap je mulut dia, pura2 menyusu dan tetiba 'siapppp'.. Uhhh mmg betul2 nak amik hati je tu.. 

Di sebabkan keperluan susu utk adik masih x terlalu mendesak, mama terpaksa jugak mencari jalan utk bg Abg Hadif minum ebm mama...

Hasil tuaian mama..

Simpan dalam bekas dadih ni utk bekalan adik di NICU.. Tapi adik x perlukan sebanyak ini pun...

Mama offer pada Abg Hadif utk mix dgn susu strawberry atau coklat..

Abg Hadif setuju utk campur dengan susu strawberry..

Alhmdulillah, Abg Hadif minum sampai habiss... Siap cakap, 'ermm sedapnya susu mama.. tima kasih mama..'

Tapi yang sebenarnya Abg Hadif x kuat mana pun minum susu.. Hanya minum sekali di tadika dan sekali di rumah sblm tido.. Jadinya x luak mana pun stok ebm ni.. Cuma mungkin xyah dah nak restock fresh milk kat dia... Boleh ganti terus dgn ebm.. Cuma beli susu yg berperisa je.. 

Btw, lepas stop menyusu badan Abg Hadif langsung xnak minum susu putih biasa, mmg kena bg yg berperisa coklat/strawberry mix dgn fresh milk..

Wan Nur El-Asyfa :)

Hari ke-7, secara rasminya adik diberi nama Wan Nur El-Asyfa.. Sbnrnya nak letak nama Wan Nur El-Fadwa tapi memandangkan kondisi adik yang belum stabil, Asyfa (Penyembuh) lebih sesuai.. Moga menjadi satu doa bila adik kerap di panggil Asyfa.. Moga cepatlah adik sembuh.. Aminnn :)

Monday, October 28, 2013

Unplanned Home Birth Story

Alhamdulillah, 2nd pregnancy with little adik inside sangat la dimudahkan Allah.. Sama mcm Abg Hadif dulu, xde morning sickness, xde masalah kesihatan, xde GDM, xde low blood pressure, semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah..

Disebabkan xde risiko2 yang tinggi, maka kami decide utk membuat monthly check up di klinik swasta sahaja dan seterusnya di lanjutkan ke GMC pada usia kandungan 8bulan ke atas.. Sampai last check up, Jumaat 18 Oktober tu, still no sign.. Esoknya 19 Okt tu dah due date.. Dlm hati dok syak, mesti overdue mcm si abg jugak.. Ntah2 kena induce plak lagi 10hari.. (Polisi di GMC benarkan tunggu sampai 10hari slps overdue).. Udah ler dah amik cuti awal, beronok2 je la kat rumah, makan tido sampai dah xtau nak buat apa...

Pagi Ahad 20 Okt tu smpt lagi turun tangga manually 16 tingkat sampai habis.. Pastu round Tasik Sri Gombak plak 2 round.. Still no sign jugak.. Sambung la beronok2 lagi kat rumah.. Sampai la hari Rabu kejadian.......

1st contraction jam 1.45pm.. Tapi contraction yg sangat2 la mild.. On off gitu je, still boleh masak2 n makan2 dgn aman damai.. Lauk terakhir aku masak ialah sambal sardin dan tempe goreng.. Pastu SIL buat masak lemak ikan kering dgn nenas, ada dragon fruit juice lagi.. Menu last yg sedap..

2.38pm ni wasap baba sambil lunch.. Contraction kerap sikit tp still bearable..

Dalam jam 3.30pm elok lepas lunch, terus masuk bilik n baring kat katil.. Dah start heavy contraction.. Mintak baba massage pinggang.. Mula2 ok, hilang sakit.. Lama2 massage tak memberi kesan lagi.. Terasa ada sesuatu yg keluar.. Ok, mucus plug dah kluar..

Soh baba gi amik Abg Hadif kat tadika dulu smntara mama mandi dgn hot shower.. Melayan contraction sambil mandi air suam dan kawal pernafasan dgn baik sangat membantu melegakan contraction pain.. (Ni apa yg mama cedok kat Gentle Birth Group)..Tak lama dlm bilik air, dah rasa ada urge to push.. Then boleh rasa sudah ada rambut adik down there..

