SEMALAM: Buletin Utama tv3 melaporkan, Timbalan Menteri di Jab Perdana Menteri T.MURUGIAH melawat kanak-kanak sekolah yang didakwa didera oleh gurunya..
HARI INI: Y.B. DR. HAJI MOHD. PUAD ZARKASHI selaku Timbalan Menteri Pelajaran tampil dalam sidang media menegaskan bahawa murid tersebut didenda kerana meraba seorang pelajar perempuan dari sekolah yang sama.. Beliau juga menyatakan rasa kesalnya kerana T Murugiah terus membawa perkara tersebut kepada pihak media tanpa menyiasat / menghubungi pihaknya terlebih dahulu. Ini dapat memberikan tanggapan negatif masyarakat kepada guru dan profesion itu sendiri..
Ok2, aku tau aku belum jadi ibu dan x dapat nak rasa apa perasaannya bila anak balik dari sekolah dan bgtau yang dia di dera oleh gurunya.. Tapi, rasa2nya kalau jadi macamtu, aku akan rujuk balik pada pihak sekolah utk dapatkan penjelasan, sblm bertindak melulu hubungi pak menteri or media..
Aku pun dah makin tak paham ngan ibu bapa sekarang ni.. Nak sangat ke anak korang jadi Anakku Sazali?? Nak cubit tak boleh, nak rotan sikit x boleh.. Bila cikgu ambil tindakan, dituduhnya cikgu mendera, bila cikgu biarkan, dituduh pulak makan gaji buta.. Ibu bapa diluar sana, sila la beringat.. anda hanya menjaga+mendidik+mengasuh paling2 ramai pun 5-6 orang anak sahaja.. Cikgu-cikgu ni, dalam satu masa dah 30-40murid.. Kalau sehari ada 3kelas yang berlainan, dah kena kawal lebih dari 100murid.. Cuba la fahami perasaan seorang guru yang mendenda+merotan dengan niat untuk mendidik dan bukannya menyakiti..
Seriously, kalau aku ada anak yang sudah bersekolah nanti, aku akan jumpa dgn guru kelas dia dan bagi kebenaran untuk dia pukul/rotan anak aku selagi x mencederakan..Atau paling tidak, laporkan setiap kesalahan anak aku tu pada aku.. Sebabnya, aku dulu pun slalu jek kena rotan ngan cikgu, kena pukul tangan dengan pembaris kuning panjang tu, sihat je sampai sekarang, boleh je masuk Uni, grad segala bagai.. Masa tu, mana berani nak mengadu kat mak.. Kalau mengadu, mmg kompem dpt tambah sakit lagi ada laa..
Sungguh! Aku tak faham dengan mentaliti kebanyakan ibubapa sekarang.. Jika kamu faham, sila la terangkan, what do you expect from a teacher?
Nota Kaki 1: Tahniah diucapkan kepada YB Haji Puad kerana kesungguhan membela nasib para guru..
Nota Kaki 2: Mungkinkah KPI para menteri diukur dengan kekerapan masuk tv dan turun padang selesaikan masalah rakyat?
Nota Kaki 3: Aku hanya menyokong guru yang memukul/mendenda untuk mendisiplinkan murid, bknlah hukuman yang mencederakan..
Nota Kaki 4: Apa lah perasaan ibubapa murid tadi ek, bila dapat tau yang anak mereka dihukum kerana meraba murid perempuan dalam usia yang muda? Masih nak menangkan anak sendiri lepas ni?
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 days ago
5 comments:
hohohoho.. ini lah dia ibu bapa anakku sazali yg moden.. tah ape2 tah diorg ni kan... huhuhu.. patutnye dirotan shj ibu bapa yg mcm ni.. ekekekeke...
hehehe..syabas cikgu!! sungguh kagum dgn cikgu..
mak ayah skrg ni lebih tumpukan ilmu luaran berbanding ilmu yang zahir..maksudnya lebih mengejar kesempurnaan tanpa ada kekuatan dalaman yang seiring dengan matlamat..
nuyui:
haaaa..betul3, rotan mak bapak dia laju2..hehe
AJ:
huhuhu itu lah dia..zaman dah berubah, dunia dah maju..
zaman dulu2 cikgu garang2 belake. (yolah, nak mintak pegi toilet pun takut). tapi zaman tu la yang paling banyak lahirkan golongan yang mencipta macam-macam teknologi untuk masyarakat zaman skrg.
nasib baik eden cumo ado anak tokak dongan anok mato, sonang nok jago... ;p
zaman dulu mak bapak tak sokong anak, hormat cikgu..skang ni, pantang cikgu cuit anak dia sket, terus masuk paper..huhuhu
Post a Comment