CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, September 30, 2009

Raya terakhir sebagai.....

anak gadis?? (InsyAllah kalau panjang jodoh nak nikah hujung thn ni ;))

Assalamualaikum... Lama sungguh x menulis kat blog ni sampai rasa dah hilang skil menaip.. Balik je kampung terus hilang ketagihan terhadap internet padahal terasa mcm banyak gak nak dikongsikan...

So, raya pun dah berlalu.. Sekarang adalah masa utk kembali tekun mengajar menghabiskan silibus yg banyak lagi (year 1, byk lagi blum cover sbb P&P berlangsung dalam keadaan sngt perlahan..year 3 dah masuk last chapter..), mengqadha puasa + puasa sunat 6 dan menghadiri majlis rumah terbuka yang berkoyan2 banyaknya.. Series banyak sehingga jadual aku dah full dari smlm hingga Sabtu.. Setiap mlm ada open house.. Will talk bout that later..

Dan hari ni, Alhmdulillah genap sudah usiaku 26thn mengikut kalendar Masihi.. Masih banyak impian belum tercapai, tp ada jugak la perubahan satu dua.. Birthday tahun lepas, masih bergelar pelajar maktab, thn ni udah keje.. Thn lepas masih single, thn ni sudah ada ikatan walaupun blum sah.. Thn lepas tak lengkap lagi berjalan2 ke semua negeri di Malaysia, thn ni dah berjaya habiskan 14negeri..

Thanks kepada semua yg wish.. Sms dan wish kat fesbuk la yg banyaknya.. Saya hargai semuaaaanyaaa, thn depan jgn serik2 nak wish lagi yer.. My pupils pun ada yg wish kat kelas tadi, hairan jugak la sbb aku mmg xbgtau pun psl besday2 kat bbudak ni.. Kpd yg belum wish, takpa masih boleh wish kat ruangan comment (psiko x, mengharap org wish..hikhik) Disebabkan kat sini xde secret recipe, xde kedai kek yg boleh diharapkan halal, xde tmpt mkn yg best, maka xde la sambut2 ni.. Siang puasa, mlm serbu open house.. tu jek la aktiviti spnjng syawal..

Ok la, mari layan gambar sepam dua.. Byk gambo tp mls dan x reti nak edit cantik2, end up malas nak letak banyak2.. Huhuhu.. Mari layan wajah2 kesayangan hamba ;)









Sunday, September 13, 2009

Kalau tak letak tajuk boleh?

- Hello, Encik Amran ada?
+ Eh, salah nombor kot..

- Hello, saya nak bercakap dengan Encik Amran..
+ Salah nombor laa, xde sape Amran kat sini..

- Hello, Encik Amran ada?
+ Eh brape kali nak cakap ni, salah nombor, xde sape nama Amran.. Jgn call lagi boleh x?

(setelah beberapa missed calls, aku syak masih mencari En Amran)
hurmmm, mcmana nak puaskan hati dia ni.....

- Hello, boleh saya bercakap dengan Encik Amran?
+Ermm, dia xde kat rumah la, baru je keluar. Ni sape ye?
- Saya wakil courts mammoth.. Saya nak tanya psl byrn sofa ni.. Dah 3bulan x bayar ni..
+Ehhh, biar betul suami akak ni x bayar.. tiap2 bulan akak bg duit kat dia soh bayar sofa tu...
- Betul kak, masuk bln ni dah 3bulan x berbayar.. Nnti akak bincang la mcmane ye, kalau boleh bayar secepat mungkin.. Takut kena tarik plak nnti..
+Trima kasih ek call akak, kalau x sampai bila2 pun akak taktau yg abg amran x bayar sofa tu..

Padan la beria cari si Amran tu, tp perlukan call berkali2 kalo org dah kata xde? Ini bikin hati panasss...

I byk duit ni, sapa nak? :P

Nampaknya 'bapak' tak bg duit raya kat 'kakak' dan 'abang' tahun ni.. 'Adik' je dapat.. Pelik jugak kan... Mana perginya duit 'bapak' yang berkepuk2 tu....Dah habis sebab bawak 'mak' gi shopping beg LV banyak2 kah?? Aihhhh..

Ni dah dekat nak raya, semua org sibuk tukar duit baru.. Kat Lawas ni susah sket, semedang duit baru nya xde.. Tak feel raya la bg duit raya guna duit kertas yg dah lunyai.. Huhuhu.. Dulu masa keje kat Mahmood, sng je nak dpt bekalan duit2 baru ni.. Huhuhu, rindu kat Mahmood sudah..

