CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, May 16, 2009

Happy Teacher's Day


Dalam hidup kita ni, at least mesti ada seorang cikgu yang memang betul2 kita sayang dan kenang, kan? same thing goes to me.. Ada seorang cikgu yang betul2 aku kenang sampai sekarang..

Namanya Cikgu Rohana.. Dia guru kelas aku masa tadika.. Aku dulu tadika selama 2tahun (masa umur 5&6 tahun).. Takde siapa pun yang paksa suruh gi tadika awal, aku yg mintak nak masuk tadika.. Kecik2 dulu, suka bangun awal n tunggu tgk Nora (my sister) gi tadika.. So, aku pun bgtau mak, nak masuk tadika jugak..

Kat tadika dulu aku ni aktif gak la.. Jenis yang bukan pemalu.. Ingat lagi sekali tu, tgh main2 ngan kawan2, nyanyi2 lagu Tun Fatimah, pastu cikgu Rohana masuk. Dia mintak aku nyanyi balik kat depan.. Aku pun datang depan nyanyi siap dengan gaya2 skali.. Hahaha.. Rasanya sape yang tadika kat Johor tau kot lagu tu..

Tun Fatimah didalam perut ibunya,
Dia menendang perut ibunya..
Aduh, aduh, aduh, aduh, aduh (suara latar)
Tun Fatimah sudah dilahirkan,
Dia menangis seperti kucing..
Miau, miau, miau, miau, miau (suara latar lagi)
Tun Fatimah sudah besar,
Dia berkahwin dengan anak raja..
Kompang, kompang, kompang, kompang, kompang (lirik x leh blah)

Pastu dah x ingat lagi.. Tp bukan nak citer pasal lagu tu pun.. Kenangan dengan Cikgu Rohana yang paling aku ingat sampai sekarang adalah bilaaaa.....jeng..jeng..jeng...

Aku sakit perut aritu, memulas2 rasanya.. Nak bgtau kat cikgu tp berat mulut nak mintak permission, so aku pun ter poo poo dalam seluar.. To make it short, cikgu pun bising2 sbb kelas dah berbau harum dan takde sape mengaku dan cikgu check seluar sorang2 dan hahahahaha.. malas nak citer lagik.. Elehhhh korang pun ntah2 sama jek kan? Tp tannak ngaku kan?kan? haha!

Ok, selain kisah bersejarah itu, Cikgu Rohana juga guru pertama yang mendidik aku sehingga aku boleh membaca dengan lancar.. Masa tadika dulu, tak ramai yang boleh membaca, so aku terpilih utk jadi wakil pelajar bg ucapan masa penyampaian hadiah.. Majlis hari tu dirasmikan oleh sape ntah, sumbody related with Umno Bahagian Labis.. 3 perkataan yang aku ingat sampai sekarang.. Tau sebab apa? Sebab aku dah pronounce Umno tu as um-no, bukannya am-no.. Habis la semua org gelak.. Aku yang tengah baca ucapan tu, punya la konpius, nape org gelak2.. Rasanya ok jek apa aku baca tu.. Hahaha, sengal ok..

Disebabkan Cikgu Rohana yang best itu lah, aku x pernah ponteng sekolah dan mendapat hadiah kedatangan penuh.. Tak pernah sehari pun yang aku rasa malas nak gi tadika.. Setiap hari adalah menyeronokkan dengan kasih sayang dan bimbingan Cikgu Rohana..

Tak lama kat Johor, pertengahan darjah 3 aku pindah ke Perak.. Habis sek menengah, masuk metrik kat N9.. Habis metrik, aku jejakkan kaki semula ke Johor, cari semula Cikgu Rohana tersayang.. Selepas 13tahun x bersua muka kan.. Jumpa je Cikgu Rohana, aku rasa nak menangis.. Dia dah sedikit uzur, nmpk x bermaya jek.. Aku bgtau dia yang aku ni anak murid dia 13tahun lepas.. Dia terpinga2 dan kehairanan.. Mesti la dia x ingat, aku bukan satu2 nya anak murid dia.. Then, terpaksa guna nama abah.. Aku bgtau dia yang aku anak arwah Ustaz Md Noh.. Terus Cikgu Rohana cakap, 'ni wani, kan?'.. Dia ingat nama aku?

Sangat terharu ya tuan-tuan dan puan-puan sekelian..

Dan lepas tu, lost contact semula.. Tak ingat dah kat mana aku simpan no telefon beliau.. Sekarang, bila bergelar pendidik, aku tanamkan hasrat utk menjadi guru terbaik yang akan sentiasa diingati oleh anak2 didik aku.. Aku nak budak2 tu seronok belajar, aku nak derang datang sekolah tanpa rasa takut pada cikgu dan aku akan jadi sangat sedih dan bersalah bila anak murid aku buat muka bosan..

Happy Teacher's Day untuk semua guru-guru yang pernah mendidik aku (secara formal) di:
1) Tadika Kemas Felda Redong, Segamat Johor
2) SK LKTP Redong, Segamat Johor
3) SK Sultan Idris II, Selama Perak
4) SMKA Sultan Azlan Shah, Bota Perak
5) Pusat Matrikulasi Kolej Negri, Seremban Negeri Sembilan
6) Univ Utara Malaysia, Sintok Kedah
7) IPGM Ilmu Khas, Cheras Kuala Lumpur

dan semua guru-guru dimana sahaja anda berada..

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA =)

13 comments:

Muhammad Yasir said...

Selamat Hari Guru Cikgu Wani.

Cikgu dah kamu. Banggo pun ade.

Salam,
Yasir Tamizi

blokdrive said...

selamat hari guru cikgu Wani

Azwani Shaari said...

to yasir:
ya, saya guru bahagian utara..heheh

to blokdrive:
thanks encik saad :D

saiful said...

Selamat Hari Guru :)

Azwani Shaari said...

thanks abg saiful =)

cik fiza said...

utk kali keduanya HAPPY TEACHER'S DAY cik wani..sgt kelaka citer ter poo poo itew..hehehe..tadika dlu pn ade gk sorg mamat tu ter poo poo dlm kelas.smpai skrg i still remember his name.agknya sbb tu cikgu rohana tu ingt lg kt cik wani kot..:p

Azwani Shaari said...

Hahaha..maybe gak la kan...tp aku harap2 xde la murid2 yang aku akan ingat or dia ingat aku sbb dia dah terpoo poo dalam kelas n aku terpaksa cuci..xnak.. xnak..haha

Setelus Hati Zinnirah said...

cik wanie.. slamat hari guru jgk.. adeh.. citer poo poo tu.. huhuhu... huhuhu.. huhuhu... tu jer yg mampu miss nuyui komen.. ahahahahahaha...

Puteri said...

hepi tchrs day sis wani

Azwani Shaari said...

to nuyui:
ahahahaha..jgn gelak lebey2 ok?i malu tauuuu....

to puteri:
tenkiu sistaaa :D

aza_idyllix said...

hahaha...sy pn pnh ada pengalaman mcm akak ni mwahahaa...kes yang sama cuma sy xnk g toilet cz nk tahan smpai umh..ni sume pasal member2 cite ada HANTU kt toilet hahaha...siap citer pasal HANTU JEPUN TAKDE KEPALA lg tuuuu huhuhu...

Azwani Shaari said...

Hahahaha.. see... kan dah ada geng.. kompem la mesti ramai pernah ada pengalaman ngeri ni.. hehehe

katasifat said...

Sengaja cari entri ni, sebab rindu pada arwah mak:")

Al-fatihah.