Alhamdulillah, satu majlis dah selesai sebelum saya berangkat ke Sarawak.. Flight saya 6hb Januari 2008 - 8.30am, KLIA - MIRI dan insyAllah saya akan bertugas di Limbang (dekat giler ngn Brunei)..
Back to the topic.. Saya dah pun bergelar tunangan orang (hanya beberapa hari sebelum ke Sarawak, huhu) Long Distance Relationship la nmpknya.. Harap2 kat tempat baru nnti dapat internet, 3G dan tak dilupakan bekalan eletrik dan air bersih, ameeennn.. Ok, mari lihat gambar berkata-kata..
Majlis ni simple jek, hantaran semua saya buat sorang diri, make up diri sendiri, baju tempah sendiri (thanks to Kak Ida yg memberi idea kreatif) n luckily En Palli datang bersama kamera canggihnya.. Kalo x, mmg xde la saya letak gambo, maklumla kamera saya cap ayam jantan jek.. Dah la cap ayam jantan jek, boleh plak rosak di hari pertunangan.. Adoiiii!
Thanks utk seluruh ahli keluarga yang bertungkus lumus menjayakan majlis.. Bak kata wonderpets, apa yg penting? kerjasamaaaa.. Apa yang penting? kerjasamaaaaaa.. Kami x besar dan kami x kuat, bila bekerjasama, semua jadi mudah! Hehehe..
To Mr Fiance, jangan nakal2 di KL yer..
Wednesday, December 31, 2008
Engagement Day (28122008)
Posted by Azwani Shaari at 10:24 AM 26 comments
Labels: L.O.V.E
Saturday, December 20, 2008
Berjalan, Melihat, Mentafsir
Assalamualaikum..
Lagu yang paling sesuai utk aku saat ini ialah Hikmah Kembara dari Mirwana.. 'Berjalan, bermusafirlah, melihat keindahan Tuhan yang diciptakan utk mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurniaNya.. Nilai harganya, iman dan takwa, bagi hamba yang setiaaaaaaaa...'
Agaknya aku ni mmg ditakdirkan untuk jadi orang nomad kot.. Asyik berpindah randah aje keje nya.. Lahir kat KEDAH, sekolah rendah kat JOHOR, sekolah menengah kat PERAK, matrik kat NEGERI SEMBILAN, uni kat KEDAH again, kerja kat SELANGOR, sambung kpli kat KUALA LUMPUR dan 1st posting kat bumi kenyalang SARAWAK!!..
Memang aku dah lama tau chances nak dpt sana tu very the tinggi, tp bila betui2 kena pi Sarawak, aku xtau samada aku kuat ataupun x.. Masa dapat tau berita ni semalam, aku ok jek.. Takder pikir pape, dok sronok online n cekkan utk kawan2.. Ramai gak la dpt Sarawak, kelas aku jek 10 daripada 21 calon dapat sana.. Tapi hari ni, bila ada beberapa masalah timbul, aku mula jadi goyah.. Banyaaakkkk sngt benda nak pikir, byk sngt unfinished business kat sini..
Isnin ni baru nak call KPM utk kompemkan flight bila.. Harap2 jangan la awal sangat.. Barang2 pun langsung x pack lagi.. Barang2 aku dah la merata tempat ada, kat umah Kak Ija sket, kat umah Nora sket, kat umah Mr Hazar sket, kat kampung sket.. Huhuhu.. Dah la taktau apa yg penting utk di bawak n apa yg xpayah bawak.. Baju kurung aku bawak 5pasang jek la kan, cukup utk rotate seminggu udah laa.. Siapa ada tips, apa yg penting utk dibawa ke sana........ Sila tinggalkan komen sepam yerrrr... Juga, aku mengalu2 kan kata2 semangat dan motivasi utk naikkan balik moral aku yg dah down ni.. Huhuhu.. (owhhh please jangan tinggalkan komen berbentuk begini : takpa la Wani, time bujang ni la dok sana, lagipun elaun banyak, baik kumpul duit, nnti balik semenanjung kaya raya..)
