CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, March 28, 2010

Bandung : Day 3 (17032010)

Hari ketiga bangun agak lambat, breakfast pun kat bilik je.. Janji dengan AngGa nak bertolak kul 9am, tp dlm kul 9.30am baru settled semua n gerak turun.. Huhuhu sungguh pelambat.. Plan hari ni masih nak ke Pasar Baru, membeli apa yg x sempat nak beli..hehe

Breakfast terakhir di Bandung


Belian hari pertama pun dah penuh sebeg, nak sumbat mana plak barang2 pasni?


Jubah utk diri sendiri, mak, mak mertua n ipar..


Baju batik utk bapa mertuaku


Lip lap lip lap mcm paddle pop la pulak.. x sesuai.....


Jubah untuk encik suami


Ok cun.. rembat dua..


Series mengira perbelanjaan..


Perut dah lapar, singgah lunch di food court.. (Jus Alpukat x dilupakan)


At Departure Hall....


Balik dalam kehujanan:)

Bye Bye Bandung, Terima Kasih B White :D

p/s: 3hari kat bandung ni, i rasa mcm queen control plak bila semua uang berjuta2 tu i pegang semua, sikit pun x bg kat encik suami (sbb dia mabuk tgk angka 0 banyak2) sampai dia nak masuk toilet pun kena patah balik mntk duit kat i..hehehehe

Saturday, March 27, 2010

Bandung : Day 2 (16032010)

Hari ke 2 adalah hari yang panjang dan penuh keletihan.. Janji ngn supir pukul 7am dah ada kat bawah, tp semua pakat turun dlm kul 7.20am.. Tunggu supir tak kunjung tiba so g mkn breakfast free la dulu.. Soto ayam ke apa ntah yg aku mntk ni, mcm xleh nak masuk sngt je, so sket je la mkn buat alas perut..



Dalam kul 8.00am baru le Supir baru bernama Ujang sampai.. Isk isk bleh silap hotel plak pakcik sorang ni, padan le lambat.. So terus la menuju ke Tangkuban Perahu (sila google utk mengetahui apakah yg ada di sini..hehe).. Jalan dia lebih kurang mcm nak ke Cameron je, berbukit bukau berbelok2 bikin pening kepala.. Plak tu ada jln yg x bape elok dan berlopak2.. Risau gak takut anything bad happen to my little caliph, tp alhmdulillah baby kuat n aktif mcm mamanya :D

Sampai kat Tangkuban Perahu, manusia sudah berduyun2 ramainya.. Ingatkan weekday xde la ramai mana, ramai jugek rupanya, mostly Malaysian la sbb tgh cuti skolah kan.. Boleh tahan kuat jugak la bau sulfur dr kawah berapi tu.. Tempat yang sngt cantik utk sightseeing, Subhanallah! So, jalan2 amik gambo sepam dua, beli2 souvenir sket n makan2 jagung bakar.. Cadangnya nak gerak ke Sari Ater, ttp satu insiden ngeri telah berlaku dimana makcik yang join ktorang tu telah tersesat dan masuk grup mana ntah gi Kawah Domas yang jauh tu, ktorang lak xleh nak call out (x buat roaming pun), so bbrapa kali jugak management TP buat announcement n akhirnya Alhamdulillah selamat jugek makcik ni.. Almost 2hours jugak la ktorang menunggu, so terpaksa la cancel program ke Sari Ater..








Semua dah kelaparan sbb dah hampir kul 1.30pm.. Terus gerak turun menuju Kampung Daun Culture Cafe.. Mmg patut pun nak cafe ni Kg Daun sbb besarnya mmg mcm sebuah kampung.. Siap ada air terjun, hutan2 n makan pun dlm pondok2.. Makanannya plak dihias begitu cantik sekali.. Sungguh keatif, mmg recommended la sape dtg Bandung, singgah la Kampung Daun;)






Makan sudah, kenyang sudah, mulalah rasa nak manjakan diri kat spa.. Chewaahhh, murah je pun spa kat sini, tp xde rezki sbb dah fully booked, so singgah solat kat masjid n terus ke FO.. Ternampak FO Superheroes, maka gi la bergambar2 sekejap, then terus ke ChiWalk..



