Thursday, February 28, 2013
Project Listen - Prudential
Posted by Azwani Shaari at 2:08 PM 0 comments
Labels: Cik Wani the Winner
Tuesday, February 26, 2013
Monday, February 25, 2013
Kenapa saya memilih VCO?
Sebelum dapat Hadif, aku mmg sungguh2 usaha carigali ilmu belajar tentang breastfeeding.. Itu mmg subjek utama.. Alhmdulillah, Allah mudahkan, dapat fully bf Hadif sampai umo 2thn.. Now masih bf cuma dah campur dgn fm & fresh milk.. By the time umo Hadif dalam 11bulan, aku berkenalan secara serius dengan dunia Cloth Diapers & Alhmdulillah kami lakibini xde mslh nak berlampin kain bagai ibubapa di zaman silam.. Hehehe...
Sampai la ke usia Hadif almost 2years, aku mula serius mencari gali ilmu natural remedy.. Dah taknak bergantung sangat dgn ubat-ubatan moden.. Aku percaya kalau kita istiqamah mencegah cara Islam + mengamalkan pemakanan sunnah dan menggunakan bahan2 yg natural, tu dah cukup utk kita kekalkan cara & gaya hidup sihat..
Dalam aku dok join parenting group kat internet, aku tertarik dgn BANYAK komen/testimoni mummies yang gunakan Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil - VCO) sebagai alternatif untuk merawat demam/selesema/batuk instead of pergi hospital telan PCM/ubat selesema/ubat batuk segala..
Aku lg percaya testimoni those mummies daripada testimoni yang agen2 pengedar barang2 tu cakap.. Org2 jual tu keluarkan testimoni mungkin untuk meraih kepercayaan bakal pelanggan, para ibu ni mmg xde berunsur keuntungan langsung..
Aku pun cuba la Minyak Kelapa Dara Asli keluaran Bio Asli ni.. Aku amalkan pengambilan 1 sudu pagi & 1 sudu petang kat Hadif.. Last dia flu masa birthday tahun lepas, sampai skrang Alhamdulillah baru skali je kena pulak.. Tu pun CNY baru2 ni, lama sngt 12jam dalam kereta balik Klntn.. Sblm tu berhujan2 kat Sgapore pun x kena flu.. Syukur pada Allah yang Maha Mencipta :) Sebelum ni kalau demam mesti kombo dapat selesema ngan batuk, skarang tidak lagi :D
Posted by Azwani Shaari at 2:40 PM 2 comments
Labels: H.E.A.L.T.H
Sunday, February 3, 2013
Azam 2013 (Nombor 3)
Yang syok Majalah Mami & Baby ni, office nya dekat je ngan skolah aku.. Hadiah2 kemenangan plak mmg depa soh amik sndri kat ofis, so mmg xde mslh la.. Kalo mcm PAMA, hadiah2 yang kena amik sendiri, jenuh jugak la sampai ke Sh Alam nak kena pegi..
Posted by Azwani Shaari at 4:59 PM 3 comments
Labels: Cik Wani the Winner
Friday, February 1, 2013
Azam 2013 (Nombor 2)
Sebenarnya x sesusah mana pun.. 1g hanya kira2 rm170+, boleh je kot time gaji setakat asingkan 4keping note rm50, pejam mata gi simpan 1g.. Ni dikira sbg simpanan jangka panjang la... Bukan simpan hari ni, sebulan lg nak korek balik tau..
Cuma masalah KFH ni ialah mereka tidak banyak cawangan.. Aku dulu mmg lamaaa dah berhajat nak bukak akaun tp tgk cawangan nya nunnn kena masuk KL merempuh jammed, jadi tertangguh2 la nak bukak akaun.. Balik klantan baru bukak.. Bila dah bukak akaun, nak deposit emas pun payah jugak la.. Kena tunggu balik klntn baru leh depositkan.. By that time ntah2 duit pun dah lesap guna utk benda lain.. Now dah ada cawangan kat Tmn Melati, area Pizza Hut Tmn Melati tu mmg la sangat2 menyenangkan.. Balik dari skolah boleh lajak terus naik MRR2 tu singgah kejap..
Harap2 aku istiqamah menabung emas.. Emas Hadif yang dah 6g tu pun aku kumpulkan sikit2 duit yang org dok sedekah.. Hadif ada akaun emas & tabung haji, so aku gilir2kan... Cukup RM150 aku masukkan ke tabung haji, pastu kumpul balik sikit2 bila cukup nilai 1g masuk KFH..(bila balik kampung atau jumpa kawan2 lama slalunya Hadif dapat la RM5/RM10 ke..simpan la jgn mak bapak pi guna pulak)
Nota 1: “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu”
Posted by Azwani Shaari at 11:18 AM 0 comments
Labels: $$$