Alhamdulillah dah selamat pergi dan pulang dari Bandung, Indonesia.. Ini adalah percutian keemasan x terduga sbbnya kami suami isteri mmg dah bercadang nak jimat cermat menabung gitu lps duit byk abis utk majlis kahwin.. Honeymoon aritu pun gi Cameron je, destinasi budget gitu.. Syukur dah rezeki menang B White, merasa la berjalan ke Bandung tanpa mengeluarkan belanja yg banyak..
Dipendekkan cerita yang panjang, kami bergerak ke LCCT lps solat subuh n sampai dlm kul 7.45am.. Terus gi kaunter check in.. Kena beratur panjang la plak.. Tak sempat nak breakfast b4 masuk departure hall.. Masa beratur nak check in tu la berkenalan ngn pemenang2 lain bersama pasangan masing2.. Kak Wan dan mak nya & Kak Zah dan kakaknya.. Sad to say, Kak Wan xdpt pergi kerana ditahan imigresen dek masalah ptptn.. Huhuhu, tu la puncanya kami berlima je.. Mujur la tiket semua sponsored.. Kalau sendiri bayar, rugi gak tu..
Arrived Bandung at 10.30am.. Encik Supir bernama AngGa yang iras2 muka Mawi tu dah tunggu dengan kertas bertulis B White.. Ramah jugak mamat ni, bleh la geng ngn my husband - satu2nya pria yg join.. Siap segala, AngGa bawak gi makan2 kat Restoran Simpang Raya yg boleh tahan masyur dlm forum2.. Kat restoran ni, derang akan hidangkan semua jenis lauk atas meja n charge mengikut lauk2 yg dah disentuh walopun sket. So, budget2 la ye.. Kalo setakat nak cuit rasa, xyah la kot, membazir je kang..
Lps lunch, terus gerak ke Pasar Baru.. Masa ni hujan dah renyai2 dan jalan pun macet.. Dah tengahari kan, ramai org ofis yg kuar lunch gamaknya.. Sampai je Pasar Baru terus AngGa bawak ke satu kedai telekung yg dia recommend.. Kalau percutian ni lama, bleh la nak survey2 dr kedai ke kedai.. Tp dah 3d2n je, terus tuju kedai tu je la.. Satu kedai pun dah berjam2 sampai my husband n AngGa mcm dah sangap keboringan.. Hehehe..
Pastu gi kedai kain pasang lak.. Sir Cinta di Lantai 1.. Borong2 kain pape yg patut, sedar x sedar dah lewat petang.. Bayangkan ler 3jam baru gi 2 kedai.. Kalau nak jln kat tetiap kedai, seminggu pun x abis camni.. Hehehe.. Jamak dan Qasar di surau Pasar Baru n terus ke Factory Outlet.. Satu je FO yang sempat pergi, apa ntah namanya.. Tu pun mcm x best sngt la.. Hati teringat2 kat Pasar Baru, lgpun dah letih giler..So agenda seterusnya adalah makan malam di bawah tajaan B White di Sambara Restaurant..
Bila perut kenyang, hati senang mula la mata x boleh nak angkat.. Apa lagi, balik le ke Hotel Karmila utk melayan mata dan badan yg dah letih.. Hotel ni xde bintang mahupun bulan, tp ok la, xde la mcm hotel budget sngt.. Nak buat tdo je pun, bukan nak berlama2..
To be continued: Day 2 @ Tangkuban Perahu
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
0 comments:
Post a Comment