CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 3, 2009

Tin, botul?

UJANG bersama-sama isteri dan dua anaknya dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan datang ke Kuala Lumpur untuk melawat tempat menarik sempena cuti sekolah. Pada tengah hari itu, mereka singgah di restoran mamak untuk makan tengah hari. Selepas duduk di meja pilihan, mereka didatangi oleh pelayan restoran yang juga warga India.

Pelayan: Apa makan incik? Briyani kambing ada, briyani ayam ada. Nasi putih ada, lauk boleh tengok sana depan.

Ujang: Bolehlah tu, bagi briyani kambing satu, briyani ayam tigo. Ayam kasi drumstick. Tulis elok-elok, nanti lain den order lain pulak yang engkau hantar.

Pelayan: Minum?

Ujang: Teh O duo, oren duo.

Pelayan: Tin, botul?

Ujang: Botul! Pandai pun engkau, macam tau ajo cito raso kami. Dah lamo duduk Malaysia?

Pelayan tersebut tersenyum dan berlalu dari situ. Tidak berapa lama kemudian dia datang membawa nasi briyani dan air minuman yang diminta. Tetapi Ujang tidak puas hati kerana pelayan terbabit membawa dua gelas teh ‘o’ dan dua botol air oren.

Ujang: Eden tak nak air oren dalam botol, den order air tin tadi.

Pelayan: Tadi incik order oren dalam botul. Saya ada tulis sini.

Ujang: Botul! den order air oren, tapi dalam tin.

Pelayan: Tadi saya tanya incik mau tin ka botul, incik cakap botul. Sini ada tulis, saya bawa itu incik order punya la. Ini botul sudah buka, tak boleh jual lagi, nanti saya punya bos marah, potong gaji.

Ujang: Den tak peduli, den nak yang dalam tin jugak. Den tak do donga pun engkau tanyo nak tin ko, botol ko. Yang den donga, engkau tanyo nak tin, botul. Den jawablah botul, sebob den memang nak air oren dalam tin, botullah tu.

Pelayan: Incik! Cakap butul-butul la, sekarang incik mau tin ka botul?

Ujang: Botul la, den nak yang dalam tin.

Pelayan: Ayo yoo incik, kejap cakap mau botul belakang cakap tin. Mana satu?

Ujang: Tinlah!

Pelayan: Itu macam cakaplah, senang. Nanti saya kasi ambil. (Dalam hati: Mana datang ini orang, cakap tak boleh faham).

Botul (Negeri Sembilan) - betul
Eden/den (Negeri Sembilan) - aku

5 comments:

Anonymous said...

sastera berita harian?

Azwani Shaari said...

Ya betull!! Slalu ada letak credit to BH.. Yg ni lupa plak nak letak.. hehe :)

Wednesday said...

ha...ekau biar botul botul...kahkahkah!

Azwani Shaari said...

Botul la tu kot.. Hahaha

Mohd Hafizi said...

Boto.. boto..

Apo??