CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, November 2, 2013

Asyfa Day 11


Td doctor called mintak mama & baba ke hospital.. Asyfa perlukan penambahan sel darah merah.. Doctor mintak mama dermakan darah untuk Asyfa.. Lps lunch dan bersiap2, mama & baba terus ke hospital untuk jumpa Asyfa.. Berdebar jugak dalam hati.. U know that kind of feeling, sangat la risau kalau dapat panggilan telefon daripada hospital :(

Sampai2 tu, nurse kasi jumpa Asyfa dulu sementara dia panggilkan doktor.. Mama teruskan salam untuk Asyfa dan ceritakan semua yang baik-baik.. Mama salurkan semangat dan aura positif supaya Asyfa akan terus kuat untuk berjuang.. Mama beritahu juga yang setiap malam Abg Hadif akan mintak mama ajarkan doa untuk dia baca kepada adiknya.. Moga puteri mama akan terus diberi kekuatan dan kesembuhan yang berpanjangan dari Yang Maha Pencipta.. Aminn

Walau dalam mata terpejam, Asyfa genggam erat jari mama.. 

 Asyfa dah mula bukak mata 2-3harini.. Alhamdulillah ya Allah..



Baba mengalunkan bacaan ayat2 Syifa kepada Asyfa.. Moga dapat menjadi asbab kesembuhan mu sayang..



Doktor bagitau yang sel darah merah Asyfa kurang sedikit daripada jumlah yang normal.. Probably disebabkan kekerapan darahnya di ambil akibat penggunaan mesin oksigen.. Bukan disebabkan apa2 penyakit.. Jadi doktor mintak mama dermakan darah untuk Asyfa.. Alhamdulillah jugak mama berdarah O +ve, universal untuk semua penerima termasuk Asyfa yang berdarah A..


Berkenaan mesin oksigen pula, perkembangan untuk 11 hari ini, Asyfa bermula dengan 100% bergantung pada mesin, dikurangkan kepada 70%, seterusnya 60% statik selama 3 hari, turun lagi kepada 40%, semalam 38% dan hari ini 30%.. Alhamdulillah ya Allah..

Berkenaan susu, hari ke 6 Asyfa diberi susu tapi dia muntahkan balik.. Terpaksa puasa balik beberapa hari sehingga kelmarin, smlm dan hari ini nampak positif.. Asyfa mula terima susu dan kuantiti semakin ditambah..

Terima kasih kepada semua yang tak putus2 mengirimkan doa buat Asyfa.. Yang menyalurkan semangat buat mama & baba agar lebih tabah.. Yang sentiasa bertanyakan khabar kami dan Asyfa.. Alhamdulillah dikurniakan keluarga, saudara mara dan rakan2 samada dikenali ataupun tidak yang sangat prihatin.. Hanya Allah yang mampu membalas budi baik kalian mendoakan puteri kami..

Ya Allah anugerahkanlah ke atas kami, wahai Tuhan kami, penawar kepada penawarMu, juga keberkatan daripada keberkatanMu, juga rahmat daripada rahmatMu, terhadap penderitaan-penderitaan yang dideritai oleh orang yang sakit, juga mereka yang lemah, dan sembuhkan lah, sembuhkan lah, sembuhkan lah Wan Nur El-Asyfa Binti Norazwani dengan rahmatMu ya Allah, wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.. Amin..

9 comments:

aidib2004 said...

semoga anak wani cepat sembuh. Harap wani dan suami tabah menghadapi ujian Allah ini.

Azwani Shaari said...

amin ya Allah :)

sophia said...

kak..gmbr2 membuatkan sy tkenang saat sy d beri dugaan. Smoga Allah mdgr n mmakbulkn doa2 kita seorg ibu yg mhadapi ujian Nya. Amin.

dalila said...

semoga Allah lindungi Asyfa dan beri kesihatan yg baik..In Sha Allah..

PwettyPearl said...

Alhamdulillah..hrp2 Asyfa trus sihat n sihat ok syg.. such a fighter. Mama n baba pun hrpnye terus dikurniakan kekuatan & ketabahn utk Asyfa, i love u baby..

Azwani Shaari said...

sophia:
tu la... kesian tgk kecik2 dah penuh wayar berselirat... ujian utk kita, pia..

dalila:
amin, tq atas doa :)

pwettypearl:
tq aunty.. mohon terus doakan asyfa ye :)

addinie fuad said...

Moga adik asyfa membesar sihat seperti anak2 y lain...alhamdulillah perkembangan semakin positif...semoga adik asyfa kuat dan terus berjuang....

Adam Haqimi said...

alhamdulillah,dah ada perkembangan..semoga terus tabah ye ibu dan semoga Asyfa cepat sembuh..

Azwani Shaari said...

addinid fuad & adam haqimi: amin ya Allah.. terima kasih atas doa kalian.. moga diperkenankanNya dan diberikan kesihatan yg baik kpd kalian juga.. amin