CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, May 30, 2010

3D & 4D Scan

Alhamdulillah, smlm sempat buat 2D, 3D & 4D kat Vission College, Kelana Jaya.. Tu je la kot tempat buat 4D paling murah sepanjang aku survey kat ternet.. Tmpt lain semua cecah ratusan ringgit.. Appointment pukul 9.30am, so dlm 9.15am dah sampai kat sana.. Dah ramai dah mommies lain menunggu.. Tak lama pastu turn kami pun tiba, bersama sonographer Mr Arief..

Scan ni bukan sekadar nak tgk baby atau jantina, tapi nak tgk jugak kalau2 (nauzubillah) ada abnormal di mana2 yg boleh dikesan lebih awal spt cleft palate (sumbing), x cukup anggota tubuh etc.. Alhamdulillah, setakat scan smlm baby membesar dgn sihat dan normal..

Paling teruja mesti la time nak tgk jantina dia.. Hehehehe.. Sape pandai, teka la jantina our baby berdasarkan gmbr scan 2D kat bawah ni :D

Little Caliph @ 24weeks, 5 days (ikut sapa lak ni buat mulut muncung2 ni?hehe)

Haaaa, sila teka...hihi.. Ada gmbr yg lebih clear, saje malas nak share :P

Vision College:

Alamat: Lot 709-A, 6th Floor, Block E, Kelana Parkview Tower, Jalan SS6/2, Kelana Jaya, 47300, Petaling Jaya, Selangor

No Telefon: 603-7803 8300

Bayaran: RM90 utk satu sesi 2D,3D&4D + sekeping CD gambar dan pergerakan bayi

Wednesday, May 19, 2010

High Risk Mum :(

Went to the clinic for my 5th pregnancy checkup.. As usual, amik darah utk test hemoglobin dan menunggu lah sehingga giliran dipanggil.. Seperti dijangka, walaupun makan tak banyak mana, berat naik juge barang sekilo dua (padahal 2.4kg) menjadikan berat aku skarang udah 54.1kg di kala hampir 6bulan pregnant.. Harap2 jgn lah naik mencanak2 lebih dari 60kg bila dah due nnti.. (mcm mustahil je) Ok la, ok kalau nak naik jugek jgn lah lg berat dari encik suami, nnti camne nak pura2 letih tertidur kat ruang tamu or bawah katil sambil berharap kena dukung.. haha!

Btw, hemoglobin aku menurun lagi sehingga nurse tukar sticker kat buku merah tu.. Asalnya dapat sticker kaler putih = normal mother, tp lepas hemoglobin turun tu, terus dapat naik pangkat sticker baru kaler hijau = high risk mother.. Huhuhu.. Ok, kenapa nurse ni concern sangat pasal hemoglobin? Menurut apa yang aku baca, sebelum bayi dilahirkan, dia memerlukan banyak sel darah merah untuk memperolehi oksigen daripada ibunya.. Hemoglobin tu dia kira sel darah merah si ibu la.. Bayangkan ler kalo paras hemoglobin dah rendah, mcmana baby tu nak dpt oksigen yang cukup? Dia bukannya boleh menghirup udara mcm kita lagi :(

I told encik suami already.. Abes la, balik ni kena monitor ngn suami, xleh nak ponteng makan ubat lagi.. Kena makan kerang, bayam, ikan bilis n apa2 yg boleh menambahkan darah banyak2 ler.. Hrp2 bila 6th checkup nnti semuanya dah normal.. amin..

Lagi, ada satu ilmu baru yang diperolehi.. Menurut nurse itu tadi, asid folic kena makan diawal pagi sblm breakfast, baru la berkesan pada tubuh badan.. Nmpknya aku dah salah faham le.. Selama ni dok amik asid folic lps makan bersama2 iron tablet dan kawan2nya.. Huhu

Lain-lain xde masalah pape setakat ni.. Blood pressure ok, urine test pun ok, heart beat baby pun ok, tumbesaran baby pun ok sesuai dgn usianya.. Tak sabar nak balik KL nextweek utk 4D+ details scan + shopping brng baby sket2 + maternity outdoor photoshoot + g ante natal class (kalau ada tarikh yg sesuai) etc etc.. Wohaaa, mcm2 benda nak buek cuti ni..

Ok la, nurse suruh i rest a lot, sehingga berjumpa lagi, renung2kan dan selamat beramal:)

Thursday, May 13, 2010

Pregnancy Journal

Alhamdulillah, mama dah 22weeks+. Halfway done.. Nak kata dah cukup preparation sblm bertemu mata dgn si kecik pun xjugak.. Skang ni bizi mencari maklumat secara online.. Barang keperluan mama n baby pun semua search online je.. Balik KL nnti senang dah, terus tuju ke kedainya je & mana2 yg boleh beli scr online tu order je terus..