Lagi 4hari sekolah, Jumaat dah start cuti raya.. So dah masuk 10mlm terakhir ni, marilah kita sama2 melipatgandakan amalan, moga tergolong dalam golongan yang beruntung meraih Lailatulqadar, insyAllah.. Aminnn :)

Saturday, September 5, 2009

Misi Syawal

Hari ni dah 5 September, so InsyAllah genap 3bulan je la lagi sblm tarikh pernikahan aku... Persiapan dah le jauh panggang dari api.. Balik cuti raya ni la nak pulun buat semua.. Taktau le sempat ke tak.. To do list utk raya ni:
1-tempah kad
2-sewa baju
3-booking door gift
4-uruskan borang2 dgn tok imam
5-cari baju nikah
6-beli barang hantaran
7-beli barang kemas sket (ingat tak entry aku bayar ansuran kat kedai emas kat Lawas ni, yg akhirnya menjadi riba berperang dgn Tuhan, sebbaik dpt balik semua duit tu, so beli cash je la kat Kedah)
8-buat hiv test (kena buat kali ke-2 sbb rupa2nya valid 3bulan je, aritu klinik tu kata 6 bulan, aihhh sengal..)

Haaaa, tak ke banyak mende nak settled within 1week? Series rasa mcm x sempat, dah le time2 raya tu bknnya org bukak kedai sangat.. Mujur la ada internet - dunia dihujung jari, so sempat la survey baju nikah n door gift secara online...

Utk majlis akad nikah, aku pilih warna putih seputih salju.. Jadinya, semasa melilau2 dalam ternet, jumpa la baju2 ni.. 2-2 sangat cantekkk, tp xde saiz yg sesuai dgn aku, so kena tunggu stok baru sampai.. Lagipun, rasa2nya nak pergi kedai dia sndiri, bertentang mata dgn baju2 ni baru puas hati, ye dak...

Baju kurung moden chiffon azkia

Jubah chiffon marissa

Agak2nya mana yg sesuai utk aku ye... Aku kalo boleh nak beli baju yg boleh dipakai semula lps tu.. Mcm baju bertunang aku dulu, walopun mahal sket tp worth la sbb aku still pakai baju utk utk majlis2 kat Lawas ni.. (siap ada org pinjam baju tu nak buat contoh :P) Tp baju nikah ni, kalo dah putih suci cenggini taktau ler aku tergamak x nak pakai semula.. What say you?

Satu lagi dilema yg aku alami adalah utk memilih doorgift.. Barang2 kat bawah ni juga dijumpai setelah bersiar2 di ternet.. Jom tgk dulu...

1) Kotak tisu kecik (saiz tisu 20sen tu)



2) Sudu Garfu


3) Kipas tangan


4) Bekas alatulis


5) Bekas pencungkil gigi


Tapinya gift ni limited la utk kawan2 dan sahabat handai juge saudara mara.. Utk tetamu2 sekeliling kampung, aku nak booking muffins yg dah siap packaging segala bagai.. So xyah nak pikir pape dah..

Kad kahwin pulak cadangnya nak tempah area KL.. Ada cadangan kat mana boleh dptkan kad kahwin dengan harga berpatutan? (tak nak membazir banyak2 utk kad kahwin, so yg murah2 sudah ler..)

Dan alang2 buat entry berkaitan kawen ni, nak bgtau ler aku tgh mengumpul alamat kawan2 supaya senang nak hantar kad nnti.. So kpd semua rakan2 dan sesiapa yg membaca cikwanionline, dijemput ke walimah saya nnti, InsyAllah 5 Dec 2009 di Baling Kedah.. Hantar ler alamat anda ke wani3009@yahoo.com.. Bukannya apa, dah dok jauh2 ni xnak buat keje last minute sngt.. Takut nnti ada yg terlupa dijemput, pastu kecik ati kan dah susah.. Aku bukannya nak kawen 2-3kali..

Ok la, dah almost 2am, nak kena tdo.. Lagi 2jam nak bangun sahur lak.. Wassalam :)

Tuesday, September 1, 2009

Day 5, 6, 7 : Cintaku tertinggal di Monsopiad :D

Salam.... Tajuk tak hengat... Saje je tu.. Ok la dah bosan wat citer berjalan2, so kita rangkumkan je la hari ke 5, 6 & 7 tu.. Hari ke 5 adalah diperuntukkan supaya dapat shopping.. Konon2 nak shopping kat Main Bazaar & Indian Street.. Tpnya kat Main Bazaar je pun dah berjam2.. Pagi tu dah nyalakan tekad dlm hati, xnak beli pape selain t-shirt n fridge magnet je.. Itu sahaja, no more no less.. Sekali dah sampai sana, adoi laaaa segala mak nenek nak belii...huhuhu...



