CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, December 10, 2009

Kasihmu Amanahku

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya



7 comments:

areknee said...

TAHNIAH cik wani & suami! Semoga kekal hingga akhir hayat =D

p/s: sori xdpt hadir, hari yg sama osmet sy kawen juga kt KL ni.. sy dpt undangan 4 majlis pd ari yg sama tp dpt g 2 je T___T

Anonymous said...

selamat pengantin baru tuk wanie dan hazar..sori akak tak dpt dtg sbb ada kursus umrah..maafkan akak yer dik.. klu sempat singgah la umah yer.. - kaksp. (note:klu xsilap tu lirik lagu inteam kan..masa tu suhaimai dgn inteam lagi...sori klu salah)

Nurul said...

tahniah..u look gorgeous..really..semoga rumah tangga yang dibina akan sentiasa disinari Nur Islam..Amiin...

Sufi Idany said...

Tahniah....sorry i tk dpt nak penuhi undangan itu..... apapun i doakan yang terbaik utk both of u..... semoga kekal ke hujung usia.... Amin.

zakzak said...

Tahniah atas pernikahan. moga selamat hingga ke akhir hayat.
dan moga dapat cepat balik ke semenanjung berada di sisi suami :)

cik S said...

ayat org dah kawen hehehe....mentang..lol..congratz again ..sorry ngak bisa dtg :P

Azwani Shaari said...

to all: thanks utk semua ucapan dan doa.....:D