CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, March 25, 2013

Teknik Memanipulasi Kad Kredit

Masih ramai orang yang takut-takut untuk menggunakan kad kredit.. Alasan yang paling biasa didengar ialah takut tidak mampu berdisiplin menggunakan dan membayar.. Takut jugak bila lambat bayar, interest yang dikenakan berlipatkaliganda..

Mari aku kongsi teknik utk kita pulak memanipulasikan kad kredit, jangan sampai syarikat kad kredit yang memperkotakkatikkan kita :D

1. Gunakan untuk mengisi minyak.. Aku slalu isi full tank rm70+, point yg dapat 5x ganda penggunaan biasa.. Maksudnya kalau isi minyak rm70, dah 350 point dapat.. (Rujuk kpd kad kredit Ikhwan Islamic Maybank & isi minyak di petronas)

Kelebihan guna kad kredit utk isi minyak ialah, korang xpayah meninggalkan kereta utk ke kaunter.. Kan dah banyak insiden kecurian/rompakan berlaku bila tinggalkan kereta.. Kalau nak elakkan kecurian bagai, kena la matikan enjin & kunci kereta dulu, baru g kaunter.. Leceh jugak, kan? ;)

2. Masa pindah rumah haritu, aku mmg dah budget a few thousands nak spent beli set sofa, katil, tilam, fridge, air cond, kipas, lampu etc.. Instead of bayar guna duit cash yang ada tu, bayar la dgn kad kredit.. Dah berapa ribu riban mata terkumpul.. Cumanya, jgn la duit cash yg beribu2 dlm bank tu korang guna utk berpoya2 pulak, kasi byr perabih la itu kad kredit..

3. Beli barang dapur, servis kereta, makan2 kat luar, shopping pun semua aku guna kad kredit.. Selain x perlu bawak cash dgn banyak (mengurangkan risiko kerugian dirompak), dapat jugak mengumpul mata ganjaran..

Best sangat ke mata ganjaran kad kredit tu? Dapat beli apa je pun? Ok, meh nak show off, sepanjang kami laki bini guna kad kredit semenjak 2008 (suami), 2009 (aku) ni antara benda yg kami dah redeem: 

Panasonic DVD Player S48 worth RM200+ 
Ear Thermometer worth RM70+
Jam Adidas worth RM150
Alpha Water Heater worth RM489
Philips Garment Steamer worth RM349
 Electrolux Vacuum Cleaner worth RM450

Vacuum cleaner tu yg terbaru.. Baru semalam redeem kat SengHeng.... Rekod setakat menjadi pengguna tegar kad kredit ni, kami belum pernah dikenakan caj kecuali yang RM50 setahun tu... Mari kita manipulasi kad kredit :D

Thursday, March 21, 2013

The Making Of.............



Alhamdulillah, syukur pada Allah yang Maha Memberi Rezeki... Moga perjalanan ini selamat hingga ke hujungnya.. Banyak lagi ilmu yang belum aku pelajari sebagai persediaan untuk menjadi ibu (buat kali ke-2)..

1st pregnancy dulu:
* Ilmu penyusuan susu ibu sepenuhnya (misi berjaya, Alhamdulillah)
* Pemakaian lampin kain (berjaya selepas usia Hadif 11bulan sehingga sekarang)
* Memilih barang2 ibu dan bayi (jenama breastpump & botol susu, kriteria baju newborn, set penjagaan berpantang, vitamin semasa pregnant, jenama mandian baby etc)


Sekarang 3 perkara kat atas ni, mungkin aku akan ketepikan dulu buat sementara waktu ni.. Cuma last2 nnti mungkin kena refresh balik kot2 ada penambahbaikan.. 

Jadinya, target utk 2nd pregnancy adalah untuk mengumpul ilmu berkenaan:
* Vaksin dan imunisasi
Ya kawan2, selama ni aku bawak anak untuk jadual imunisasi secara membuta tuli.. Secara ikut ikutan.. 


     #Kenapa bawak anak g cucuk? 
     @Eh memang kena cucuk la, nurse dah bagi schedule..
     #So, apa tujuan vaksinkan anak ni?
     @Nak bg perlindungan dari penyakit2 tertentu la.. Hep B, Tibi, Campak, Rubella, Tibi etc etc
     #Jadinya kalau dah vaksinkan anak ni, mmg 100% terjamin ke anak xkan kena penyakit2 tu?
     @Tak sure plak, kalau kena pun kesannya x seteruk kalau x amik vaksin kot..
     #Ada side effect x?
     @Hurmm, x pasti jugak..
     #Apa bahan2 yg digunakan untuk buat vaksin tu? Selamat & Halal x bahan2nya?
     @Haah kan, x terfikir plak nak tau kandungannya.. Apa benda ek?
     #Pernah dapat penerangan dari doktor/nurse x tentang adverse effect setiap vaksin?
     @Tak pernah pulak diterangkan & x pernah pulak nak bertanya..
     #Tau tak antara adverse effect dari vaksin termasuk la penyakit asthma, eczema & autisme?
     @Tak pernah tau jugak..

