CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, June 22, 2013

Pregnant Massage @ Piu Pura Spa

Saya memang suka diurut.. Dari dolu2 lagi.. Zaman blajar dulu xde duit nak upah org mengurut terpaksa suruh adik aku Mimi urutkan.. Siap timing masa berapa minit sbb nnti kena balas urut dia balik.. Chaitt.. Hahaha

Betul2 mengurut masa kat Sarawak.. Makcik Sulu & anaknya mmg tukang urut yg best.. RM35 utk 45-50min.. Mmg hampir setiap bulan pasti akan pergi kedai Makcik Sulu ni.. Dia mmg ada sijil mengurut & tau teknik urutan yg betul.. Masa dah pregnantkan Hadif pun still mengurut setiap bulan kat makcik ni atau anaknya..

Bila balik kampung lg best, tukang urut kat kampung kan murah2.. Kalau kat Kedah 3 sesi urutan baru RM50.. Kat Klntn pun skali mengurut baru dalam RM25 gitu.. 

Kat KL plak payah sket nak cari tukang urut berdekatan.. Rezeki kot, terbaca iklan tukang urut dalam peti surat & kakak tu boleh datang ke rumah.. Lagi la best.. Malas sebenarnya nak kluar2 rumah gi massage ni.. So sempat la banyak kali jugak kakak ni datang ke rumah.. 1jam RM50 upahnya.. Sampai le nak mengurut baru2 ni dia dah x dpt mengurut.. Jaga suami yg sakit.. 

Ni baru nak mula kisah berkenalan dengan Piu Pura Spa... Ada kawan kat facebook PM bgtau pasal spa ni & depa boleh mengurut pregnant mommy.. Wahhh, mmg teruja la nak try.. Tempatnya pun x jauh sangat dari rumah.. So PM ke fb Piu Pura ni utk buat appointment.. Dapat la slot hari Khamis lepas..

So, lepas skolah gerak ke Jln Genting Klang & sampai ke PV128 ni ngam2 je jam 3pm spt yg dijanjikan.. Melilau jugak nak cari kat shop lot atas tu sbb Piu Pura xde signboard besar mau tgk.. 

Cadangnya nak buat pedicure skali tp masseuse tu x berani dah nak buat sbb mata dia ada problem sket.. So buat full preggy massage saje.. Owhh mmg sangat best la ini masseuse.. Dia mmg ada pengalaman 15tahun mengurut & boleh jugak jadi confinement lady..

Mula2 masuk tu rasa x best jugak.. Sbb baru balik keje, badan pun rasa melekit2 je, x syok plak nak bg org mengurut.. Mujur la masseuse tu offer pergi mandi dulu sblm mula mengurut.. Satu nilai tambah di situ.. 

Nilai tambah ke-2, dia urutkan kita sambil selimutkan whole body & hanya menyingkap bahagian2 yg dia nak urut saje.. Pernah pergi spa yg x provide towel/blanket tau.. Hampir naked, cissss..

Urutannya terasa tapi x menyakitkan.. Kebanyakan tukang urut ni akan suruh pregnant mommy duduk utk urut belakang badan... Takkan nak meniarap, ye dak? Tapi masseuse ni letak kita dlm posisi mengiring sambil peluk bantal peluk.. Orangnya pun x banyak cakap, mmg boleh berehat sepuasnya sambil diurut, siap boleh tido.. Pernah je diurut oleh tukang urut yg bercakap non stop.. Kita dah pejam mata pun dia ajak bersembang lagik.. Huhuhu.. Jadinya, mendapat masseuse yang tak banyak cakap dan memahami customer mau rehat adalah nilai tambah ke-3..

Habis mengurut dijamunya air pulak.. Biasanya dia akan hidang ginger, tp utk pregnant mommy dpt air suam saje.. Jadiklaaa.. Hihi..

Ingat nak sign up jadi member, lg berbaloi2 harganya.. Tapi tak banyak pakej yg sesuai utk pregnant mommy, so abaikan dulu hasrat nak jd member..

To all ladies, drum scroll pleaseeee........ :D

Offer paling menarik sekarang spt di bawah:

GIRLS DAY OUT SPA PARTY PACKAGE , you will be having the following :
1-Foot spa ( Ramburi’s relaxing mint foot bath)
2-Body scrub or FIR Sauna or Milk Bath
( choose one )

3-Full Aroma Therapy body massage
Complimentary mouth-watering cake & tea!
for RM58 only (per person)

Boleh tgk facebook mereka: PIU PURA 

Murah sangat2 oke?? RM58 dapat semua di atas tu.. Jom2 sapa nak ber hoyeh hoyeh sila bawak kawan2 minimum 3pax saje..


Ni peta nak gi Piu Pura

Interior dan bilik2 rawatan :)

Setakat ni mmg puas hati dan mereka layak dapat iklan percuma di sini :D

3 comments:

Scorpio Warrior said...

Makcik sulu tu dok area mana ye kak. bole mintak no fon dia?

Azwani Shaari said...

awak tinggal kat mana? makcik sulu tu kat lawas, sarawak..no fon dia mcm dah missing...

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic. com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.