Doakan aku diberi kekuatan untuk menabur bakti kepada anak2 peribumi Sarawak yer.. Doakan perjalanan hidup aku dimudahkan Allah..
Posted by Azwani Shaari at 4:01 PM 20 comments
Labels: Sekolah
Saturday, December 6, 2008
Alhamdulillah
Syukur Alhamdulillah (14 Jan - 6 Disember 2008), saya dah pun menamatkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.. Kejap je kan masa berlalu.. Huhu, hari ni kena rushing balik terus.. Nak wat camne, lusa dah Raya Haji.. Kalo x, bleh la berfarewell2 bagai..
Untuk semua kawan2 yang beragama Islam, Selamat Hari Raya AidilAdha.. Saya dah nak balik kampung jap lagi.. Bercuti sampai tarikh posting.. Tak tau la dpt posting kat negeri mana. Takper, saya redha jek dapat mana2 pun :)
Posted by Azwani Shaari at 12:13 AM 7 comments
Labels: IPIK
Wednesday, December 3, 2008
Long time no see..
Saya mempunyai seorang teman sebilik ketika di UUM dahulu.. Namanya Cik Diana Abd Wahab.. Dia junior saya setahun.. Orangnya cantik manis dan bijak pandai pula.. Lama jugak la lost contact semenjak tahun 2004 rasanya.. Alhamdulilah, internet menemukan kami kembali.. Cik Diana google apentah membawa beliau ke blog saya.. Owhhh sungguh seronok rasanya.. Tringat kenangan2 masa jd teman sebilik dulu. Haha! Kami mempunyai perangai yg sungguh aneh.. Suka bercakap dengan nada yang tinggi mcm org bergaduh.. Padehal nak ty pasal dah mkn ke belum, ada kelas ke x.. Tak sesuai betul berbual dengan nada tengking menengking.. Pastu jiran2 tertanya2 sesama sendiri, 'ehh derang bergaduh ke?' Haha!
Lagi..kami pernah pecahkan tingkap bilik kolej sbb nak amik kunci yang tertinggal kat dlm.. Pastu buat muka innocent sambil menyalahkan anak2 felo yang bermain bola berdekatan bilik kami, kononnya depa yang pecahkan.. Bingung betul la Cik Wani & Cik Diana itu.. Hehe.. Byk la kenangan, xperlu reveal semuaa... Smlm, kami berjumpa jumpaan sambil mengenang memori daun pisang dan menyanyi2 lagu feveret kami,
Bolehkah abang tumpang bertanya rumah Cik Diana,
Yang mempunyai gadis jelita,
Terpesona hatiku padanya..
Abang dah pergi merata tempat,
Di kampung2 jua di desa,
Untuk mencari kesayanganku,
Baru lah hilang rindu di kalbu..
Cik adik manis yang ku bertanya,
Tersenyum simpul pandang wajahku,
Dia berkata maafkan daku,
Tak pernah mendengar nama itu...
(Sambung la sendiri.. ni lagu 60an kot)
Menghirup udara nyaman
Singgah makan Big Apple Donuts yang lazat.. Ada 3 donuts baru.. Yummyyy!
Siang td plak farewell dengan teman serumah.. Pasni semua dah balik kampung, dpt posting entah di mana, xtau la bila akan jumpa lagik.. Huhuhu.. Kak Ida yang selalu menjadi mangsa buli yang tenang dengan ungkapan keramat 'Semoga Allah membalas kejahatan dengan kebaikan..', Mekja yang rajin mengemas rumah, Kak Fin2 yang prihatin ttg bil2 api air & Kak Reza yang rajin amik order mkn malam.. Byk sungguh kenangan dlm rumah berhantu 5-10-3 tu.. hehehe..
Pn Finfin, Pn Reza n Cik Wani
Italian Japanese Pizza.. Tp amik yang Italian je coz yang Japanese punya x sedap sngt..
Posted by Azwani Shaari at 11:28 PM 11 comments
Labels: Outings