Seeeeeee.. Betapa jahilnya aku seorang ibu yang mengikut telunjuk membuta tuli.. Tengok betapa banyaknya aku menjawab 'x pasti', 'x sure', 'kot', 'x pernah tau', 'xpernah nak bertanya' etc..

Aku tak kata vaksin itu x baik atau baik.. Korang kena cari sendiri jawapannya.. Pilihan utk memberi vaksin atau tidak terletak di tangan ibubapa.. Setakat ni KKM x wajibkan pun imunisasi ni, cuma cara mereka meletakkan schedule tu seumpama ia sesuatu yg wajib, kan? Ye, aku pun terpedaya.. Kenapa mereka x wajibkan imunisasi? Sebab vaksin BUKAN 100% SELAMAT.. Ada adverse effectnya.. Gila kau nak wajibkan vaksin, nak kena saman dengan mak bapak yg anaknya kena adverse effect? Cuba mintak kat doktor/nurse, mintak nak baca 'insert / leaflet' vaksin.. Agak2 derang nak bg x? Atau depa pun x pernah baca itu insert.. Ye, aku pun x pernah baca sebelum ni, ni baru start cari.. Kat internet melambak rujukan, rajin atau x saje..

Dan, aku pun x pernah amik tau sebelum ni kandungan vaksin.. Tahukan anda dalam vaksin DtaP-IPV jenama Kinrix terdapat vero cells (monkey kidney)? Taktau kan? Aku pun asalnya xtau..

" Vaccine ingredients include heavy metals, pus from sores of diseased animals, horse serum, calf serum, faecal matter, foetal cells, urine, macerated cancer cells, sweepings from diseased children, formaldehyde (a carcinogen used in embalming fluid), phenol (a carcinogen capable of causing paralysis, convulsions, coma, necrosis and gangrene), lactalbumin hydrolysate (an emulsifier), aluminium phosphate (an aluminium salt that is corrosive to tissues), retro-virus SV-40 (a contaminant virus in some polio vaccines), antibiotics (e.g., neomycin tm) that lead to antibiotic resistance, chick embryo (as a growth medium for the virus), sodium phosphate (a buffering salt), and foreign animal tissues containing genetic material (DNA/RNA) from the growth medium. 

Vaccines are also contaminated with mycoplasma, bacteria, monkey viruses and various adjuvants. Heavy metals include thiomersal (mercury) as a preservative and aluminium as an adjuvant. Mercury and aluminium have each been proved to damage the brain and nervous system. In some cases, thiomersal has been replaced by another neurotoxin known as 2PE. Vaccines also contain monosodium glutamate (MSG), sorbitol, and gelatine. Many of these ingredients are not allowed for Muslims, Jews, Hindus or vegetarians."

Sumber: A. Majid Katme, MBBCh, DPM (medical doctor) Spokesman, Islamic Medical Association (UK) January 21, 2011

Cukup la aku share kan sedikit dulu.. Aku pun masih menuntut ilmu tentang imunisasi ni.. Tgh kumpulkan semua insert/leaflet, tengah cari bahaya setiap bahan, adverse effectnya etc.. '

Pendirian aku dan suami jelas.. Kami tidak mahu berkompromi mencegah penyakit menggunakan bahan yang merbahaya, najis dan haram.. After all, mencegah saje kan, bukannya merawat.. Aku percaya yg Islam ada menyediakan alternatif untuk mencegah penyakit2 ni (termasuk susu ibu, air zamzam, makanan sunnah, makanan organic etc) cuma kita je antara tau dengan tak.. 

Berubat dengan benda yang haram itu tidak dibenarkan, bahkan ia diharamkan kecuali dalam keadaan darurat. Ini jelas bersandarkan daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ad-Darda’ bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan dijadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu, dan jangan kamu berubat dengan yang diharamkan." (Hadis riwayat Abu Daud)

Imam Bukhari pula ada menyebutkan dalam shahihnya daripada Ibnu Mas‘ud:

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar (kesembuhan) kamu pada benda-benda yang diharamkan ke atas kamu." (Dikeluarkan oleh Bukhari)

Manakala dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada ubat yang kotor." (Hadis riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)..



Diriwayatkan dari Aisyah r.a, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda, 'Sesungguhnya Al Habbatussauda boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al- Sam, aku bertanya apakah itu Al-Sam.. Baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut.. Hadis riwayat Imam Al Bukhari..

If ada yang berminat nak join group Our Health Unvaccinated Child tu add aku kat fesbuk & pm utk join.. Nanti aku add kan...

Disclaimer: Aku bukan anti vaccine.. Utk Hadif pun aku dah lengkapkan semua imunisasi KKM.. Aku cuma berharap utk membuat informed decision selepas ni, xmau lagi setuju membuta tuli.. Wish me luck!

Tuesday, March 12, 2013

TQ NUFFNANG :D


Setelah bertahun2 berblog, baru la merasa income dari Nuffnang.. Walaupun sikit saje, tetap mahu bersyukur.. Rejeki jugak ni.. Rejeki tanpa perlu bersusah payah.. Sambil2 memang mau menulis blog, pacak je iklan nuffnang kat sidebar tepi ni.. Ada rejeki, ramai masuk, ada la income bergerak walaupun tidak sehebat blogger ternama..