Baba masuk bilik.. Mintak baba check.. Confirm mmg rambut adik dah nampak.. Elok je kluar dari bilik air, adik pun meluncur keluar dalam keadaan mama berdiri sambil membengkokkan kaki.. Baba sempat sambut adik ke pangkuan..

Inilah wajah kesayangan hamba..

Tanah Tempat tumpahnya darahku..

4.19pm (Waktu yang kami declare pada pihak hospital)
Adik lahir x nangis.. Baba tepuk2 blakang adik ala2 dlm citer One Born Every Minute In UK.. Sejurus slps tu adik pun nangis.. Mama peluk adik, letakkan di dada.. Skin to skin.. Cuba utk bf adik, tapi adik tak hisap pun.. Yang mama nampak, kaki adik biru dan sejuk..

Baba call few friends.. Sis Hanz Jamaluddin je yang jawab panggilan.. She is a Child Birth Educator.. Dia sndiri dapat dengar tangisan adik dlm phone.. Jadinya kami beranggapan nothing much to worry.. Sis Hanz suruh bancuh kopi pekat tanpa gula utk mama minum..

Baba azan dan iqamahkan adik.. Azan sampai tersalah2.. Mama simpan ketawa dlm hati..

Call pulak 999 mintak dihantarkan ambulan sbb mama belum deliver placenta.. Ambulan sampai lewat jugak.. Dlm 5.15pm.. 

Mama dan adik tunggu atas katil.. Mama tanya paramedik yg datang tu, adik ok ke tak.. Katanya adik ok je..

Delayed Cord Clamping dalam sejam jugak.. Nurse potong cord adik dan cuba keluarkan uri..

Uri tak berjaya di keluarkan lagi.. Adik siap2 pakai baju baru yang pertama.. Masa ni adik poop dan batuk dan bersin.. Cik Lah pangku adik dalam ambulan, baba, Abg Hadif & Cik Su follow dgn kereta..

Sampai di Hosp Selayang, mama di hantar ke labour room.. Cubaan mengeluarkan uri berjaya.. Walaupun hanya 1st degree tear, mama tetap kena jahit.. Cuma x seteruk kena jahit time Abg Hadif dulu.. Sambil2 dijahit, doktor datang interview mama.. Mama cerita spt yg di atas.. Doktor siap melawak lagi, owhh boleh sangat nak beranak 10x, senang sangat.. Huhuhu..

Lps siap dijahit, mama kena tunggu dlm sejam dulu kat LR sblm doktor dtg check jahitan & kemudian baru boleh masuk ward..

Masa tunggu ni la baru mama tau adik masuk NICU sbb suhu badan drop (34 darjah celcius shj) dan oksigen adik juga drop.. Sungguh, mama risau sangat2.. Adik yang kelihatan ok awalnya, dah nangis, dah poop, dah bersin, dah batuk, dah bukak mata, dah bg respon, yang nampak ok tiba2 di hantar ke NICU :(

Bermula kisah sedih mama.. Warded dgn katil baby yang kosong.. Sekosong jiwa mama.. Mama request utk jumpa adik kat NICU.. Dlm jam 10.30pm masa tu.. Baru mama berkesempatan berjumpa dgn adik semula.. Sebak hati tgk adik dalam keadaan tak sedarkan diri dibawah pengaruh morphine.. Adik terpaksa utk 'tidak disedarkan' supaya adik tak rasa sakit akibat banyak sangat wayar yang berselirat di badan adik.. Mama rasa mcm mimpi.. Baru tadi dekat rumah, mama bebas peluk adik.. Sekarang mama dah x berpeluang nak bebas peluk adik..

