Alhamdulillah dapat melalui hari-hari berpantang dengan baik walaupun tanpa Asyfa disisi... Ingat lagi entry Confinement Lady (CL) ni? Mmg aku dah bayar deposit untuk amik pakej daripada Jemari Tradisional tu tapi memandangkan Asyfa belum balik maka terpaksa hold dulu itu CL..
Bila tiada CL dan berpantang di rumah sendiri, kehadiran encik suami dan 2 orang adik ipar adalah sangat2 membantu... Suami membantu menguruskan aku (cuci pad, sapu ubat luka, sapu gel pati halia, pakaikan bengkung, pakaikan stokin, angkut air herba mandian dan uruskan Abg Hadif).. Adik2 ipar plak tolong sediakan menu berpantang, settledkan urusan kain baju & kemas2 rumah.. Many thanks to them, Allah saje yang mampu membalasnya..
Ok, kali ni nak share resepi2 yang mudah dan berkhasiat serta sesuai untuk ibu-ibu berpantang.. Mmg menu yang simple tapi sedap.. Para suami yang x reti masak pun boleh try ni, super simple.. Ok, 2 menu dulu ye.. Entry yang lain nnt aku kasi menu lain pulak :D
Haruan Makan Anak Lada Hitam
A)
3 potong ikan haruan
B)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
lada hitam
C)
halia dihiris
sos lada hitam
garam secukup rasa
sedikit minyak masak
Cara Memasak:
++Bahan A dipanggang..
++Bahan B ditumbuk..
++Tumis bahan B dengan sedikit minyak masak..
++Masukkan sos lada hitam, garam dan halia..
++Masukkan sedikit air dan biarkan sebati sehingga kuahnya pekat..
++Salutkan kuah pada ikan haruan yang telah dipanggang..
Sayur Lobak Campur Pegaga
A)
1 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
lada hitam
B)
Lobak putih
Lobak merah
Pegaga
Halia
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak:
++Bahan A ditumbuk..
++Bahan B dihiris
++Tumis bahan A dengan sedikit minyak..
++Masukkan bahan B
++Masukkan sedikit air
++Jangan masak terlalu lama untuk mengekalkan kesegaran sayur..
Tips Masakan:
**Ikan haruan sangat sesuai untuk ibu berpantang kerana ia mampu melicinkan dan menegangkan kulit badan selain menyembuhkan luka dalaman dan luaran kerana kandungan protein, albumin, asid amino dan lemak yang ada padanya.
**Lobak putih dan pegaga menggalakkan penghasilan susu ibu
**Halia dikatakan mempunyai sifat yang panas dan kering. Dgn memakannya sepanjang tempoh berpantang dapat memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan membantu proses penghadaman.
Inilah confinement ladies aku yang sangat baik hati, pandai memasak, pandai menguruskan rumah tangga dan masih bujang trang tang tang.. Untung sapa dapat ni.. Hihihi..
0 comments:
Post a Comment