CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, November 5, 2008

Nak buat report kopek hilang...

DUA gadis bersahabat baik dari Ipoh Perak; Leeya dan Zoera, pergi melancong ke Perlis Indera Kayangan. Sedang mereka bersiar-siar di Kangar, tiba-tiba mereka berdua ditegur oleh seorang lelaki pertengahan umur..

Lelaki: Cik adik! Kopek jatuh!

Leeya berbisik kepada Zoera: Kurang ajar betoi orang tua tu… gatai! Aku dah pakai saiz yang betoi tadi, baru beli pulak tu.

Mereka berdua terus berjalan laju meninggalkan tempat itu. Lelaki itu juga kelihatan cuba mengekori mereka.

Lelaki: Ooi! tunggu sat! Kopek ni…tak mau ka?

Leeya: Jom cepat Zoera, orang gila agaknya tu. Dahlah cakap bukan-bukan, dia kejar kita pulak tu.

Selepas beberapa ketika lelaki terbabit tidak mengekori mereka lagi. Kedua-dua gadis terbabit singgah di sebuah gerai. Di gerai berkenaan, Leeya mendapati dompetnya hilang. Mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan di balai polis.

Leeya: Saya nak buat report, beg duit saya hilang, sekali dengan lesen, kad ATM dan MyKad. Tak taulah, kena copet ke? Atau jatuh masa berjalan tadi.

Polis: Nak buat report kopek hilanglah ni ya?! Cik isi borang ni. Lain kali pegang elok-elok, kalau tak pun, bagi orang lain pegang.

Leeya: Maaf encik, encik kata apa tadi?

Polis: Saya kata tadi, kalau tak boleh jaga, bagilah orang lain pegang kopek tu. Biar dia yang simpan.

Leeya berbisik kepada Zoera: Pak Cik Polis ni pun sama. Tak padan dengan dah tua, nak menggatal lagi. Ada yang kena pelempang karang ni.

Zoera: Bagilah pelempang tu, tapi kalau kau masuk lokap, aku tak nak jamin.

Setelah selesai mengisi borang, Leeya menyerahkannya kepada anggota polis yang bertugas itu dengan diiringi jelingan geram.

Polis: Oo! Ni Cik Leeya binti Azhar ya?! Tadi ada orang dah jumpa dan serah pada kami. Ni ha kopek Cik Leeya. (Sambil mengunjukkan dompet).

Leeya: Laa! Kopek tu dompet ke? Ingatkan benda tu tadi. Patutlah tadi ada orang terjerit-jerit sebut benda tu. Ingatkan orang gatal nak mengurat. Kesian abang bermisai tebal yang kejar kita tu tadi kan Zoera. Menyesal pula rasanya.

"Kopek membawa tiga makna mengikut kawasan dan konteks penggunaan. Pertama bermaksud dompet duit atau uncang menyimpan duit. Penggunaan untuk maksud ini meluas di kawasan utara Semenanjung Malaysia yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Yang kedua pula bermaksud payu dara. Bagi maksud ini, ia digunakan secara meluas di negeri lain terutama Perak (kecuali Perak Utara) dan Kelantan. Dalam situasi formal dan dalam bentuk persuratan formal, perkataan ini tidak digunakan. Perkataan ini juga membawa makna ‘mengupas’, iaitu seperti mengupas kulit buah-buahan."


Sebagai org utara, saya pun menggunakan word kopek dlm konteks beg duit.. Contohnya kecik2 dulu (masa belum familiar perkataan phurse/wallet), kalo di suruh ke kedai membeli barang, saya akan bertanya pada mak, 'mana kopek duit mak?'

Tapi mcmana plak hantu kopek? Huhuhuhu.. Lu Pikir La Sendiri..

Nota kaki:
Penulis ialah Prof Madya Dr Nor Hisham Osman, Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM).

9 comments:

blokdrive said...

satu peringatan utk aku nih.. kena biasakan diri sebut dompet.

PakciQue said...

Hahaha..hantu kopek tu akan datang bila kau main sorok2 walaupun waktu maghrib dah masuk...Siap lah kau..

z|Ha_J said...

pakcique penah kena ker???

PakciQue said...

Tak pernah...sebelum jumpa hantu kopek...jumpa hantu tali pinggang dulu...jadi..baik baik sebelum kepala tali pinggang hinggap di belakang..

Tapi, kalu jumpa..xbalik pon xpe..ahakz..

nur'ain said...

ekekekekekek.

haihh... :))

13may said...

lelaki pun selalu hilang kopek :D

cepotet said...

wakakakaka. comei la entry ni. teringat zaman kita sekolah dulu kan.

kalau kawasan ana, kopek tu macam kopek buah. sekali masa jumpa sheila, tetiba dia sebut kopek tu sebagai beg duit. ah, rindu sekolah. :p

syida said...

he2..den pon bru tau r psl 'dompet' 2..TQ

Azwani Shaari said...

to blokdrive:
encik saad masih sebut kopek kah? biaq betui.. hehhe

to pakcique:
skang dah xde hantu tali pinggang kan? so, kuar la time maghrib kot2 rezeki nak jupe hantu kopek tu..hahaha

ziha:
pakcik x pernah kena, tp dia nak sngt jumpa antu kopek tu.haha

nurain:
:D

13mei:
hilang kopek kosong xpe, kalo byk duit, kad bank, ic bagai..adeh laaa..

cepotet:
hehehe, kopek buah bleh.. kopek duit pun boleh :D

syida:
haaaa..kan betul.. sure ada yg x tau psl kopek duit ni..