Tak sempat nak ke Indian Street sbb dah tghari.. Kena balik hotel, kemas barang n check out sbb otw nak ke airport tu nak singgah Pasar Batu 7 plak.. Cik Munirah nak beli tikar plak... Kali ni betui2 punya nyalakan tekad tannak beli pape n berjayaaaa.... Mmg la berjaya, aku bkn minat pun tikar2 ni..


Habis je Mun borong2 tikar, terus ke airport.. Sampai agak awal, check in siap2 then lepak kat surau..Sampai je kat KK, terus amik cab ke Kinabalu Hotel.. Rehat2 kejap n berbuka puasa dgn roti yg dibekalkan oleh MAS tadi.. Lps solat segala bagai, baru kuar nak cari mkn betui2.. Jalan kaki ke City Point dan terus masuk Pizza Hut.. Dah 3bulan makcik tak mkn pizza....


Settled makan2, jalan2 sat n balik hotel letak barang.. Terus ke Pasar Malam Kg Air.. Ini pasar malam yg glemer dan kemurahan harganya mengalahkan Pasar Filipina janji pandai2 la nak tawar menawar.. Kawasannya agak bahaya juge.. Bahaya utk anak gadis berjalan2 dengan handbag digalas lemah longlai seolah2 handbag itu menjerit2, 'ragut lah aku...ragut lah aku..' Jadinya bawak je la cash secukupnya letak dlm poket seluar je...

Shopping brooch n butang baju melayu sampai rasa nak muntah.. Ini series rasa nak muntah sbb terbau asap rokok peniaga kat situ... Dah lama giler tak bau asap rokok, sekali terbau mmg sungguh memualkan... Ada brooch n butang2 baju melayu yg dipesan rakan taulan dan selebihnya bg kat rakanan guru di Sngor dan Johor utk dijualkan...Doa2 kan ler brooch aku laris dipasaran.. Aminnn...

Hari ke 6, bersiap dengan kadar perlahan tidak tergesa2 sbb satu destinasi je nak pergi iaitu......Kampung Budaya Monsopiad! Amik cab dari hotel terus ke Monsopiad...MCV ini tidaklah sebesar dan se'gah' nama SCV tp menarik sebenarnya.. Tambahan plak, masa ktorang datang tu x ramai pengunjung yg lain, so dpt le layanan lebih sket..

Dgn bayaran masuk RM45, pengunjung akan disambung dgn 'welcome drink' iaitu tuak.. Kalau bukan sbb puasa pun, kita xleh minum tuak kan...so ada cara nak tolak pelawaan tuan rumah iaitu dengan meletakkan jari pada bibir cawan, dan letakkan balik jari ke mulut.. Tu adat utk menolak pelawaan secara baik..

Dalam tu jugak ada tourist guide yg akan bawak kita dr satu tempat ke satu tempat.. Bukan sekadar melawat rumah2 mengikut budaya masyarakat Kadazan, dpt jugak merasa permainan2, makanan, alat muzik tradisional, tarian dan segala2nya la tentang masyarakat Kadazan... Yang paling best tentu la masa dpt pakai costum derang dan amik gambo x hengat ala2 outdoor wedding photoshoot! Sangat cantik menarik tertarik kau mmg d bomb laa!

Masa tu jugak ada pesta buah, so setiap pengunjung boleh la merasa buah2an tempatan yg sungguh banyak tu, tp we all telan air liur je laa... Tp xpe, demi menghormati kami yg berpuasa, dpt ler rantai manik sorang satu... Kenang2an dr Monsopiad dan upah berpuasa.. Hihi..

Terima kasih yang x terhingga utk semua kakitangan Monsopiad Cultural House.. Sangat berpuas hati dengan layanan mereka esp Fifi, Adit, Awie n Korie..



















Balik tu konon2 nak layan movie tp xde citer best, so layan tidur x sedarkan diri..Berbuka puasa dengan lebihan pizza smlm yg sungguh la banyak, pastu g Pasar Malam Kg Air tu lagi utk final shopping..

Hari ke 7, amik bas balik Lawas.......

Tamat sudah Cuti Cuti Malaysia.......