CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, December 30, 2009

Honeymoon @ Cameron Highland

Salam.... Ini adalah quick update kerana mata adalah mengantuk setelah pulang dari Low Yat dan Kekasih Halalku telah merembat sebijik DSLR Canon EOS 1000D.. Katanya hadiah perkahwinan utk diri sendiri..Huhu..

Btw, seminggu lepas wedding di Kelantan, sempat lah kami melarikan diri jap pergi ke Cameron Highland.. As usual surf kat ternet n booking honeymoon package utk 3D2N.. Cukup la tu kan.. Details ni aku bgtau kat bawah.. Kot korang berminat jugak ke... Tempat2 yang dilawati tu mcm biasa la kan.. So layan gambar je la....

The hotel: Rosa Passadena

Honeymoon Cake & Fresh Fruit Platter

Candle Lite Dinner & Bouquet of flower

Boh Plantation

Rose Centre

Strawberry Farm

Butterfly Farm

Steamboat Dinner

Kat mana2 ntah ni

Tata!

Nota Kaki1:

Honeymoon Package

Inclusive of the following :-

• Accommodation for 2 nights 3 days
• Daily breakfast
• Welcome drink upon arrival
• 01 set lunch
• Romantic Candle Light Dinner (1st day)
• Special Steamboat Dinner (2nd day)
• Fresh Fruit Platter
• Honeymooon Cake
• Bouquet of flower for the bride
• Country side tour 3 1/2 hours
• Tea/coffee making facilities in the rooms
• Upgrade to deluxe room (upon availability)
• Souvenier from Rosa Passadena
• Daily complementary newspaper

• 10% discount on beverages consumed from Pines Restaurant & Karaoke
• 10% discount on selected items from the souvenier counter

**RM600 NETT PER COUPLE

Nota Kaki 2:
Sapa dapat teka, di mana agaknya destinasi honeymoon ke 2 kami? Jawapan yang tepat akan menerima Fridge Magnet bertulis nama n tarikh perkahwinan kami...... ;) (Penyertaan dibuka kepada sesiapa yg x dtg my wedding..sbb yg dtg tu kompem dah dpt FM tu kan..)

Friday, December 25, 2009

Akad Nikah + Majlis di Kedah + Videografi di Kelantan

Akhirnyaaaa... Dapat juga beberapa keping gambar daripada fotografer kat Kedah aritu.. Tak sabar nak tunggu full album siap.. Hopefully xde masalah utk siap b4 balik ke Srwk nnti.. Btw thanks utk semua yg datang ke majlis aku aritu.. Ada yang dtg dan membantu dari awal, temankan masa bersiap n nikah, Dilla, Shita, Nora, Kak Ceda, Kak Lynn, Ima, Echah, Fiza, Kak Suria, Wani Penang, Abg Shaukhi etc etc.. Tak dilupakan keluarga kedua2 pihak n semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak..

Credit to Zaidi n Azhari dari Teratak Karya utk gambar2 di Kedah dan Qaiyum dari LurveMoment utk videografi di Kelantan.. Malu sbnrnya nak tunjukkan video ni tp layankan je la:P














Thursday, December 17, 2009

Lagi Gambo Kawen

Assalamualaikum..... Lama betul x updet.. Aku masih lagi kat umah mertua ni.. Esok turun KL, pastu ke Cameron, pastu balik Kedah sat, pastu stay kat KL seminggu sblm balik semula ke Sarawak.. Setiap hari adalah penat sbb asyik berjalan2 ke umah sedara mara je.. Kenalkan menantu kaedahnya.. Tp best sbb si menantu x balik dengan tangan kosong.. Ada je kain pasang, kain batik atau tudung yg akan diberi oleh tuan rumah yang dikunjungi.. Makcik sukaaaaa :D

Btw gambo utk majlis kat umah aku (turqoise) masih belum siap diproses oleh encik fotografer, so aku masukkan sekeping dua je la dulu.. Tpnya gambo majlis di Klate (dark purple) udah siap jadinya aku masukkan yg tu la byk sket k.. Utk lebih gambo sila lawati web rasmi fotografer kami http://lurvemoment.com/

Walimah di Baling, Kedah

Majlis Kesyukuran di Kota Bharu Kelantan

Keluarga Pengantin Perempuan

Keluarga Pengantin Lelaki

Outdoor kat tali air depan umah

Sejak dah tua2 ni, ni la baru skali dpt kena dukung :D

Videografi @ Tmn Tengku Anis

Outdoor @ Pantai Melawi

Kilauan Cinta Panahan Asmara :P

Tain dan Peah.. Sungguh x leh blah.. hahaha

Smlm dpt satu berita gumbiraa... Org kata rezeki kawen.. Nnti la i bgtau, stlh dpt confirmation pihak berwajib.. U all jgn buat andaian rambang ye tentang berita gumbiraa i ni.. heheheh

Thursday, December 10, 2009

Kasihmu Amanahku

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya