Alhamdulillah, Asyfa dah start makan di usia 6 bulan... Tu pun dari umur 5 bulan lagi dah nampak sign nak makannya... Antara tanda2 anak dah bersedia nak makan termasuk lah dah boleh tegakkan kepala (control leher), dah buat mimik mulut meniru kita mengunyah, dah mula nak tarik bekas makanan, boleh duduk sendiri dengan sedikit sokongan, tidak kenyang setelah menyusu 8-12x sehari dll.. Banyak tanda2 awal sebenarnya, tp itu x bermakna boleh bg makan awal.. Kemon la mommy, seumur hidup lagi nak bg anak makan, takkan la xleh bersabar 6bulan awal tu kan...
So here we go...Air tangan mama utk adik Asyfa.. Semua diambil mengikut 4 day rules iaitu makanan yang sama diambil utk 4 hari berturut2 bg mengesan jika anak ada allergy pada sebarang makanan...
Day 1-4: Bubur nasi + baby carrot
*Lobak merah kaya dengan Vit A & B yg baik utk penglihatan*
Day 5-8: Bubur nasi + kismis
*Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan(hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.*
Day 9-12: Bubur nasi + squash butternut
*Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka"*
Day 13-16: Bubur nasi + zucchinni
*Mengandungi folat, kalium dan vitamin A*
Day 17-20: Bubur nasi + prunes
*Prunes dikatakan berkesan utk penyakit autoimmune spt eczema selain kandungan antioksida yg tinggi*
Day 21-24: Bubur nasi + kacang peas (mak guna yg frozen)
*Peas helps to promote regular bowel movements and prevents constipation*
Day 25-28: Bubur nasi + kurma.. Why lambat sangat bg kurma? sebab mak x jumpa kedai jual kurma.. Huhuhu
*Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.*
Next month kita pelbagaikan lagi.. So far, nampak eczema Asyfa naik time amik squash butternut & peas.. tak sure la mmg punca dari makanan atau kebetulan.. Kegemaran Asyfa plak nmpk lebih kpd prune.. Mmg laju je makan time letak prune, tapinya time lain pun makan banyak jugak.. Hahaha
Opsss, selain campuran bubur di atas, mama jugek bg Asyfa sedikit madu di waktu pagi, sedikit tu kira secalit madu di jari, bg Asyfa hisap jari mama.. Dalam bubur tu plak mama campurkan vco+habbatussauda.. Ni kira utk kuatkan immune badan anakanda.. Sehari sekali jugek mama bg al-manna sebanyak 5ml, selebihnya mama yg minum itu bancuhan al-manna supaya dpt disalurkan dari susu ibu kepada sang anak..
Ni minyak kelapa dara siap dicampur habbatussauda keluaran BioAsli yang mama guna utk bubur Asyfa.. If sesiapa nak beli, boleh roger2 ye.. Umah stokis dekat je ngan umah mak..
Ni pulak al-manna, prebiotik semulajadi.. Ingat tak manna was salwa dalam Al-Quran? Prebiotik ni makanan kepada probiotik.. makanan kepada bakteria baik.. Kasi bakteria baik berkembang biak.. Asyfa kan ada history amik antibiotik yg telah memusnahkan bakteria baik dalam badan dia :(
Ini antara ikhtiar seorang ibu utk menjaga kesihatan si anak.. Semoga Allah memberikan kesihatan yg baik buat anakanda.. Amin :)
2 comments:
Wani,
Al-manna tu rs dia cmne? xpnh tau rase dia, huhu
wanot, al manna tu tawar je... xde rasa pahit ke apa pun.. kalau bancuh dgn honey n simpan sejuk mmg sedap... hiii
Post a Comment