CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, April 29, 2009

AIM 16

Nampaknya Encik Fiance dan kumpulannya telah tercalon dalam AIM 16 yang akan berlangsung 2Mei nnti.. Kenapakah tidak tercalon ketika saya masih di KL? Boleh la jugak bergedik2 nak pergi.. Saya kan jiwa muda, mesti la nak pergi..haha.. Ok la tu kan tercalon AIM, sbb xde undian SMS segala bagai.. Mmg juri professional yg akan adili.. Walaupun rasa mcm tipis nak menang, tp xpe laaa..best of luck juaaa saya ucapkan :D

Album Nasyid Terbaik..

Road Tour di Sg Petani, Kedah

Road Tour di Shah Alam

Wednesday, April 22, 2009

Esok i dah boleh nikah u!

Salam.. Hehehe, gedix jek tajuk tu.. Maklum la, saya baru jek selesai Kursus Pra Perkahwinan petang tadi.. Murah giler yuran penyertaan dia.. Tu yang tak pikir 2x tu.. Hanya RM25 seorang untuk kursus 2hari (8.00am-4.00pm) + sijil + makan 4x + ilmu2 yang x ternilai harganya..

Peserta2 yang datang plak, sungguh la berbagai golongan lapisan masyarakat.. Ada gadis muda berusia 16tahun, muallaf yang baru kelmarin memeluk Islam, suami isteri yang dah pun ada anak sorang, warga Brunei & Indonesia pun ada.. Alhamdulillah, semua datang dengan niat yang suci kan.. Nak mendalami ilmu rumahtangga sblm bergelar suami isteri (yang dah kawen tu, dia x sempat amik kot sblm ni)..

Kursus ni jugak dah jadi mcm gathering cikgu2 perempuan dari semenanjung.. Ada dlm 10-15 orang gak la cikgu semenanjung.. Aku syak, semua pakat2 nak kawen awal n mintak tuko balik semenanjung..

Slot ceramahnya agak menarik jugak la.. Dapat belajar 2-3 perkataan bahasa Kedayan & Lunbawang lagik.. Contoh ayat nya:

1) Untuk lakik-lakik yang mau bersigup, sila tunggu waktu rehat dahulu..
2) Lakik-lakik gunakan tandas di atas dan untuk binik-binik tandas di tingkat bawah..
3) Saya ada tangkap seorang lelaki yang mauk di bulan puasa..
4) Masalah timbul nanti bila asyik tiada usin..

Haaa..cuba lah teka maksudnya kalau tuan bijak bistari.. hehehe

p/s:
++ 4 minggu lagik nak balik semenanjung!
++ Esok pay day :D

Saturday, April 11, 2009

Konvo jom!

Untuk semua kawan-kawanku yang tercinta..

Saya ingin menyeru kepada anda semua perantau yang berkhidmat diseluruh pelusuk tanah air dari Perlis sampailah ke Sabah.....

Marilah kita beramai2 memeriahkan lagi Majlis Konvokesyen Berpusat KPLI Ambilan Januari 2008 itu (letak nama penuh la plak).. Marilah berjumpa2 dan bertukar2 cerita dan gossip sensasi.. Walaupun saya berada di Sarawak, adalah satu kesukaran untuk menghubungi rakan-rakan yang berada nunn jauh di dalam hutan P2 & P3.. (Cik Ain yang selama ni menjadi teman sepermakanan kat maktab pun dah tak dapat dihubungi sbb xde line telefon..)

Thankss utk BPG yang telah meletakkan tarikh konvo yang sungguh cantik menarik tertarik kau mmg d bomb! Guru Besar saya dengan baik hatinya dah bg cuti seminggu untuk konvo, disambung terus cuti sekolah 2minggu, maka saya akan pulang ke semenanjung dari 23Mei sehingga 13Jun nnti.. Yeayyy! Seronokkkk...

6 weeks more to go..

Can't wait! ^'' ''^

Sunday, April 5, 2009

Paprik Ayam

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, dah settled marking & key in markah utk Gerak Gempur 1, tinggal nak submit jek esok.. Result budak2 ni pun ok.. Kelas darjah 3 yang aku ajar tu, xde yg fail, tp darjah 1 ada jugak la 4-5org :( Sekejap sungguh masa berlalu lalang, esok genap 3bulan aku kat sini.. Lagi 2bulan balik semenanjung.. Tak sabar nyerr nak balik!!

Btw, smlm ke pasar seperti biasa rutin hujung minggu.. Apekah mahal giler sayur-sayuran.. Bayangkan la sebatang carrot, sebiji capsicum, 5biji cili besar n sebungkus kecil cili padi = RM7.. Aku pun satu, dah tau mahal, xnak tanya balik harga satu2 tu, sampai umah baru nak complaint.. Huhuhu sengal..

Ok lah, makcik wani ada keje nak buat, jd saya tinggalkan anda dgn resepi jek la yer.. (Resepi tak hebat, saya kan amatur) Wassalam :)


1/2 ekor ayam-potong kecil
4 biji bawang merah-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1 biji bawang besar-mayang
2 serai-ketuk
2 biji tomato-belah 4
5 cili api-tumbuk
bunga kobis, kacang panjang, carrot n babycorn
sos tomato, sos cili, sos tiram n kicap manis
daun limau purut
garam n gula
1) Panaskan minyak, goreng ayam hingga agak2 masak (x perlu garing ok!).
2) Masukkan bahan2 tumbuk tadi, kacau n masak sekejap.
3) Masukkan sos2 n kicap, didihkan.
4) Masukkan air sket, serai, daun limau purut n sayur2an. Didihkan lagi.
5) Masukkan bawang besar n tomato. kacau sebati, angkat.
6) Perahkan limau kasturi bila nak makan.