CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, February 1, 2013

Azam 2013 (Nombor 2)

Setelah berazam untuk berjimat gila-gila dengan tidak membeli lampin kain untuk kesekelian kalinya, maka kita harus meletakkan target nak menyalurkan duit2 shopping CD tu ke mana.. Kalau dibiarkan lama2 dalam Maybank (gaji masuk sini) harus lah terrrrrronline shopping ke tempat lain plak.. Jadinya, x jimat jugak la kann...

Apa yang aku rancang utk kira RM200 sebulan budget beli CD/pampers tu? Ya kawan2, aku berazam untuk serius berdisiplin menabung ke dalam Gold Savings Account di Kuwait Finance House... Dalam erti kata yang lebih tepat, azam nombor 2 tahun ini adalah untuk menyimpan sekurang2nya 1g emas secara berdisiplin setiap bulan... Setahun udah ada 12g, 10tahun dah 120g.. 

Sebenarnya x sesusah mana pun.. 1g hanya kira2 rm170+, boleh je kot time gaji setakat asingkan 4keping note rm50, pejam mata gi simpan 1g.. Ni dikira sbg simpanan jangka panjang la... Bukan simpan hari ni, sebulan lg nak korek balik tau.. 



Gambar atas ni cara aku rekodkan simpanan emas tu.. Buat simple2 pakai excel saje, janji ada formula.. Tujuan merekod begini adalah supaya kita dapat mengetahui pergerakan harga emas supaya x beli emas time harga agak mahal atau mungkin x perlu beli emas banyak2 kalau harganya lebih mahal dari harga belian bulan sebelumnya.. Satu lagi tujuannya supaya kalau la terpaksa jual emas ni dlm masa terdekat, kalaupun x untung banyak, jgn la sampai rugi.. So, dgn adanya rekod begini, kita bleh semak harga jualan emas yg kita beli sblm2 ni... kalau tgk column bawah skali tu, just adjust harga buy back dan dpt tau dah untung atau rugi kalau jual skang... 

Kali terakhir aku survey psl akaun emas sblm bukak KFH ni, mmg KFH saje yang patuh syariah manakala yang lain (maybank, publicgold) adalah tidak patuh syariah.. skarang ni aku xtau la kot depa pun dah islamic..

Cuma masalah KFH ni ialah mereka tidak banyak cawangan.. Aku dulu mmg lamaaa dah berhajat nak bukak akaun tp tgk cawangan nya nunnn kena masuk KL merempuh jammed, jadi tertangguh2 la nak bukak akaun.. Balik klantan baru bukak.. Bila dah bukak akaun, nak deposit emas pun payah jugak la.. Kena tunggu balik klntn baru leh depositkan.. By that time ntah2 duit pun dah lesap guna utk benda lain.. Now dah ada cawangan kat Tmn Melati, area Pizza Hut Tmn Melati tu mmg la sangat2 menyenangkan.. Balik dari skolah boleh lajak terus naik MRR2 tu singgah kejap..

Harap2 aku istiqamah menabung emas.. Emas Hadif yang dah 6g tu pun aku kumpulkan sikit2 duit yang org dok sedekah.. Hadif ada akaun emas & tabung haji, so aku gilir2kan... Cukup RM150 aku masukkan ke tabung haji, pastu kumpul balik sikit2 bila cukup nilai 1g masuk KFH..(bila balik kampung atau jumpa kawan2 lama slalunya Hadif dapat la RM5/RM10 ke..simpan la jgn mak bapak pi guna pulak)

Nota 1: “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu”
(Surah At-Taubah: 34-35)
Nota 2: Zakat simpanan emas perlu dikeluarkan apabila cukup haul dengan nilai simpanan 85gram sahaja.. 

0 comments: