Memasak. Sama mcm buat lab test.. Kena try and error sampai membuahkan hasil especially utk orang2 kategori jahiliah mcm aku.. Dan disebabkan aku ni manusia pelupa, mmg patut ada label resepi dalam blog ni, supaya senang lain kali nak masak.. Lately ni plak, aku asyik amik turn masak lunch on weekdays sbb hosmet semua ada urusan diwaktu pagi membawa ke tengahari.. Maka tetiap pagi la aku pening pale browse internet pikir nak masak apa..Hahaha.. Naif kan, tiap2 kali nak masak kena bukak ternet.. Hentam lah labu..
Ayam Masak Halia (ubahsuai dari http://yummylicious-jun.blogspot.com)
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
Dikisar:
2cm halia
1/2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
5 cili padi
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1/2 sudu makan kicap masin
1 sudu makan gula
10 tangkai kacang panjang-potong kecil
1/2 batang carrot
30ml air
garam
minyak
1) Gaulkan ayam dengan garam kunyit n goreng hingga garing, ketepikan.
2) Tumis bahan2 kisar hingga garing.
3) Masukkan air bersama carrot, sos cili, sos tiram, kicap masin, gula n garam secukup rasa.
4) Masak hingga kuah pekat dan masukkan kacang panjang dan ayam.
5) Gaul sebati n angkat.
Ikan Bawal 3 Rasa (Sumber:Majalah Wanita)
1 ekor ikan bawal
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 potong nenas (dipotong dadu)
1/2 batang carrot (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 inci halia (dihiris nipis)
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Sedikit gula
Sedikit garam
Beberapa helai daun salad
1 tangkai daun bawang
1.Bersihkan ikan bawal dan kelar. Gaulkan dengan garam kunyit dan goreng sehingga sedikit garing. Ketepikan
2.Tumis bawang merah dan bawang putih.
3.Masukkan halia dan cili kisar. Tumis sehingga naik bau
4.Masukkan sos cili, tomato, tiram dan kicap manis. Biarkan masak
5.Masukkan bawang besar, tomato, carrot dan nanas.
6.Masukkan gula dan garam.
7. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng tadi. Hias dengan daun salad dan daun bawang.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 days ago
6 comments:
Salam,
Tentu sedap, wani masak.
Beruntung lah ........
Nampak macam sedap. nak kena request balik nanti ni.. heheh..
Semakin hebat dalam masakan nampak..bagus..bagus...salah satu petua nak menambat hati suami nnt tuh
salam...! ^_^
lame tak datang sini....
bestnyer akak masak!
wah...hebat la cik wani kita ni.. nk tumpang mkn pun..jauh sgt cik wani duduk... huhuhu..
to abu amirul:
huhuh, masak biasa2 jek..baru belajar la katakan..
to saad:
haaa apa lagi, request la kat mem..sure mem berbesar hati nak masakkan..:)
to kak nurul:
hehehe, hrp2 dpt menambat hati dan perut ler..
to nurain:
haa apalagi, sila la cuba, tgk jadi ke x.. hehe
to nuyui:
huhu, sy budak baru belajar..
Post a Comment