Doktor explain yang keadaan adik tenat.. Adik tertelan meconium, adik kekurangan oksigen, ada internal bleeding dlm paru2 adik dan organ dalaman adik.. Mama sedih sangat2 tapi mama tetap taknak mengalirkan air mata depan adik.. Mama cuba bertenang dan cakap2 dengan adik.. Mintak adik bertahan dan kuatkan semangat sbb doa mama sentiasa mengiringi perjalanan adik.. Mama mintak adik kuat, sbb Abg Hadif tunggu adik kat rumah.. Mcm2 yang mama cakapkan dekat adik sambil usap adik lembut..

Balik semula ke ward, mama langsung x boleh nak lelapkan mata.. Mama risaukan adik.. Mama kirimkan doa untuk adik.. Mama terlelap sekejap tapi terjaga semula bila nurse masuk dalam jam 3.30am.. Nurse cari baba.. Katanya doktor nak jumpa baba kat NICU.. Ya Allah, berita apakah yang mau di sampaikan pagi2 begini.. 

Lama sangat baba jumpa doktor, mama sms mintak ambil mama kat ward.. Mama nak masuk NICU tgk adik.. Rupa2nya adik masih tenat walaupun telah diberi mesin yg kuat dan bagus.. Doktor bgtau yg esok pagi, adik akan bertukar menggunakan mesin yang paling kuat.. Dan itu adalah ikhtiar mereka yang terakhir.. 

Mama balik ke ward dengan jiwa yang bertambah kosong.. Baba ke surau tunaikan solat hajat utk adik.. Mohon agar adik terus kuat berjuang..

Keesokan harinya, mama ke NICU lg utk jenguk adik.. Adik masih tenat (mungkin antara yang paling tenat dalam ramai2 bayi di situ) tapi stabil.. Tiada tindakbalas -ve terhadap mesin2 dan ubat-ubatan yg dimasukkan.. Mama teruskan kata2 semangat terhadap adik.. Semua org sayangkan adik, semua org doakan adik.. 

Mama turun makan di kafe sblm kembali ke ward.. Mama berehat di ward smntara baba balik untuk uruskan uri adik.. Dlm jam 2.30pm, nurse bgtau yg mama dah boleh discharge.. So, call baba mintak dtg amik mama.. Sedih mengenangkan terpaksa mama balik tanpa adik.. 

Rindu mama terubat mengenangkan mama ada Abg Hadif kat rumah.. Pertama kali kami berpisah semenjak Abg Hadif dilahirkan 2 Sept 2010.. Abg Hadif x pernah langsung berjauhan dari mama.. Di rumah, Abg Hadif bertanya adik babynya.. Mama bgtau yang adik sakit, jadi abg kena sentiasa doakan adik, moga cepat sembuh..

Jumaat dan Sabtu di rumah sahaja ditemani keluarga mertua yang datang dari Kelantan.. Ahad pula dikunjungi Shema & kakakku Nora.. Dlm tempoh itu, mama masih ke hospital untuk memberikan kata2 semangat buat adik..

Adik mama masih tenat tapi stabil.. Itu rumusan doktor dan mama tetap yakin pada kuasa doa.. Setiap yang di langit dan di bumi itu di bawah pemerhatian Allah.. Tiada apa yang mustahil bagi Allah.. 

To be continued..

Tuesday, October 8, 2013

3009 - Prisoners I Wangsa Grill by Chef Zubir I Present :D

Ini pulak entry tertangguh seminggu daripada hari kelahiran yg ke-30.. Ok dah tua dah.. Kebetulan birthday jatuh hari Isnin yg merupakan cuti peristiwa utk sekolah my Hazar.. Aku pun tumpang sekaki amik cuti memandangkan cuti berbaki lagi 3hari, sedangkan dah apply early maternity leave.. 1st time rasanya ni, cuti x habis guna..

So, dah cuti2 tu, lepas hantar Hadif gi tadika, lepak2 je kat rumah layan tido & breakfast dgn nasi kerabu.. Bersantai2 je la pagi tu membawa ke tengahari.. Cadangnya lepas Zohor nak layan Movie.. Dah lama sangat sangat sangat tak pi tgk wayang.. Awal2 kawen dulu skali je pernah pergi.. Lps tu mmg x pergi2 dah..


