CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, June 27, 2013

4D Scan

Susah jugak rupanya nak mencari tempat nak scan 4D.. Asalnya plan nak scan kat GMC.. Bila baca kat FB derang, katanya boleh walk-in saje.. Maka kami sekeluarga pun walk-in berlenggang kangkung aje la.. Tetiba di kaunter, katanya kena buat appointment, dan doktor pakar utk scan 4D hanya ada hari Isnin & hari apantah sehari lagi, tu pun waktu pagi.. Aishhhh, mmg x boleh la pagi, mak keje nak..

Beralih ke Klinik Fazilah di Pinggiran Batu Caves.. Katanya sebulan ada sehari je slot utk scan 4D.. Slot utk bulan Jun pun dah lepas, kena tunggu mid July.. Owhhh lambat nya, x jadi jugak la... Next.........

Pergi ke Prima Sri Gombak, mmg tiap2 hari boleh scan 4D, lupa nama klinik dia.. Tapinya, doktor lelaki la pulak... Doktor perempuan yg in charge bahagian scan 4D sblm ni udah berenti koje... Pulakkkkk....

Esoknya walk-in pulak ke Klinik Medina yg glemer di Taman Melati tu.. Mak aihhhh, tgk buku appointment dia, ada la dalam 15orang sehari menanti giliran.. Tiap2 hari adalah PENUH sehingga pertengahan July jugak... Parking jugak la nama dlm buku tu, tp still mencari alternatif lain yg boleh scan cepat..

Called Klinik Umra, Sh Alam.. Appointment utk weekend tu dah penuh, tinggal weekdays je.. Tak best jugak ni weekdays nak berkejar ke Sh Alam yg jauh dan bakal mengundang jammed tu.. Kensel la jugak :(

Last2 cari kat internet.. Yang 1st tu slot cantik dah, hari Ahad kat Kepong, tapi sonographernya kok lelaki pulak! Yang 2nd pulak, Alhamdulillah ada slot kosong hari Ahad kat Klinik Umra Sh Alam tu, dan sonographernya wanita, Ms Jezlyn.. Legaaaa :D

So, di pagi Ahad tu gerak ke Sh Alam, sampai ngam2 time appointment  10.40am.. Tapi, ntah bagaimana lambat pulak dapat turn.. Aku syak, org yg sebelum2 aku tu lambat datang or lama sangat satu sesi sampai masa udah beranjak.. Dalam 11.30am jugak kot baru dapat turn.. Ms Jezlyn tu ok, peramah & sabar tunggu little baby tunjukkan muka cantiknya.. Hehehe.. Jgn tak tau, dia ada polisi, kalau baby x tunjukkan muka, 4D scan dikira percuma tau.. Padan la dia sabar pujuk2 baby suruh tunjuk muka kat mama, baba & abg Hadif.. :D

Bayarannya? RM120 per sesi, siap consultation + sekeping gambar yg di cetak + sekeping CD 3D+4D.. Ok la harganya, still reasonable.. Yang paling best, gender reveal! Alhamdulillah.. Walaupun Ms Jezlyn confident 100% baby ialah _________, aku tetap meletakkan sedikit redha jika sebaliknya.. Kuasa Allah kan boleh mengubah segalanya, tapi harap2 kekal la result scan ni :D

Baby pejam mata la.. 

Pandangan sisi.. 

Menguap plak.. Ngantuk eh? :) 

 Gender reveal! 

2 comments:

Jason Statham said...

Everyone makes a deposit of 2 dollars per draw, like 6/49 lottery in Ontario. keputusan 4D hari ini

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic. com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.