Chiwalk pun xde la apa yg menarik sngt, mcm shopping mall kat Malaysia gak.. Round2 masuk kedai buku jap, beli novel Habiburrahman El Shirazy n my husband beli buku2 berkaitan editing n photography la.. Lgpun harga kat sini way much cheaper than Malaysia..


Penat berjalan, singgah JCo Donuts lak sbb tau nnti balik Malaysia pun mmg xkan jupe JCo dah sbb ktorang jarang skali pergi Sunway Pyramid n Pavillion. Tgk2 plak ada baby JCo yang sungguh comel buat hati terpaut.. Beli le sebekas sambil2 nak tunggu org lain abis shopping..


Kuar dari ChiWalk, semua dah kepenatan.. Semua pakat2 nak tapau mknn je.. So singgah la McD, tapau pape yg patut balik mkn atas katil.. Kalau kat umah sndiri, sah2 xleh nak ngade2 mkn atas katil, so kat hotel je la boleh buat perangai semua ni..hehehe..


Tamatlah riwayat hari ke 2 di Bandung;)

Tuesday, March 23, 2010

Bandung : Day 1 (15032010)

Alhamdulillah dah selamat pergi dan pulang dari Bandung, Indonesia.. Ini adalah percutian keemasan x terduga sbbnya kami suami isteri mmg dah bercadang nak jimat cermat menabung gitu lps duit byk abis utk majlis kahwin.. Honeymoon aritu pun gi Cameron je, destinasi budget gitu.. Syukur dah rezeki menang B White, merasa la berjalan ke Bandung tanpa mengeluarkan belanja yg banyak..

Dipendekkan cerita yang panjang, kami bergerak ke LCCT lps solat subuh n sampai dlm kul 7.45am.. Terus gi kaunter check in.. Kena beratur panjang la plak.. Tak sempat nak breakfast b4 masuk departure hall.. Masa beratur nak check in tu la berkenalan ngn pemenang2 lain bersama pasangan masing2.. Kak Wan dan mak nya & Kak Zah dan kakaknya.. Sad to say, Kak Wan xdpt pergi kerana ditahan imigresen dek masalah ptptn.. Huhuhu, tu la puncanya kami berlima je.. Mujur la tiket semua sponsored.. Kalau sendiri bayar, rugi gak tu..

Arrived Bandung at 10.30am.. Encik Supir bernama AngGa yang iras2 muka Mawi tu dah tunggu dengan kertas bertulis B White.. Ramah jugak mamat ni, bleh la geng ngn my husband - satu2nya pria yg join.. Siap segala, AngGa bawak gi makan2 kat Restoran Simpang Raya yg boleh tahan masyur dlm forum2.. Kat restoran ni, derang akan hidangkan semua jenis lauk atas meja n charge mengikut lauk2 yg dah disentuh walopun sket. So, budget2 la ye.. Kalo setakat nak cuit rasa, xyah la kot, membazir je kang..




Lps lunch, terus gerak ke Pasar Baru.. Masa ni hujan dah renyai2 dan jalan pun macet.. Dah tengahari kan, ramai org ofis yg kuar lunch gamaknya.. Sampai je Pasar Baru terus AngGa bawak ke satu kedai telekung yg dia recommend.. Kalau percutian ni lama, bleh la nak survey2 dr kedai ke kedai.. Tp dah 3d2n je, terus tuju kedai tu je la.. Satu kedai pun dah berjam2 sampai my husband n AngGa mcm dah sangap keboringan.. Hehehe..





Pastu gi kedai kain pasang lak.. Sir Cinta di Lantai 1.. Borong2 kain pape yg patut, sedar x sedar dah lewat petang.. Bayangkan ler 3jam baru gi 2 kedai.. Kalau nak jln kat tetiap kedai, seminggu pun x abis camni.. Hehehe.. Jamak dan Qasar di surau Pasar Baru n terus ke Factory Outlet.. Satu je FO yang sempat pergi, apa ntah namanya.. Tu pun mcm x best sngt la.. Hati teringat2 kat Pasar Baru, lgpun dah letih giler..So agenda seterusnya adalah makan malam di bawah tajaan B White di Sambara Restaurant..