Sebenarnya aku mmpunyai cita2 yg menggunung tinggi utk exclusively breastfeeding my child until he/she is 2years old.. Bila citer pasal breastfeed, tentulah main concern berkenaan pump2 yg begitu banyak berjenis2 terjual di pasaran, dari semurah2 rm200+ up to rm2k+.. Dari manual pump hingga ke electric pump, dan mcm2 lah lagi perkara2 yg perlu diberi perhatian serius.. Cewahh.. Selain tu, aku juga menyimpan angan2 utk menyelamatkan alam sekitar dengan menggunakan modern cloth diapers, yg juga menjimatkan duit dlm jangka panjang.. Tp 2 citer ni kemudian2 la, plan nak beli pun time balik bln 8 nnti, bkn skarang.. Lg pun kena bincang dgn encik suami dulu kerana penglibatan beliau diperlukan sepenuhnya ;)

Sehingga ke 22weeks+ ni, ini antara produk2 yang aku amalkan..Meh review sket:

BIO OIL

Banyak sngt dah iklan ttg keberkesanan produk ni kan.. (nama pun iklan).. So far, aku dah gunakan since diawal pregnant lagi, utk prevent stretch mark la kononnya.. Alhamdulillah, sehingga skarang blum ada (lagi) stretch mark yg boleh mengurangkan keindahan kulit perut.. Linea nigra tu x dpt ditolong la plak.. Wujud elok je bagai di garis2 dgn pembaris.. Sila tanya pakcik google kalo xtau apa itu linea nigra ;)


ENFA MAMA

Mula2 minum susu ni rasa mcm eeee yuckkssss.. Mcm sungguh x best di bancuh panas2 atau suam2.. Dia jd berketul2 mcm eeee yuckkkssss.. (haaa, kan dah ulang utk kali ke 2 padahal kat tin dia tulis boleh je bancuh panas or sejuk) Skali try bancuh ngn air sejuk, owhh sungguh sedap enak berkrim rasanya.. Lg sedap dari minum milo 3in1 tu.. Hehehe.. Jadi, minum la susu ini secara sejuk ya, selain menikmati kesejukkannya mengalir ke tekak, dpt juga menambahkan keperluan asid folic, zat besi n DHA utk perkembangan otak janin;)


KISMIS

KURMA

Kedua2 makanan superb ni pulak x perlu diperkenalkan atau di recommend lagi, semua org dah tau khasiatnya, kan.. Aritu balik KL beli serba setengah kg je, so kejap je dah habis.. Lagi 2weeks balik, kena restock byk2 la.... Sungguh enak di makan begitu saja :)


USANA SUPPLEMENT

Ini supplement yang tak boleh dinafikan lagi kebagusannya cuma kadang2 tu aku mengelat jugak.. Kadang2 lupa, kadang2 buat2 lupa sbb beso sngt tablets nya.. Series boleh kenyang kalau makan 7biji sekaligus.. So, kebiasaannya aku akan bergilir2 amik USANA n supplement free klinik bagi.. Pil klinik bg boleh la nak makan sbb kecik2 skali telan 3biji pun xde hal.. Next week ada monthly check up, kita tgk la mcmana progress hemoglobin aku.. Hari tu mcm rendah sket, hopefully ok la lepas ni..

Ok la, tu saje perkongsian pintar kita kali ni.. Wassalam :)

Monday, May 3, 2010

Macam-Macam Azwani 4

MMA 4 kembali utk menghiburkan anda dgn kisah2 yang comel...

Kisah 1:

(Ayat ni soalan rutin sblm memulakan kelas..)

Aku: Ok class, what day is today?
Pupils: Thursday....
Aku: Ok, spell Thursday (sambil nak tulis)
Pupils: T.H.U.R.S.D.A.Y.....Thursday..

Esoknya pun sama gak..

Aku: Ok class, what day is today?
Pupils: Friday....
Aku: Ok, spell Friday (sambil nak tulis)
Pupils: F.R.I.D.A.Y.....Friday..

Selepas 2hari bercuti weekend

Aku: Ok class, how's your holiday?
Pupils: Today is Monday...

Hahaha.. Pitam kejap... Comel betul skema jawapan bbudak ni..


Kisah 2:

(Topic: My Family)

Aku lukis gambar Father + Mother, pastu ada 3 anak Brother, Sister, I..

Aku: Ok, ni father kan ayah.. Father akan kawen dgn siapa?
Pupils: Mamakk (sini mak dipanggil mamak)
Aku: Ok, father kawen dgn mother tau.. Mamak tu mother.. So, bila father kawen dgn mother dapat ..........
Pupil 1: Dapat cincin...
Pupil 2: Dapat hadiah...
Pupil 3: Dapat anak....

Kisah 3:

Aku: Class, cuba tgk ni, tanda apa yg teacher buat ni.. sambil tunjuk simbol '?' dan mengharapkan jawapan 'tanda soal'..
Pupils: Tanda cikgu bagi bila kerja sekolah tak siap...
Aku: (ketawa sampai pengsan)