Alhamdulillah, selesai melaksanakan ibadah Aqiqah utk Dik Asyfa walaupun lewat setahun dari kelahirannya.. Kali ini menggunakan khidmat Ez Qurban saje... Kebetulan Ez Qurban ni pun x jauh dari rumah.. Tak jauh jugak dari Airpak Express (mmg slalu dtg sini utk pos barang)
Ez Qurban ni pemudahcara utk kita selesaikan urusan Aqiqah atau Qurban dengan cara mereka yang akan menguruskan pembelian haiwan2 yang akan di aqiqah atau di qurban kan, juga urusan mengagihkan daging pada yang hak.. Kebiasaannya, kos aqiqah atau qurban bersama EZ Qurban lebih rendah kerana mereka menguruskan ibadah ini di negara2 luar yang lebih miskin.
Menurut Ustaz Azhar EZ Qurban, beliau kupaskan pesanan Nabi S.A.W yang bermaksud: “Setiap anak itu tertahan dengan aqiqahnya, disembelih baginya hari yang ke tujuh, dinamainya dan dicukur kepalanya.” Ustaz huraikan perkataan “tertahan” tersebut. Ada tiga perkara yang mungkin tertahan iaitu:
Tertahan tumbesaran, kecerdasan, dan kesihatan anak tersebut;
Tertahan godaan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat (pandangan Ibn Qayyim); dan
Tertahan dari memohon syafa’at kepada kedua ibubapanya selagi belum di aqiqahkan (pandangan Al-Laith).
Jadinya, moh le percepatkan ibadah Aqiqah ni.. Jika nak buat bersama EZ Qurban, mereka boleh dihubungi di:
1) http://ezqurban.org/
1) http://ezqurban.org/
2) WhatsApp ke +6013 318 6984
3) emelkan ke ezqurban.adm@gmail.com
4) Laman Facebook EZ Qurban Sdn Bhd
0 comments:
Post a Comment