 Bergerak la ke Jusco Kepong layang ini cerita.. Best la jugak ceritanya.. Kira aku boleh layan sampai habis tanpa mengantuk dan tertidur tu kira best la citer ni.. Hihihi

Habis citer ni gi redeem Jusco Birthday Voucher plak.. Rugi x redeem sblm layan movie sbb ada dpt 1 voucher buy 1 free 1 movie.. Ni xtau la bila nak guna voucher tu, valid sampai Nov je pun... Huhuhu

Lps redeem voucher, cadangnya nak makan2 sat kat Secret Recipe tp dah lewat sangat time tu.. Confirm jalan jem nak rushing amik Abg Hadif kat tadika.. Jadinya beli kek je la 2 slices.. Mmg ye pun, tersangkut dlm jem sampai dekat kul 7pm dah baru amik si bujang tu.. Kesian plak kat dia lambat amik. Huhu

So balik rumah, siap2 mandi solat segala, mau pergi makan2 kat Wangsa Grill by Chef Zubir.. Dgn harapan Chef Zubir le yg masak malam tu.. Hihihi.. So lepas Maghrib ke sana, almost full house, mujur ada satu dua lagi meja kosong.. So, sesi meng-order makanan pun bermula.. Aku letak harga skali eh utk guideline sapa yg nak pergi.. (Sblm pergi sini, google cari harga xdak plak blogger lain mau letak..)

Starter: Burrito's RM15.50

Asian Style Oxtail Soup RM15.50 (sekeping roti dah disebat oleh Hadif)

Freshly squeezed Californian Strawberry RM10 & Chocolate Milk Shake RM9.50

Norwegian Salmon & Chilean Blue Mussels RM35.50

Australian Baby lamb fore shank - Chef signature dish RM36.50

Chef Zubir yang super busy sebab customers datang x henti2, siap tunggu turn meja kosong lagik..

Besoo haaa terpampang gambar beliau.. Aura master chef la ni.. hihi

Abg Hadif yg tersengih lebar..

Di satu dinding yg lain..

Ok jugak la menu & masakannya.. Banyak baca review blogger lain kata small portion, makan x kenyang.. xtau la apa yg depa order tp x kenyang tu sbb kami laki bini makan kenyang elok je.. xde la kecik sangat portion mknn dia.. Cumanya nak mai makan selalu tu tak la kan.. Setakat meraikan hari2 istimewa tu ok la...

*
*
*
*
*
*
*
*

Sebenarnya dah dapat early birthday present sebulan dua yang lepas gara2 henfon sedia ada dah layak di campak ke laut.. Bayangkan ler, tipon lama aku tu, tekan huruf 'a' dia baca sebagai 'send'.. Tak ke haru nak reply msg.. Akhirnya ntah berapa banyak msg kosong dihantar kat kawan2 & customer.. 

Merungut2 psl phone depan suami, dpt la Samsung Galaxy Grand sebijik... Tapi x terasa la aura hadiah birthday sbb dapat awai sangat.. Jadinya, di hari lahir isteri, suami offer Medela Freestyle sebijik... Waaaa, mmg idaman kalbu tu.... Search tgk harga kat FabulousMom & OneBabyWorld RM1799 je paling murah.. Online seller ada la semurah 1.4k+ tapi risau jugak bab2 warranty ni..

Setelah dipertimbangtarakan, suami soh beli kat FabulousMom je, dulu pun beli Ameda kat situ jugak.. Apa2 isu warranty mmg senang nak claimed.. Suami risau beli2 online benda mahal ni takut kang seller tu x dpt dihubungi ke apa ke.. Tak ke naya.. So, dia kata biar la byr mahal sket, janji sng nak cari balik seller.. Mak ikutkan aje orang nak belanja.. Hihi

Ini la yang mama & adik baby dpt di hari lahir :D

InsyAllah akan dipergunakan sebaik mungkin.. Moga murah rezeki adik & dapat breastfeed for 2yrs mcm Abg Hadif jugak.. Aminnn :) 

Tq ye baba.. Muahhsss :*