Entry sebelum ni, El-Asyfa yang Mama Rindu ditulis pagi Jumaat.. Tgharinya pulak, dapat panggilan telefon dari NICU mintak mama siapkan baju & keperluan untuk room-in dengan Asyfa di Recovery Room, NICU.. Alhamdulillah, syukur dan teruja sangat2..
Nurse mintak mama bagi EBM kat Asyfa.. EBM yang dicampur dengan susu S24 utk boost kalori Asyfa agar cepat berat badan naik.. Masa tu berat Asyfa baru 2.75kg.. Mama juga diajar untuk timbang dan catitkan berat diapers Asyfa setiap kali lepas ditukar..
Asyfa dah x bergantung kepada sebarang mesin ataupun ubat masa tu.. Cuma dipantau untuk pastikan berat Asyfa naik & Asyfa jugak ada jaundice sket.. Malam 1st jaga Asyfa, mama bg jugak la EBM sekali.. Kena bg dengan jumlah 70ml.. Asyfa plak minum x habis.. Rugi plak rasa, EBM yg dah dipanaskan tahan sejam je.. Last2 skali tu je bg EBM,selebihnya mmg direct feed je.. Asyfa sangat pandai menyusu.. Sama mcm Abg hadif dulu..
Berpantang di hospital adalah sangat2 x seronok.. Mujur dah hari ke 24 masa tu.. Kesian siapa yg lepas deliver terus kena warded kat NICU tu. Dengan sejuk air cond yg menusuk tulang temulang, katil yg tinggi, makanan pun x berapa nak panas.. Huhuhu.. Pape pun, bersyukur adalah sebaik2 perkara ;)
5 hari mama & Asyfa 'bertapa' kat Recovery Room ni.. Selasa petang baru dapat balik rumah.. 5 hari di sana, berat Asyfa Alhmdulillah makin naik, walaupun mama x campur dgn formula milk yg dicadangkan.. Actually, doktor prescribe appeton jugak kat Asyfa, tp mama yg makan itu appeton.. Hanya dengan breastmilk, syukur berat Asyfa naik dari 2.75kg - 2.81kg - 2.82kg - 2.87kg.. Takpe la, naik sikit2 pun.. Lagipun Asyfa berselera je minum susu, every 2/3 hourly..
Dlm laporan doktor, Asyfa dirawat sbg pesakit Persistent Pulmonary Hypertension of the Newborn (PPHN) dan Nosocomial Pneumonia.. Mama google cari info berkenaan penyakit ni sblm doktor pakar round ward.. Kebetulan pakar yg datang haritu mmg pakar gred Jusa, mama tanya perkembangan Asyfa dan penyakitnya.. Menurut apa yg mama baca, PPHN boleh memberi long term neuro effect.. Bila ditanya kepada doktor pakar, katanya PPHN Asyfa dah settled.. Jika ada pun sebarang long term effect, ia adalah disebabkan keadaan Asyfa yang sangat2 tenat ketika dimasukkan ke NICU.. Even sbnrnya doktor pun x letakkan harapan yg tinggi utk Asyfa survived masa tu..
Kesan penggunaan mesin oksigen yang paling kuat juga mungkin menyebabkan paru2 Asyfa tak sekuat bayi lain.. Doktor cadangkan agar Asyfa tak dihantar ke nursery/day care dan elakkan dia daripada bercampur dgn bayi/kanak2 lain bg mengelakkan sbrng jangkitan.. Asyfa juga perlu dielakkan daripada berada di tempat2 yg sesak spt pasar malam dan travel utk perjalanan jauh.. Pendek kata, utk tempoh setahun awal ni, Asyfa perlu dielakkan daripada mendapat batuk atau selesema.. Jika Asyfa survived setahun awal ni, InsyAllah paru2 nya akan normal spt biasa..
Jadinya, lepas ni mama & baba dah start kena survey la, cari pengasuh yang boleh dtg jaga Asyfa kat rumah.. Atau mungkin jugak kena amik daily helper.. Seboleh2nya mmg nak elakkan daripada hantar Asyfa ke rumah orang melainkan kalau ada pengasuh yang boleh jaga Asyfa seorang je dan xde anak kecik kat rumah dia.. Bayaran, insyAllah boleh bincang.. Kalau pembaca yg budiman sekelian ada cadangan, boleh tinggalkan kat ruang komen ye.. Utk amik maid, rasanya x la kot.. Even boleh monitor guna CCTV, rumah ni sempit je pun.. x selesa plak kalau pakai maid..
Untuk sebarang komplikasi lain yg mungkin berlaku dan mungkin juga tidak berlaku, insyAllah kami akan terus konsisten berdoa utk kesejahteraan Asyfa, bersedekah juga utk Asyfa.. Mohon kalian terus doakan kesihatan bidadari kecil kami ya :)
Abg Hadif yg penyayang..
Nyenyak tidur..
Terima kasih atas semua yg mendoakan Asyfa.. Hanya Allah yg mampu membalasnya :)