Bila perut kenyang, hati senang mula la mata x boleh nak angkat.. Apa lagi, balik le ke Hotel Karmila utk melayan mata dan badan yg dah letih.. Hotel ni xde bintang mahupun bulan, tp ok la, xde la mcm hotel budget sngt.. Nak buat tdo je pun, bukan nak berlama2..



To be continued: Day 2 @ Tangkuban Perahu

Sunday, March 14, 2010

Terima kasih C H E N T A

Alhamdulillah, dah pun selamat sampai KL... Flight sampai kul 9.10pm dan terus balik Gombak.. Cadangan asal nak singgah makan char keaw teow kat Cheras terpaksa dibatalkan sbb dah kenyang giler makan nasi lemak pak nasir dlm flight..

Jadinya, setiap masa yg ada mmg digunakan sepenuhnya utk entertain my husband.. Maklum la dah 70hari x berjumpa.. Petang Sabtu tu kuar g beli barang dapur kat Giant.. Semangat nak masak ni since encik suami awal2 lagi dah bg hint nak rasa air tangan isteri dia yang x pandai masak ni.. So, aku pun berdebar gak la nak masak.. Nak buat sup tulang pulak tu.. Encik suami dah la request nak sup tulang mcm makan kat umah Kak Ida.. Aku pun, call le mak tanya resepi.. Pastu double check ngn resepi rahsia Kak Ida.. Siap masak tu, terus sua sket kat encik suami, nak soh dia rasa sedap tak.. Kot nak tambah garam ke kurang pedas ke apa ke.. Mujur la, xde complaint pape.. Kira misi berjaya la ni.. Siap encik suami bertambah2 masa makan..Yeaay! :D -Being his wife, aku tau sngt perangai encik suami yg xkan tambah nasi kalo lauk x sedap, sbb dah pernah skali masak sup sayur x jadi, dan encik suami mkn mcm x ikhlas.. hahahha-

Sup tulang resepi rahsia Kak Ida.. hehe

Lepas makan mlm, cadangnya nak layan DVD Adnan Sempit, so aku gi la masuk bilik nak kuarkan toto n bantal.. Sekali masa nak tarik bantal tu, ternmpk la satu bungkusan celah2 bantal tu... Ada plastik berisi baju.. Pelik la jugak, bila masa ada kat situ sbb aku yg kemas bantal2 tu semua pagi td.. Baca kat tag baju tu MumDreams Maternity Blouse... Alaaaaa, sweetnya encik suami buat surprise... Sangat2 terharu.. Siap ada handmade kad dlm tu. Kad yg hampir sama dgn patent kad birthday yg aku bg kat dia previously.. Thanks Kak Lin for the super gorgeous artwork...

The maternity blouse and card (siap ada USANA dlm bakul tu..hehe)

Rupa2nya smlm lagi encik suami dah letak kad tu dlm beg aku.. Padan la beria dia soh kemas beg tu cepat2.. Aku ni malas le nak kemas lagi, tunggu esok dah nak ke Bandung baru kemas.. Tak sangka lak ada 'sesuatu' dlm beg tu..

Pape pun, thanks sayang.. I love u to pieces.. Abg mungkin bukan suami yg sempurna, tp abg cukup sempurna utk melengkapi hidup Wani ;)

Esok pagi, InsyAllah kami akan bertolak ke Bandung utk 3d2n.. Balik KL Rabu malam.. Hopefully semuanya ok, amin :)

Friday, March 12, 2010

70 hari yang panjang...


Setelah melalui 70hari di Lawas dengan sabarnya, maka tibalah detik yang dinanti2kan..... I'm back.....Tu gambar sedang online sambil2 tunggu kat KKIA.. Ok, nak check in dah.. Bye2:D