Memandangkan ini tahun pertama saya maraikan hari lahir My Hazar sbg suami isteri, maka otak saya telah bekerja keras mencari idea untuk membuat kejutan kepada beliau.. Pada mulanya saya ingat nak amik tiket balik KL hari Jumaat tu, tp saya sendiri terkejut dgn tiket yang mahal gila.. Hahaha..
Ok, pastu cadangnya nak panggil delivery service je buat penghantaran pape ke rumah dia, tp mcm susah gak.. Even Pizza Hut n segala fast food tu pun, charge nya kena bayar lps derang hantar barang.. So pikir punya pikir, tergerak hati nak contact Cikgu Izwan, rakan sejawatan My Hazar.. Tu pun sebbaik add dia kat fesbuk.. Alhamdulillah, Izwan sanggup bekerjasama, aku je la rasa mcm dah menyusahkan dia...
Plan asalnya, Izwan akan dtg ke rumah sewa My Hazar (for whatever reason) n bawak skali kad ucapan yg direka khas, majalah PAMA, slices of Banana Choc Cake n Pizza Hut.. 2-3hari sblm celebrate, kad ucapan dah selamat sampai ke rumah Izwan, so tinggal nak beli 3 benda2 lain tu je la.. Aku ni punya la riso kot2 My Hazar ada agenda lain Jumaat malam tu.. Rasanya byk kali aku tanya dia, apa plan hari Jumaat ni.. Katanya lepak umah je, so rasa selamat dah.. Skali Khamis tu, Izwan bgtau yg My Hazar nak pi menembak..(shot gambar mlm Thaipusam).. Adeh laa, mcm nak rosak program je ni...
So Khamis mlm tu, aku tanya My Hazar lg n persuade dia supaya xyah g dan beliau pun membatalkan rancangannya.. Yeaayy! Settled satu problem.. So mlm yg ditunggu2 pun tiba.. Lps Maghrib tu My Hazar call spt selalu tp kali ni kejap je call, nak kuar ngan Izwan katanya.. Siap nak iron seluar segala bagai.. Hehehe, kesian pulak aku dengar time tu.. Free je kena kelentong ngn Izwan.. His housemate, Armizi lak aku dah called n pesan supaya stay kat umah je mlm tu..
Dipendekkan cerita, My Hazar pun turun jumpa Izwan n terkejut tgk Izwan dah tapau Pizza, tp dia xnak cerita sapa yg bagi Pizza tu.. Soh tgk dalam kad, katanya.. Kad tu plak dah stapler so x dpt la bukak terus.. Naik je rumah terus terharu la encik suami bila tau sape punya agenda.. Dia betul2 x sangka, aku akan berpakat ngn Izwan sbb mcm xde kaitan pun kan.. Habis2 kuat dia ingat aku akan soh orang pizza tu je hantar..
Pastu baru la terbongkar cerita sesama mereka.. I am lucky enough sbb My Hazar bukan si pencemburu buta yang berkemungkinan akan syak wasangka sbb aku dah contact kawan2 dia di luar pengetahuan dia.. Geng2 bujang pulak tu.. Hehehe.. I luv U sayang... Another 5weeks+ to go... Sungguh x sabar nak jupe bantal pelukku ini.. ;)
Saturday, January 30, 2010
Happy Birthday S A Y A N G
Posted by Azwani Shaari at 11:34 AM 10 comments
Labels: L.O.V.E
Wednesday, January 27, 2010
Thursday, January 21, 2010
Pre loved Chiffon Azkia
1) Baju Kurung Chiffon Azkia Intan
Description : Fully lining chiffon
Size: M, Shoulder: 14 - 14.5, Bust: 38, Waist: 35, Hip: 40-42, Length: 31-33, Sleeve: 21-22
Condition: Very Good. Worn 2 times only. (For nikah + outdoor)
Retail Price : RM180
Selling Price : RM130 only! (including postage + FREE kain putih jahit sendiri utk pakai nikah ala2 duyung x brape nak duyung..)
Status : SOLD to neena
Set kurung chiffon azkia
Ada kotoran n kesan pen sket, tp x effect sbb bahagian atas kain..
Description : Chiffon fabric + small awning + beads (warna putih, beads pun putih..)
Size: +- saiz tudung bawal
Condition: Excellent.. Wore a couple of minutes only.. (just utk amik gambo banner kawen)
Retail Price : RM70
Selling Price : RM50 (Postage Included)
Status : SOLD to zue..
3) Tudung from http://ilurvefashion.blogspot.com/
Description : Chiffon fabric + small awning + beads (warna krim, beads merah..)
Size: +- saiz tudung bawal
Condition: Good (wore 2 times only)
Retail Price : RM70
Selling Price : RM45 (Postage Included)
Status : Available
Gambo guna camera henset je ni..
So, sila la melawati mereka di http://norazwarehouse.blogspot.com/
Posted by Azwani Shaari at 7:48 PM 10 comments
Labels: Iklan
Monday, January 18, 2010
Hutang Budi di Bawa Mati?
Fobia x kalo org hutang duit kau tp x bayar balik? Lg fobia kalau kau ni jenis yang segan nak mintak balik duit tu kan.. Hehehehe.. Pernah lah jugak alami peristiwa2 mcmni dahulu kala..... Paling psiko kalo kena time kita still student lagi... Even org pinjam dlm amaun yg kecik pun, sure teringat2 je duit tu kalo org tu lupa/buat2 lupa nak byr.. Kejadian slalu berlaku, kalo nak pi makan n kawan order soh tapau tp order pakai air liur je.. Pastu bila dah beli, lupa pulak nak byr.. Aihhhh, memang tensyen sampai tahap malas nak amik order lagi....Ataupun situasi 'eh pakai duit ko dulu ek, nnti aku bayar' mmg kadang2 mengundang amarah dan sumpah seranah dalam hati...
Lalu.....adakah kita menyalahkan takdir sbb dapat kawan yg mcm tu atau kita cuba selak Al Quran kerana di dalamnya sudah menerangkan adab2 berhutang yang kita malas atau xnak ikut (aku pun baru je jumpa) Mari kongsi2...
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, meka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tak ada dua oang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya.
Baru baca separuh, terdetik dalam hati, 'takkan hutang sket2 pun nak tulis gak kot..'
Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu'amalahmu itu), kecuali jika mu'amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Surah Al Baqarah ayat 282)
Indahnya agama yang satu ni.. Adab2 berhutang pun ditulis dengan jelas, samada kita nak ikut atau x je.. Kalo taknak ikut, jgn komplen pape la kalo dpt penghutang jenis liat bayar... Tp aku cadangkan, kalo kau ada ramai kawan jenis suka pinjam duit ni, baik ko printkan ayat tersebut diatas beserta terjemahannya dan soh org nak pinjam duit tu baca dulu.. Pastu buatlah perjanjian secara maaruf... Wallahualam :)
Posted by Azwani Shaari at 10:29 PM 5 comments
Labels: Tazkirah
Wednesday, January 6, 2010
Selamat Tinggal Kulit Bermasalah (Chewahhh)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
InsyaAllah itulah destinasi honeymoon kami kali ke 2 nnti =)
Posted by Azwani Shaari at 12:37 AM 8 comments
Labels: Cik Wani the Winner