Ni kira rejeki ke 3 tahun ni selepas Project Listen & Whoppee :D

Friday, March 8, 2013

Perjuangan Tamat (02092010 - 25022013)

 Perjalanan Bermula (02092010)

Perjalanan Tamat (25022013)



Tamat sudah misi menyusukan kanak-kanak kecil ku :(

Alhamdulillah, Allah beri rezeki untuk Hadif fully breastfed sehingga usianya genap 2tahun. Sepanjang tempoh tersebut saya gigih mengepam susu di tempat kerja tanpa gagal terutamanya pada tempoh 6bulan pertama ketika Hadif bergantung sepenuhnya pada susu ibu.

Genap usia Hadif 2tahun, saya mula memperkenalkan susu segar kepadanya. Reaksi Hadif? Kadang2 minum, kadang2 langsung taknak.. Pada ketika ini saya sudah berhenti dari kerja-kerja mengepam dan menguruskan EBM. Kurang satu kesibukan di tempat kerja dan kesibukan di waktu pagi menyiapkan cooler bag untuk ke sekolah dan ebm ke rumah pengasuh.

Selepas melepasi usia 2tahun juga, saya dan suami mula berbicara dengan Hadif, menerangkan tentang dia yang telah besar, dah jadi big boy x boleh lagi minum susu mama, kena minum dalam botol/cawan.. Kadang2 dia angguk2 faham, kadang2 bila mood tak baik, x jalan jugak!

Saya pernah terfikir yang saya tidak akan memaksa kanak-kanak kecil ini berhenti, dan mahu biarkan dia berhenti menyusu dengan kerelaan sendiri. Juga saya merancang untuk tidak mengikut petua orang dulu2, letak sirap, asam jawa dll.. Namun, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan ;)

Dalam usia Hadif 2tahun 2bulan, saya pernah membuat percubaan meletakkan asam jawa pada nipple.. Hadif memandang dengan pandangan geli-geli tapi dia gigih jugak nak minum & berakhir dengan kerutan seribu di wajah.. Dia kemudian menutup baju mamanya dan berlalu dengan wajah sedih dan hampa. Ya! Saya tak tahan melihat wajah hampa seorang anak yang kemudiannya kembali semula kepada saya dan merenung sayu 'sumber kenikmatan' yang satu itu. Hadif melakukan cubaan kedua untuk menyusu tapi kecewa dengan rasa yang sudah berubah dan kesudahannya dia menangis sayu.. Drama sungguh nak wean-off toddler, tambah2 Hadif ni penyusu tegar.. Hadif kembali menyusu slps dia terfikir tips nk lap asam jawa tu dgn kain :P

Perjalanan menyusu diteruskan kembali tapi dah makin kurang.. Setiap malam saya akan bgtau Hadif yang dia dah x boleh menyusu lama2, menyusu hanya untuk baby2... Nampak tabiat dan kekerapan dia making berkurang.. Kalau sebelum tido, Hadif akan menyusu sekejap saja & akan berhenti apabila disuruh.. Kebiasaannya dia akan minum air masak sahaja selepas itu..

Sehingga lah detik 25 Feb 2013, pada mulanya saya cuba utk buat tak tahu.. Keraskan hati taknak bf & biarkan dia menangis.. Tapi....saya tidak tegar melihat dia menangis tanpa dia mengetahui puncanya kenapa dia tidak dibenarkan lagi menyusu.. Terpaksa guna cara lain pula.. Saya berulangkali menyatakan 'mama sakit' kepada Hadif dan meletakkan sedikit asam jawa.. Hadif cuba untuk menyusu satu kali dan terus menolak.. Katanya, 'Mama sakit... masam....' Ajaib sungguh! Dia langsung xnak menyusu lagi selepas itu.. 

Akibatnya..... Hadif demam 3hari.. Demam dan gelisah tidak lena tidur.. Dia tidak pernah menghisap pacifier, tidak mempunyai bantal busuk, tidak lagi tidur di buaian, jadi hanya memeluk mama sambil menyusu yang mampu menenangkannya.. Setelah tekad berhenti, Hadif nampaknya tidak berganjak.. Dalam demam yang kuat juga, dia tegar tidak mahu menyusu walaupun dioffer.. Hadif anak lelaki mama yang kuat.. Mama proud of you, sayang!

Dan sekarang, ketika entry ini selesai ditaip, dah lebih seminggu Hadif wean-off.. Segalanya back to normal.. Dapat la mama berehat lebih sikit.. Kalau sebelum ni, sambil drive ambil Hadif di rumah pengasuh pun dia akan demand mahu bf di dalam kereta, sampai sahaja di rumah, terus mahu bf tanpa sempat mama menyalin pakaian etc.. Sekarang keadaan lebih mudah dan terurus.. Cumanya, Hadif masih mencari mamanya setiap kali mahu tidur.. Masih mahu memeluk dan bergesel2 dengan mama.. Masih mahu tidur beralaskan lengan mama walaupun tidak lagi menyusu..

Tamat sudah satu perjuangan :D